NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, April 15, 2012

Selamat Pengantin Baru

Lambat sikit update cerita pasal pengantin baru. Bila tengok orang kahwin, seronok walaupun kita ni tak kahwin-kahwin. Sedihke? Mestilah ada sikit tapi kalau tak dapat kahwin dengan yang kita suka, tak apalah menunggu. Betulke? Entahlah tetapi yang pasti bila sampai jodoh, ia akan terjadi walau macamanapun. 

Cousin aku ni bernikah hari Khamis, masa tu kiranya aku dalam buku hijau ayah akulah. Sebab pergi juga selepas cabut gigi geraham tu dan bawa dia balik dengan aku dan kemudian hantar dia ke rumah pak cik aku semula untuk ambil motor yang ditinggalkan. Dia kata senang bawa motor dari kereta sebab kereta ni berat sikit. Entahlah.

Hari Jumaat hari kenduri dan ada persandingan. Hari itu dia hot sebab aku terlambat bersiap. Terus ditinggalkan. Hari  Sabtu, dia tak nak ikut rombongan menghantar (bertandang ke rumah lelaki) sebab letih. Janji dengan pak cik aku pukul 10 pagi nak bertolak sama-sama. So, pukul 9.30 pagi, aku hentikan tontonan Thorn Birds dan terus bersiap. Tengok minyak kereta sikit aja. Jauh juga perjalanan dari Kuala Ibai ke Teluk Ketapang. Sampai ke rumah kakak aku around 9.45 pagi, dia belum siap lagi. Aku pula sibuk menalipon mak cik aku nak berjanji jumpa di mana-mana sebab aku nak isi minyak dulu. Kakak aku relaks aja makan mee sedangkan masa sudah suntuk. Sampai sanapun, nak makan lagikan.

Bila mak cik aku tak angkat-angkat talipon dan jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, aku dah panik. Kakak aku talipon rumah my parents untuk minta no telefon pak cik aku. Barulah kakak aku kelam-kabut nak bersiap. Dia ingatkan keluarga sana selalunya lambat, itu yang dia relaks giler. Suara ayah aku dalam talipon dah kedengaran marah-marah dan menyuruh kami pulang sahaja. Alhamdulillah, mak cik aku called kami semula dan berjanji menunggu kami di hadapan Sek Ibrahim Fikir, tidak jauh dari rumah pengantin. Dapatlah juga kami join walaupun kiranya rombongan pengantin perempuan sudah terpecah dua. Dan yang paling seronok, tetamu belum ada lagi, kiranya kami menjamu selera dengan selesanya.

Balik tu, aku saja bising-bising cakap nasi minyak best. Memang bestpun. Dan paling best dapat goodies yang menarik. Saja nak eksyen kat my father. Tak habis-habiskan nak bergaduh dengan ayah aku. Bukan sungguh-sungguhlah, saja je perang dingin. Dah elokpun. Ayah kitakan.












Sempat juga singgah di kedai tupperware. Kakak aku nak beli skincare dia. 

2 comments:

  1. Salam kenal. Betul kalau ada jodoh tak akan kemana..;) i dah follow blog ni u follow i balik ye..tq..;)

    ReplyDelete
  2. Selamat berkenalan. Apa nama blog u ya?

    ReplyDelete