Biar betul, satu hari mencari kain lace? Taklah, dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Lebih kuranglah tak termasuk travelling time. Ada yang marah aku post pasal kain lace. Alah...tak kisahlah. Anak-anak saudara ni macam anak sendirilah (tapi taklah macam anak sendiri sangat sebab aku tak kuar belanja satu senpun sara hidup dia orang, bagi kasih sayang). Lagipun aku tak pernah merasa pakai baju lace ini (faham-fahamlah maksud aku). Kira tumpang seronok membuat persiapan hantaran (kain lace sebagai hantaran pertunangan untuk dipakai masa akad nikah)..hehehe.
Aku fikir kalau belum sampai jodoh kita, janganlah dihilangkan perasaan seronok untuk turut menyambut hari bahagia orang-orang tersayang dikeliling kita. Memanglah sedih tu ada bila membeli-belah kerana berfikir bila tiba masa kita. Tapi (dengan penuh semangat), kita kena berdoa dan yakin pada ketentuan Allah. Kalau ada jodoh kita, akan sampai jua tak kiralah kalau dah umur 60 tahun. Kalau aku kahwin untuk pertama kali pada umur 60 tahun, dengan muka tak malunya, aku akan jemput seluruh suratkhabar.
keluar dari parking, signboard Gulati/Euromoda dah nampak. excited sungguh
Lama sungguh tak jalan-jalan ke TAR
Ini kedai pertama yang kami kunjungi. Rambang Mata. Kat sini juga, kami baru tahu ada jual border lace. Kalau nak buat jubah yang berlace, boleh beli kain kosong seperti chiffon atau silk, letaklah border tu pada lengan, pinggang atau baju kurung
Selepas itu, kami ke Binwani's. Tak sebanyak di Euro Moda
Seberang jalan sana, banyaknya gerai-gerai jual tudung. Yahoo, tak sabar nak jengah.
Nampak Nagoya? Tapi tak bolehlah jenguk sebab tujuan nak cari kain lace.
sempat singgah kat Central. Kakak aku beli selipar sebab lenguh pakai kasut tinggi
apa jenis brand munculpun, aku masih rasa Scholl ni paling selesa dipakai untuk berjalan jauh
berkenan jubah ni tapi kecil aja. Tapi jubah ni macam baju maxi sebab ketat.
Ini next stop untuk check lace.Adik-beradik dengan Euro Moda tapi banyak lagi selection. Tingkat atas paling mahal.
Tenguk dari jauh ajalah gedung Kamdar. Next time nak survey langsir di sini
Cantik bangunan ni, seni binaan lama
dalam perjalanan ke Jakel, last stop untuk cari lace
lapar-lapar, kami makan di sini. Ikan bakar di sini sedap tapi harga boleh tahan. |
Yummy, ikan kembung dan ikan pari bakar
tercari-cari mana Jakel, Yang nampak Ariani dan Jakel (Permaidani)
La, betul-betul sama row dengan aku berdiri. Awat aku duk tenguk kat depan?
cari-cari, rupanya kakak aku hilang dalam sini sebelum kami masuk Jakel
Boleh nampak KLCC
Nampak Menara Kuala Lumpur
Sebenarnya dah melarat ke belakang TAR, Jalan Munsyi Abdullah dah, kat Capsquare
singgah beli kuih-kuih di Pasar Malam TAR sebelum balik. Best kuih-kuih ni. Gerainya terletak berdepan dengan Semua House.
Ini untuk aku, yeay! Ada juga buah tangan. Tak kisahlah walaupun murah
No comments:
Post a Comment