NUFFNANG ADS

Please click here

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, July 20, 2014

Puding Buih Version 2

Oops, accidentally I deleted my Puding Buih post. How to recover it? I wish there is a way. And I think I have deleted the photos. 

So, those who want puding buih, no sweat, can still check the other recipe. Lemme think what did I miss in my recipe. maybe I should write it again as I am in generous mood tonight. Even though I am still smarting from upset stomach....hari ni tak puasa sebab perut sakit dan memulas.

Ni resepinya

Kurang menarik sedikit sebab sibuk, takut agar-agar cepat keras.

Puding Buih

Bahan-bahannya:

Puding:
Setahil agar-agar - direndam  dalam 10 minit dan ditoskan) 
7 biji telur (jangan letak dalam peti ais, ketepikan 1 biji kuning telur utk kuah.)
2 sudu besar gula (boleh tambah semanis yang mahu tapi jangan terlalu manis sebab dimakan dengan kuah nanti)
Pewarna (optional. Kalau suka color macam pelangi, boleh gunakan pewarna)
esen vanilla utk mengurangkan hanyir telur

Kuah
3 senduk besar susu cair 
3 sudu besar susu pekat
5 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
2 senduk gula
1 biji telur kuning
1 tin fruit cocktails (boleh tambahkan buah dalam tin yang lain serta nata de coco)

optional - boleh tambahkan buah segar seperti pisang, honewdew

Cara-caranya :

Puding

  1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. (Anggaran dapat 2 mangkuk sup agar-agar setelah direndam)
  2. (Cara menyukat air : Bagi setiap mangkuk agar-agar yang sudah direndam dan ditoskan, masukkan 1 1/2  mangkuk air).
  3. Masukkan gula. Kalau sudah masuk elok, kecilkan api dan biarkan atas dapur sehingga telur yang dipukul kembang.
  4. Telur dipukul sehingga putih dan kembang. Kalau tunggang mangkuk tu, telur tu tak jatuh, maknanya dah kembang.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Kemudian, agar-agar yang dimasak tadi dituangkan ke dalam telur yang sudah kembang. Pastikan anda sentiasa memukul telur itu ketika agar-agar dituang.
  7. Teruskan memukul adunan sehingga suam. Masa ini penting untuk memastkan telur dan agar-agar tidak sebati bila keras nanti.
  8. Bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahagian diletakkan warna merah dan hijau.( boleh guna atau tambah pewarna lain)
  9. Masukkan ke dalam acuan berselang-seli.
  10. Masukkan ke dalam peti ais.
  11. Hidangkan bersama-sama kuah.

Kuah

  1. Didihkan susu cair, susu manis dan gula bersama-sama air dalam periuk yang dimasak agar-agar tadi. Ini untuk membuatkan kuah itu lebih pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard.
  3. Kacau seketika dan tutup.
  4. Bila dah sejuk, masukkan fruit coctails. Seperti yang saya katakan, boleh masukkan buah-buahan dalam tin yang lain dan juga nata de coco.
  5. Kacau dan masukkan dalam peti ais.
  6. Paling best kalau diletakkan juga pisang yang dipotong bulat bulat
ini masa balik kampung dulu. kalau balik ja, mesti buat puding ini sbb ayah suka. Biasanyalah.


Thursday, January 30, 2014

Cheesy Meatball With Mushroom

Baru siap menggoreng bebola untuk snack dalam kereta dan juga untuk difrozenkan. Cadangnya nak buat siang tadi tapi Mr V talipon. Oops, namanya masih ada walaupun berbulan tak contact. Mr V and family ke India untuk bermeditasi. Ikut dialah...kamipun sekadar kawan saja.

Apa kene mengenanya Mr V and my bebola? He said he would be at my place around 4.30 pm. I malas nak menyepahkan rumah dengan bahan-bahan masakan kalau dia ada. Serabutpun ada dengan komennya.
Dalam menunggu membuang masa, sedar-sedar dah pukul 6 pm. Takke darah sudah reach upstair, kata orang. My sister would be coming at 7.30 pm. Pertembungan yang perlu dielakkan. I told him not to come today. And not tomorrow too as I am going back to my hometown but at the end, I suruh datang juga sebab 2/3 buah bilik perlukan cheap labor. Dah lama sangat bilik-bilik tu bergelap. Sambil menukar mentol lampu, sambil membebel. Lain kali, jangan beli lampu yang complicated sangat.

Selepas dia balik, terus memulakan projek bebola....cheesy gogumalah, cheesy chickenball dan cheesy meatball with mushroom. Resepi lebih kurang sama. Sambil layan citer Korea, The Commitment, sambil menggetel bebola cheeseball.


Bahan-bahan

1 cawan daging kisar
1 cawan ubi kentang lecek
1 cawan carrot
2 cawan kanji gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
serbuk lada hitam
mushroom buttotn dicincang
keju parut
breadcrumb

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali mushroom button dan keju parut.
  2. Apabila sudah sebati,, ambil sedikit dan bulatkan.
  3. Leperkan dan letak cheese dab mushroom ditengah.
  4. Tutupkan dan bulatkan.
  5. Kemudian , golekkan dalam adunan breadcrumb tadi.
  6. Buat begini sehingga habis kesemuanya.
  7. Bolehlah digoreng.


Saturday, January 25, 2014

Cheesy Goguma

Nama kelas gitu tapi sebenarnya bebola keledek dengan keju di dalam. KFCkan ada cheesy ball. Kebetulan ada barang barang yang dah lama tapi malas nk masak or makan. Apa lagi, mak cik yang sedang kreatifpun mulalah mencuba.


Bahan-bahan

1 cawan keledek yang dilecekkan
1 cawan carrot yang disagat/parut
1 cawan daging kisar (either beef or chicken)
1 cawan kanji gandum (boleh juga gunakan gandum)
1 sudu bawang putih kisar
sedikit serbuk lada hitam dan garam
keju
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
biji bijan (or boleh gantikan dengan serbuk roti)

Cara-cara

  1. Daging digoreng dulu dengan bawang putih,lada hitam dan garam. Sudah masak, ketepikan dan toskan agar hilang minyak.
  2. Campurkan keledek, carrot dan daging kisar sehingga sebati.
  3. Masukkan kanji gandum sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi.
  4. Tambahkan baking powder dan soda bikarbonat supaya lembut adunan.
  5. Bila tidak melekit, bolehlah dibentuk bulat-bulat.
  6. Ambil sebiji, leperkan. Masukkan keju di tengah-tengah. Tutup dan bentukkan bulat.

    7.  Golekkan dalam biji bijan. Ketuk-ketuk sedikit sebelum menggoreng.

Sunday, January 19, 2014

Pau Goreng.

Hari ni, buat lagi pau goreng because of my nephew's request. Nak tapau ke sekolah so he can save his pocket money. Excitedlah sebab ada yang minat with our cooking.

Tapi pau ni simple aja. Isinya can be hotdog dipped in barbecue sauce or, hotdog with cheese or veal cocktail, anything.

Here is the recipe for pau goreng. Isinya, I leave it to your imagination.

visual kurang menarik. ni buat last week. this week, the shae is getting better.
Bahan-bahan

A
550 gm gandum
2 sudu tea double-action baking powder

B
5 sudu teh yeast
5 sudu besar gula
625 ml air suam

1 sudu besar minyak sayur.

Cara-cara
1- Ayakkan bahan A bersama-sama

2. Campurkan bahan B sehingga yeast kembang

3. Masukkan bahan B dalam bahan A sambil diadun sehingga sebati.

4. Apabila adunan tidak melekat ditangan, masukkan I sudu besar minyak sayur.

5. Biarkan dalam 10 minit.

6. Selepas itu bolehlah dibentuk bulat-bulat. Besar terpulanglah atas suka.

7. Masukkan inti. Kali ini saya gunakan bebola ayam bersama parutan lobak dan keju.

8. Selepas membentuk, biarkan selama 30 minit dan bolehlah menggoreng.

Senang ajakan. Selamat mencuba.


Saturday, July 13, 2013

Kek Kukus Pisang

Ramadhan ke 4. Kami berkumpul di rumah kakak aku untuk berbuka puasa. Aku offer bawakan kuih. Mesti banyak kuih tu..laukpun best. Ada ayam golek, ini yang tergolek ni. As my colleagues said, ini musim kek pisang or whatever ada rasa pisang, so aku bawakan kek kukus pisang dan juga kek Kukus Coffee Lapis Pisang. 


Bahan-bahan

4 biji pisang - dilenyek
3 biji telur dipukul sehingga kembang (putih dan berbuih)
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter
1/2 cawan sour cream
setitik esen pisang
1 cawan gandum (dalam 100 gm )
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:

Butter dipukul dengan gula sehingga warnanya putih.

Masukkan telur tadi perlahan-lahan sambil dipukul.

Titikkan esen pisang.

Masukkan sour cream sambil adunan terus dipukul.

Masukkan gandum yang telah diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat.

Kacau rata-rata dan masukkan ke dalam loyang.

Taburkan gula perang ke atas adunan.

Kukus selama 40 minit

Abaikan meja yang sentiasa bersepah.

Sunday, July 7, 2013

Apam Pisang

Hahaha. I did it last Thursday. Actually, I meant it to be kek Pisang. Tapi somehow, jadi Apam Pisang. But it is so simple to do. I will like to share with you all.




10 biji pisang dihiris bulat-bulat
3 biji telur dipukul sehingga berbuih.
4 sudu besar susu pekat
3 sudu besar butter
2 sudu besar gula kastor
1 cawan gandum
1/2 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1/2 sudu teh emplex
esen banana (I forgot about it until my colleague commented. Ya, ya, please put one drop inside the batter)

Cara-cara:

1. Masukkan susu pekat dan butter ke dalam telur yang sudah dipukul.
2. Gandum diayak bersama dengan baking powder, soda bikarnobat dan emplex.
3. Masukkan gandum yang diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.
4. Masukan hirisan pisang.
5. Setelah digaul rata, masukkan ke dalam loyang yang sudah dilenser dengan minak.
6. Kukus selama 30 hingga 40 minit.
7. Cucukkan dengan lidi ke bahagian tengah.
8. Kalau tak melekit, itu maknanya dah masak.

Sunday, June 23, 2013

Daging Masak Kicap

Tadi ada kekecohan sedikit di dapur aku dek kuah kari tumpah dalam peti. Letih nak memunggah semua barang keluar dan mengelap kuah kari. Serius, sehingga kini, baru 70%.  Kena buka semua rak dan kotak simpan sayur, just in case meleleh. Air mata akupun meleleh sama,

Anyway, I sambung semula memasak. Kali ni, daging dan hati goreng kunyit serta masak kicap daging sudah siap. Sebenarnya, resepi asal masak kicap daging ini diperolehi dari member aku. Hari tu, beberapa tahun yang lepas, pergi ke rumah dia dan salah satu menu yang di hidangkan ialah masak kicap daging. Memang sedap,my friend ini memang pandai memasakpun. Alhamdulillah, dia rela berkongsi resepi tetapi, ini yang tak bestnya. Resepi ini telah hilang entah ke mana.

So, hari ni, daging masak kicap version aku. Walau tak sama, tetapi adalah rasa sikit-sikit. Hahaha.


Bahan-bahan:

1 kilo daging (dipotong dadu, besar-besar dalam 1 inci lebar)
1 cawan kicap masin
1 cawan kicap manis
2 sudu sos tomato
1/2 inci kayu manis
1 sudu ketumbar (dikisar halus)
1 sudu jintan manis (dikisar halus)
Garam secukup rasa
Bawang besar - 5 atau 6 biji dimayang bulat-bulat (mcm tebal onion ring)
minyak secukupnya.
Setangkai daun kari

Cara-cara:

Daging, kicap masin, kicap manis, sos tomato, kayu manis, ketumbar dan jintan manis direnehkan dalam periuk dengan 1 jug air.
Biarkan sehingga daging empuk.
Bila empuk, panaskan minyak.
Bila minyak pijar, masukkan daging dengan kuah kicap dan bawang yang dimayang. (dalam sesenduk demi sesenduk, dalam 4/5 ketul daging).
Bila bawang sudah agak layu dan kuah kicap membalut daging, angkat.
Ulang lagi dengan daging yang selebihnya.
Bila kesemua daging habis digoreng, masukkan baki kuah dan bawang.
Bila bawang sudah layu dan kuah nampak pekat, masukkan daun kari dan garam secukup rasa.
Tutup api dan masukkan kesemua daging.


Thursday, August 2, 2012

Tuna Pasta


Kalau lapar, aku masak simple aja. Sekarang ni, beras sudah habis. Rasanya aku tak akan beli kot sebab nak jaga badan. Tapi pasta bersusun dalam almari, macam-macam bentuk dan begitu juga mee. Ada bihun, pan mee, mee tanpa goreng, mee siput dan juga mee lidi. Cuma menunggu tuan rumah rajin ke dapur sahaja. Cuma masalahnya nak cari bahan-bahan mentah. Kadang tu, malas juga nak beli bahan mentah terlebih dahulu sebab mood masak tak menentu.

Bahan-bahan

2 cawan pasta (aku campurkan macam-macam jenis pasta-terpulang)
1/2 tin cendawan - dihiris
bellpepper hijau, kuning dan merah-dihiris (1/2 biji setiap satu)
1/2 biji bawang besar - dimayang
1/2 batang carrot - disagat
1 tin cili tuna (185 gram)
sedikit parmesan cheese
sedikit serbuk lada hitam
daun ketumbar - dihiris
butter/margerin
Garam secukup rasa.

Cara-cara


Pasta direbus sehingga empuk. Toskan
Panaskan butter.
Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau.
Masukkan cendawan, bellpepper dan carrot.
Biar seketika (dalam 2 minit) dan masukkan pasta.
Masukkan cili tuna dan gaulkan diatas api yang perlahan.
Taburkan sedikit garam.
Akhir sekali, masukkan parmesan cheese, lada hitam, dan juga daun ketumbar.

Nota : normally, aku tak taburkan daun ketumbar. I prefer to put 1 stalk of daun ketumbar untuk dapatkan bau dan kemudian, buangkan.

Simple dan senangkan.



Wednesday, August 1, 2012

Murtabak Segera.

Agak lama tak blogwalking. Ada masa lapang, asyik mereview rancangan variety Korea "We Got Married" pasangan Goguma atau Yong Hwa (CNBlue) dan Seo Hyun (SNSD). Couple lainpun aku tengok tetapi couple ni memang menyeronokkan dari first date sehingga menjadi virtual married couple. Skinship dia orang pun natural. Oops, jangan station tv kitapun teringin nak buat macam ni sebab adegan pegang-pegang lelaki dan perempuan bukan muhrim ni tak bolehlah kalau muslim. Of course in reality, memang berlaku, hatta akupun ada terbabas(it is not an excuse though) but if we put in on air, it is like we are giving signals to teenagers/youngsters that skinship is okay.

Sebelum aku merapu jauh, hari ni, aku menziarahilah blog Cik Epal. Aku baca pasal murtabak maggi. Teringinlah nak cuba tetapi aku tak ada maggi. Mozarella cheesepun tak ada, parmesan cheese tu adalah. Nak juga buat. Dahulu, aku pernah cuba bila melihat bibik akak aku membuat murtabak maggi tetapi hampeh tak menjadi. Sengal betulkan, resepi yang senang begitupun tidak menjadi.

So, aku cuba juga. Selera orang berpuasa. Tak ingatlah tu kat orang lain yang tak ada makanan langsung untuk dijamah. Anyway, dah buat murtabak, itu sahajalah juadah aku berbuka plus dengan kuih nekbat dan air kosong. Air kosong sebab malas nak buat air.



Bawah ni resepi murtabak aku. 


bahagian bawah murtabak. 

Bahan-bahan

2 keping mee tanpa goreng (non-fried noodle)-aku guna Jusco brand
1 biji bawang besar - dipotong dadu.
1 sudu besar minyak masak
4 sudu besar serbuk kari
100 gm ayam dipotong halus-halus.
4 biji telur
4/5 biji cili padi dihiris. (optional)
1 sudu besar garam
1 sudu kecil garlic granules
1 sudu besar butter/margerin
daun salad
3 biji tomato cherry
parmesan cheese (or gunakan mozarella cheese macam cik Epal buat)

Cara-cara

  • Mee direndam sehingga kembang. Toskan.
  • Panaskan minyak.
  • Bila sudah pijar, masukkan bawang besar dan goreng sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari. Biarkan seketika.
  • Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil. 
  • Bila sudah masak,tutup api dan masukkan mee yang ditoskan.
  • Gaulkan sehingga rata.
  • Sapukan butter pada kuali.
  • Susunkan daun salad dalam kuali. 
  • Susunkan tomato di atas daun salad.
  • Panaskan selama 1 minit.
  • Letakkan mee di atas salad ini. Susun cantik-cantik.
  • Telur dipukul dengan garlic granules, cili padi dan garam.
  • Tuangkan ke atas mee.
  • Kecilkan api dan tutup kuali.
  • Dalam 5 minit, buka penutup kuali.
  • Tekankan sedikit mee dan tabur parmesan cheese di atas mee tadi.
  • Selepas 5 minit, boleh balikkan mee ni.
  • Goreng lagi sehingga garing.

Murtabak ini tak seglamor macam Cik Epal. Memang besar murtabak ini sebab aku tamak. Sepatutnya aku rendam sekeping sahaja. Sebab itulah, besar bagak...hahahahaha. Masih ada separuh lagi dalam fridge. Rasanya esok, itulah juadah berbuka aku. Kalaulah aku tidak ke rumah pak cik akulah.

PG yang excited mendengar aku membuat murtabak terkedu bila merasanya. Katanya macam lempeng...yalah dia mesti ingatkan macam murtabak yang dijual di kedai. Untuk kali ke dua, PG tidak terkata apa bila memakan. Sebabnya bukan seleranya. Anyway, cubalah, you might like it. Taste you all tak semestinya sama macam PG.

Bila ingat-ingatkan, PG telah menjadi seorang lagi mangsa aku sebagai food tester new recipe.

Thursday, June 21, 2012

Sekaya to sweeten your day

Sudah lama aku nak post resepi one of my favorite Terengganu dessert. Baru boleh update. Mana tau esok-esok teringin nak makan, boleh aja buka di sini. If aku lupa resepi ni, boleh aja tengok sukatannya di sini. 

Sekaya memang sedap dimakan. Lebih-lebih lagi kalau disimpan dalam peti ais. Bila dimakan, tak boleh nak beritahu sensasinya. Kalau puding caramel menggunakan susu dan gula hangus sebagai main ingredients disamping telur, sekaya pula menggunakan santan dan nisang (boleh substitutekan dengan gula melaka). Tak ada gula melaka, then you can use brown sugar tetapi brown sugar ni, kena mixlah dengan sugar. Baru manis sikit. Agak-agaklah ya. Telur masih lagi diperlukan. Sama seperti puding caramel, kita cuma perlu mengukus sahaja.

Kuih Sekaya
Ini gambar lama. Masih lagi di dalam loyang.
 Bahan-bahan
8 biji telur
2 cawan santan pekat
1 keping nisang
secubit garam

Cara-cara
Nisan diracik halus (disagat)
Campurkan dengan santan. Kacau sehingga nisang larut.
Masukkan telur dan sedikit garam.
Kacau sehingga adunan sebati.
Kemudian dikukus.
Kalau nampak permukaan seperti di atas, tandanya masaklah tu.
Atau boleh dicucuk dengan lidi. Jika tidak melekat, bolehlah diangkat.

Tok Aji Serban

Lapisan sekaya kurang menawan. Nak cepat, so adunan ini tak sebati betul. 

Mesti you all rasa kelakarkan nama kuih ini. Sampai sekarang aku terfikir dari mana datangnya nama ini. Lebih kurang aja macam kuih seri muka. Cuma cara membuat lapisan atasnya berbeza. 

Kali ini, aku mengukus dalam loyang segi empat yang comel. Aku suka buat kuih kiut-miut ini. Biar nampak cantik walaupun tak seberapa.

Bahan-bahan

Lapisan bawah (pulut)
2 cawan pulut (dalam 600 gm)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh garam

Lapisan atas (sekaya)
Sama seperti membuat sekaya di atas.

Cara-cara 
Pulut direndam sekejap.
Campurkan kesemua bahan dalam loyang dan kukuskan.
Setelah setengah jam, angkat loyang dan lenyekkan pulut.
Kukus semula selama 15 minit.
Tuangkan sekaya ke atas pulut dan kukus sehingga lapisan atas masak.

Kalau ditanya, aku prefer makan sekaya lagi dibandingkan kuih tok aji serban ni. Masa kecil-kecil dulu, aku cukup tak suka rasa pulut. Geli tekak setiap kali makan. Kalau nasi dagang tu, jenuh membilang halba untuk dibuang. Lepas graduate, bila asyik praktis buat nasi dagang dan belajar buat pulut kuning, barulah boleh masuk. Sebab itulah, bila mood makan pulut ini tidak datang, aku akan buat tak tahu bila ada perancangan nak membuat makanan berpulut. Hahaha.




Thursday, June 14, 2012

Goreng Pedas Peria

Goreng Pedas Peria


Bahan-bahan
1 batang peria
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 sudu lada giling
1 sudu besar udang kering - ditumbuk
sedikit garam dan gula

Cara-cara
Peria yang dipotong dan direndam dalam air garam seketika.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Tumiskan, bawang dan lada giling.
Bila naik bau, masukkan udang kering.
Kemudian, masukkan peria.
Goreng sehingga masak.

Ikan Kerapu Masak Sweet Sour

Masa balik kampung hari tu, mak aku tanya samada nak beli aja lauk untuk makan tengahari. Aku prefer masak aja, something simplelah. Kalau berat-berat tu seperti gulai, memang tak pernah diapproved oleh ayah aku. Walaupun member kata masakan aku not bad, dorang tak tau memang masakan aku kena reject oleh my family.

Tapi akupun ada juga reject makanan dorang tapi aku kunyah ajalah. Biasanya stail aku, kalau sedap, aku akan puji dang tu juga. Kalau puji tak berhenti, memang kena seleralah. Tapi kalau orang tanya sedap tak masakan bila aku tak berkata, aku jawablah sedap. Hahahaha. Ada masa aku cakap yang betullah.

Mak aku kata ikan kerapu dah lama ayah aku beli. Kesian pula sebab dia memang suka memasak dan dia memang prefer masakan rumah. So, ikut ajalah menu dia. Masak sweet sour ikan kerapu (memang  best dia masak), goreng peria dan juga asam pedas. Asam pedas ni dari dalam freezwe aja. Cuma panaskan.

Goreng Pedas Peria, Ikan Kerapu Masak Sweet Sour, Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri

Wednesday, May 2, 2012

Kuih Seri Muka


Bahan-bahan
Pulut
2 cawan pulut (dalam 600 gm)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh garam

Sekaya
8 biji telur saiz sederhana
1 cawan santan pekat
1 cawan air
10 sudu besar gula
6 sudu besar tepung beras
secubit garam
6 helai daun pandan
pewarna hijau

Cara-cara

  • Pulut direndam sekejap.
  • Campurkan kesemua bahan dalam loyang dan kukuskan.
  • Setelah setengah jam, angkat loyang dan lenyekkan pulut.
  • Kukus semula selama 15 minit.
  • Tuangkan sekaya ke atas pulut dan kukus sehingga lapisan atas masak.


Sekaya

  • Kisarkan air dengan daun pandan dan tapis.
  • Campurkan kesemua bahan lain dengan air daun pandan.
  • Kisarkan untuk mendapat bancuhan yang sempurna. 

Tuesday, May 1, 2012

Nasi Telur

My sister introduced me Nasi Telur. Masa tu, aku masih muda remaja. Baru aja balik USA. And aku memang suka makan hati dan pedal ayam. Taulah bad habit tapi like the taste but now dah kurang sikit. But I still remember nasi telur. My sister dah lama tak buat. Tak muak. Semalam aku buatlah. Kebetulan PG datang and she liked it. Tang ni aku suka, apa aku masak aja, PG puji sedap. Dulu aku pernah masak juga untuk Mr V. Tetapi he put it nicely, this way, "tak payahlah masak, penat-penat, better makan kat luar." Masa dia datang rumah, dia pernah mintakan aku buat air. Selepas tu, dia cuma minta air masak. Mesti tak sedapkan air aku buat. Apa-apalah. Aku pandai buat juice aja sebab aku kurang suka minuman panas. Aku akurlah.


Nasi Telur

Bahan-bahan
2 cawan beras
2 cawan air
3 biji telur
3 keping hati ayam
4 keping pedal ayam
sedikit hati lembu (aku suka)
garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Tanakkan nasi (beras dan air). Masakkan sedikit garam.
Hati ayam, pedal ayam dan hati lembu dipotong kecil-kecil.
Gorengkan dan ketepikan.
Telur dikacau.
Minyak dipanaskan.
Telur dimasukkan dalam tapisan diatas kuali.
Kacau agar telur itu jatuh dalam minyak panas.
Angkat dan ketepikan. Ramaskan telur.
Bila nasi masak, masukkan kesemua telur, hati ayam, pedal dan juga hati lembu.
Gaulkan rata-rata.
Bolehlah dihidangkan dengan goreng pedas ayam.

Friday, April 20, 2012

Masak Kukus Ikan Lampam Jawa


Masih panas lagi masakan ini. Lapar tak tertahan,aku kukus ikan ini. Ratah macam itu sahaja.

Resepi ini biasa aja. Senang sangat.

Bahan-bahan

2 ekor ikan Lampam Jawa
4 ulas bawang putih - dicincang
1/2 inci halia muda - dimayang halus-halus
1 biji tomato
2 biji lada merah - dimayang
daun bawang dan daun sadri
garam

Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam
Alaskan pinggan dengan daun salad (tak letakpun tak apa)
Taburkan bawang putih, halia, lada merah dan tomato (guna 1/3 sahaja)
Letakkan ikan.
Taburkan baki bawang putih, halia, lada merah dan tomato di atas ikan.
Daun bawang dan daun saderi tu letak aja atas ikan.
Kukuslah dalam 15 minit.

Mudah ajakan. Dari kuar cari nasi lemak atau masak maggi, baik ratah aja ikan kukus ni kan.

Thursday, April 19, 2012

Nasi Hati Cendawan

Tak tahu apa yang hendak diceritakan hari ini. Kat luar sana hujan tidak berhenti-henti. Taklah merungut, semuanya ciptaan Ilahi. Kata orang, hujan itu rahmat dariNya. Tapi sejuk-sejuk ni terasa lapar aja, nak masaklah tapi malas nak mengemas pula. Dalam sinki tu, masih ada lagi pinggan belum dibasuh. 

Teringat pula PG pernah minta resepi nasi yang aku masak hari tu. Aku cakap padanya supaya check di blog tetapi sampai sekarang ni tak terbuat. Simple aja masakan ni. Macam nasi goreng cuma bezanya tidak ditumis. Cuma kita perlukan air rebusan ayam sahaja.

Nasi Hati Cendawan


Nasi Hati Cendawan dan Ayam Masak Madu

Ayam Goreng Pedas
Bahan-bahan
3 cawan beras wangi (boleh juga gunakan beras lain)
3 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar butter/margerin
Gula dan garam secukup rasa
6 cendawan dihiris nipis-nipis
100 gm daging kisar
100 gm hati lembu - dipotong halus-halus
3 biji telur

Caranya
Beras dibersih dan ditoskan.
Masukkan air rebusan ayam dan masak.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Panaskan butter dalam kuali. Bila butter cair, masukkan daging kisar, hati dan cendawan.
Goreng sehingga kering. Ketepikan.
Telur dipecahkan dan digoreng. Hancurkan telur. Ketepikan.
Bila nasi sudah kering, masukkan telur dan juga daging kisar, hati dan cendawan.
Gaulkan rata-rata dan tutup periuk.
Biarkan sehingga masak.
Sesudah masak, bolehlah dihidangkan dengan ayam masak madu dan ayam goreng pedas.




Tuesday, April 3, 2012

Bistik Ikan

Semasa kami kecil-kecil, selalu kami buat masakan ini. Berebut-rebut membuatnya. Ada masa kami membeli ikan selayang dengan duit masing-masing untuk membuat bistik ikan. Nak makan sepuas hatikan, gunalah duit poket. Untuk mempelbagai rasa, kami campurkan dengan berbagai jenis sos dan kicap. Kira berlawan siapa punya yang paling best.

Selalunya kami goreng dan makan begitu sahaja. Kali ini, aku buatkan kuah untuk dimakan dengan bistik ikan, Masakan ini simple, cuma renyah bab nak ambil isi ikan dan membentuk bistik. Petua aku, basahkan tangan sebelum menggetel, so senang sikit membentuk dan tidak melekat.

Bahan-bahan

Bistik
1/2 kilo ikan sardin (kami panggil ikan selayang)
3 paket Jacob's cracker (atau 8 keping biskut jagung-Cream's Cracker)
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
sos ikan
lada sulah
minyak untuk menggoreng (deep fry)

Kuah
2 ulas bawang putih-dicincang
1 biji bawang besar - dihiris tebal
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar margerin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam - dikisar atau ditumbuk halus
500 ml air
1/4 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa

Hiasan
Daun sup - dihiris

Cara-cara
Bistik
Isi Ikan yang dibentuk.

  • Ikan dibersihkan dan diambil isinya sahaja.
  • Crackers dkisar halus.
  • Campurkan dengan isi ikan. Kisarkan sehingga sebati.
  • Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dah lada sulah (dahulu, kami gunakan juga sos Lea & Perrins tetapi since kata tak halal, aku tak gunalah)
  • Gaulkan biar rata.
  • Ambil sedikit dan bulatkan. Kemudian dileperkan.
  • Panaskan minyak. Masukkan bistik ini.
  • Aku tak letakkan garam atau gula kerana Jacob's cracker sudah cukup rasanya.

Begini rupanya bistik ikan yang digoreng
Kuah
Cairkan margerin dalam kuali.
Bila panas, masukkan bawang putih.
Bila naik bau dan perang warnanya, masukkan tepung gandum.
Bila warna tepung gandum bertukar warna coklat, masukkan air.
Masukkan bawang besar.
Masukkan sos tiram, lada hitam, kiub ayam serta garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mendidih seketika.


Cara Menghidangnya
Siramkan kuah ke atas bistik tadi.
Taburkan daun sup yang dihiris tadi.
Kalau suka, boleh juga letakkan mixed vegetables dalam kuah ini.

Monday, April 2, 2012

Tumis Air Ikan



Tumis Air Ikan




Bahan-bahannya

5 ekor ikan bawal putih
2 ulas bawang putih -dihiris nipis
3 ulas bawang merah-dimayang
1/2 inci halia
Sebatang serai
1 sudu teh halba
sedikt minyak untuk menumis
lada merah dimayang
air
daun sup (daun bawang dan daun saderi)-dihiris
2 cili merah - dimayang
garam secukupnya
sedikit gula (optional)

Cara-caranya

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan halba.
  2. Bila naik baunya, masukkan air.
  3. Masukkan ikan, garam dan gula.
  4. Bila mendidih, masukkan cili merah dan daun sup.
  5. Bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Kalau nak guna ikan lain seperti ikan selar kuning atau ikan tenggiripun boleh.

Sunday, April 1, 2012

Nasi Kuning

Siapa pernah makan nasi kuning? Angkat tangan. Tetapi jangan confuse lak dengan pulut kuning or nasi kunyit (orang kampung kita panggil pulut kuning ni nasi kunyit..hehehe).



Ia berbeza dengan pulut kuning yang menggunakan beras pulut dan dan santan serta dikukus. Nasi kuning ini selalunya dimakan dengan gulai nasi dagang, acar dan sambal belacan. Namun disebabkan aku malas menumbuk sambal belacan, ia tidak kelihatan dalam gambar. Kalau nak kaw, you all mesti masukkan sambal belacan tau. Jangan risau, aku masakkan kerutuk ayam sebagai lauk tambahan. Walaupun aku malas menumbuk tetapi aku rajin memasak lauk tambahan. Oklah tu.


Nasi Kuning


Bahan-bahan
500 gram Beras Siam
600 ml air (anggaran)
Sehelai daun pandan
1/2 senduk minyak untuk menumis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
sedikit kayu manis
1/2 inci halia diketuk
1/2 labu bawang besar dimayang
1 1/2 inci kunyit ditumbuk/dikisar lumat

Cara-cara


Bawang besar yang dimayang, cengkih, buah pelaga, kayu manis
Beras yang direndam dalam air kunyit
  1. Rendamkan beras siam dalam air yang dicampur kunyit yang ditumbuk tadi. Biarkan 2 jam.
  2. Toskan beras tadi.
  3. Panaskan minyak. Bila sudah pijar, masukkan bawang besar yang dimayang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan halia.
  4. Bila naik bau, masukkan beras yang ditos. 
  5. Masukkan air, daun pandan dan garam.
  6. Biarkan sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, hidangkan bersama-sama gulai nasi dagang, acar dan sambal belacan.





Acar (Sila klik sini untuk resepi)


Kerutuk Ayam

Kerutuk Ayam


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
4 biji ubi kentang
5 biji telur rebus yang digoreng
1 sudu besar rempah bunga ros
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 senduk cili boh
1 biji kelapa - diambil santan pekat
4 sudu besar kerisik
Air asam jawa  (anggaran setengah mangkuk kecil)
garam secukupnya
gula
minyak untuk menumis
2 biji bawang besar dipotong 4
3 biji lada hijau/merah dibelah dua, jangan putus.

Cara-cara

  1. Bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas dikisar.
  2. Satukan bahan-bahan yang dikisar, cili boh dan rempah.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dicampurkan (dalam langkah 2).
  4. Bila naik bau, masukkan air asam jawa.
  5. Setelah elok, masukkan santan pekat.
  6. Sebaik mendidih, masukkan ayam, ubi kentang dan telur rebus yang digoreng.
  7. Perlahankan api dan biarkan mereneh.
  8. Masukkan kerisik, garam serta gula.
  9. Bila separuh lagi hendak kering, masukkan bawang besar dan lada hijau/merah.
  10. Biarkan sehingga kering seperti rendang.