NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, April 15, 2012

At Pantai Batu Buruk With Ika

Balik dari celebrate birthday kakak aku, Princess ajak singgah sebentar di Pantai Batu Buruk. Nak main ombak tetapi aku rasa mesti ada perkara lain. Betul, dia nak naik kereta kuda. Aku diam aja, so dia kata, taklah naik kereta kuda tapi nak naik kuda. Tak sampai hati, ikut ajalah. Nasib baiklah sorang kali ni.

Kemudian lalu depan orang jual wau. Princess cakap cantiknya wau tetapi aku kuatkan semangat. Kat Pantai Batu Buruk ni dah ada banyak aktiviti yang perlukan wang. Nak sewa motor ke? Boleh je. Nak main wau, belilah wau kalau tak bawa, So aku alihkan perhatiannya, "Jom, ambil gambar"

Tetapi dia nak bergambar dekat ombak lak. Aku tak berani nak bagi dia dekat ombak. Katanya since aku boleh berenang, kenapa tidak. Tak naklah aku, tak bertepi pantai tu. Entah ke mana nanti kami dihanyutkan. Kalau hanyut, kalau lemas, nak cakap apakan.












No comments:

Post a Comment