NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, April 19, 2012

Nasi Hati Cendawan

Tak tahu apa yang hendak diceritakan hari ini. Kat luar sana hujan tidak berhenti-henti. Taklah merungut, semuanya ciptaan Ilahi. Kata orang, hujan itu rahmat dariNya. Tapi sejuk-sejuk ni terasa lapar aja, nak masaklah tapi malas nak mengemas pula. Dalam sinki tu, masih ada lagi pinggan belum dibasuh. 

Teringat pula PG pernah minta resepi nasi yang aku masak hari tu. Aku cakap padanya supaya check di blog tetapi sampai sekarang ni tak terbuat. Simple aja masakan ni. Macam nasi goreng cuma bezanya tidak ditumis. Cuma kita perlukan air rebusan ayam sahaja.

Nasi Hati Cendawan


Nasi Hati Cendawan dan Ayam Masak Madu

Ayam Goreng Pedas
Bahan-bahan
3 cawan beras wangi (boleh juga gunakan beras lain)
3 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar butter/margerin
Gula dan garam secukup rasa
6 cendawan dihiris nipis-nipis
100 gm daging kisar
100 gm hati lembu - dipotong halus-halus
3 biji telur

Caranya
Beras dibersih dan ditoskan.
Masukkan air rebusan ayam dan masak.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Panaskan butter dalam kuali. Bila butter cair, masukkan daging kisar, hati dan cendawan.
Goreng sehingga kering. Ketepikan.
Telur dipecahkan dan digoreng. Hancurkan telur. Ketepikan.
Bila nasi sudah kering, masukkan telur dan juga daging kisar, hati dan cendawan.
Gaulkan rata-rata dan tutup periuk.
Biarkan sehingga masak.
Sesudah masak, bolehlah dihidangkan dengan ayam masak madu dan ayam goreng pedas.




No comments:

Post a Comment