Malam Jumaat lepas, kami makan di restoran Groupbase di Bandar Sri Damansara. Alamatnya No 7&8, Jalan Tanjung SD13/2, contact no 03-62721184. Groupbase juga menyediakan perkhidmatan katering yang lengkap dengan pelayannya.
Kat sini, anda boleh juga memesan ala carte atau hidangan. Malam tu, kami memilih beberapa hidangan.
|
black pepper beer - small size @RM14 |
|
Butter prawn - medium size @RM30 |
|
butter cream chicken - small size@RM13.00 |
|
Fried squid -medium size @RM20 |
|
claypot tofu - small size@RM8 |
|
beef satay @RM1 per stick
chicken satay @RM0.60 per stick |
Servisnya okay dan makanan sedap dan harga berpatutan. Small size dia ni bukan macam small size di restoran lain. Besar portion small sizenya. Cuma butter cream chicken tu sepatutnya kami tukar dengan menu lain. Terasa berkrim sangat kalau nak dimakan dengan nasi. Satay dagingnya memang best giler. Kami tak dapat nak habiskan semua, so tapau lebihnya. Nasib baik tak order ikan. Kalau tak, memang pecah perut kami.
No comments:
Post a Comment