Semalam, aku tiada pilihan apabila terpaksa meletakkan kereta di seberang jalan bertentangan dengan pintu pagar sebuah rumah. Aku gerun sikit letak kereta di kedudukan bagini kerana ada sejarah tersendiri. Aku ingat lagi malam itu, in 2010 rasanya, aku mengajak anak buah aku ke KFC. Masa tu dah lepas 12 tengah malam tetapi cawangan KFC ini ditutup lewat pagi.
Anak buah aku baru mendapat lesen memandu idan masih lagi di peringkat probation. Aku menyuruh dia membawa kereta abang dia Abangnya sudah melanjutkan pelajaran di oversea. Kereta ini diparkirkan di dalam pagar. Kebetulan aku malas nak memandu. Lagipun bila dah malam sangat, lampu-lampu kenderaan memburukkan lagi pandangan mata aku ini. Ditambah lagi perassan mengantuk, lebih-lebih lagi sesudah disumbat makanan.
Apa lagi, anak saudara akupun mengundurkan kereta dengan laju. Aku relaks aja, konon nak bagi moral support pada pemandu baru. Maklumlah nanti bila masuk kolej, dia akan membawa kereta ini ke sana. Tiba-tiba aku terdengar bunyi berdentum dengan kuat. Aku ingat tidak ada apa-apa yang berlaku. Langar tong sampah atau apa. Tiba-tiba anak saudara aku meminta maaf pada aku berkali-kali. Blur jugalah, langsung terlupa pada kereta aku yang diparkirkan di seberang jalan bertentangan dengan pintu pagar kakak aku
Rupanya semasa mengundur, dia telah melanggar pintu hadapan kereta aku. Aku tak terkata. nak marahpun, rasa kesian pula. Memandangkan kereta inipun pernah dilanggar lari dan akupun bercadang nak mengetuk dan membaiki, further kereta itupun dah lama (bukan maksud aku kereta lama boleh dilanggar, cuma kena berlagak cool), aku membuang perasaan geram itu jauh-jauh. Cuma ada rasa bimbang kalau engin kereta bergegar sebab kuat juga bunyi hentaman.
Cuma aku tegurlah cara dia mengundurkan kereta. Sepatutnya dia dah boleh membalas ke kiri or ke kanan, instead of terus aja ke belakang semada mengundur. Dah lewat tengah malam, aku tak checkpun keadaan kereta, kami masih meneruskan tujuan makan KFC. Saja je nak belanja dia sebab jarang benar bawa dia keluar makan. Bila teringat, mesti rasa nak tergelak dan membuatkan aku berhati-hati bila meletakkan kenderaan aku unless tak ada pilihan macam semalam. Bertambah lagi kemik kereta aku dan anak buah aku ditahan memandu buat sementara.
No comments:
Post a Comment