NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, January 23, 2012

Tanahairku Tapi Pusat Rezeki Mereka

Masa aku nak balik kampung hari tu, aku ternampak perempuan yang meriba anaknya seperti datang dari Indonesia. Gayanya berpakaian dan mendukung anak nampak seperti gaya pembantu-pembantu rumah dari Indonesia.

Bila naik bas, rupanya kami menghala ke arah yang sama cuma bezanya tempat perhentiannya di Kemaman manakala aku langsung ke Kuala Terengganu. Gaya percakapannya pula sebiji macam orang Terengganu. Aku nampak dia menyuruh maknya duduk disebelah aku. Akupun tumpang lega kerana yang duduk disebelah aku tu perempuan.

Bila makcik tu menegur aku, kami bercakaplah barang seketika. Katanya menguruskan passportnya di kedutaan. Akupun peliklah, kenapa jauh menguruskan passport sedangkan di Kemamanpun boleh. Bisiknya makcik rakyat Indonesia. Rupa-rupanya memang betullah makcik dan anaknya dari Indonesia dan masih memegang kerakyatan sana. Sudah hampir 25 tahun di sini dan sekarang ini meniaga di pasar malam. 

Aku agak mesti suami orang sini sebab lama di sini, tambahan berniaga lagi. Rupanya suami makcik tupun orang sseberang dan setelah suaminya meninggal, mereka terus menetap di sini. Itu yang fasih bercakap Terengganu. Tetapi aku tak tertanya pula menantunya orang mana.

Cuma terfikir senangnya orang seberang datang berniaga di sini. Kenapa dan mengapa, sama-samalah kita fikir.

No comments:

Post a Comment