NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, January 1, 2012

Alahai, CT datang, sungguh tak teruja

Udah berapa kali aku remind, tak kiralah kat rumah aku atau rumah mak aku, jangan sesekali bagi lubang drain terbuka. Pastikan penutupnya sentiasa tertutup. Namapun penutup, itukan fungsinya. Kalau tak, entah apa-apa yang kuar dari sana. Anak sedara aku memang selalu kena bebel pasal biarkan lubang drain terbuka setiap kali menggunakan washing machine.

Nak jadi cerita, kelmarin aku masuk bilik air dekat dapur. Masa aku sampai rumah mak aku hari tu, aku sudah perasan bilik air ini berbau cam cik siti je. Busuk, aku syak dia pernah hadir di bilik air ni. Pernah sekali tu, aku nampak lintasan cik siti berlari dari bawah peti ais. Menjerit aku, terus berlari ke atas.

Berbalik pada citer bilik air aku tu. Sedang aku membuang hajat kecil, tiba-tiba, hah tikus cencorot muncul dari lubang drain. Aku menjerit dan mengangkat kaki aku. Selepas itu, semuanya seperti kilat. Aku tak tahu dia pergi ke mana. Nasib baik aku sudah selesai dengan urusan aku. Dengan berhati-hati, aku meletakkan kaki ke lantai dan seperti kilat juga, aku berlari masuk bilik aku. Ngeri, ngeri.

Dulu-dulu sikatak yang selalu menumpang bilik air ni.. Aku pernah terpijak si katak ni. Geli you all tapi boleh tahan lagi dibandingkan dengan CT Cencorot. Cuma aku takut kalau katak tu melompat gigit aku terutama bahagian sulit. Tak tau betul atau tidak tapi mereka kata kalau sudah gigit, katak tu takkan lepaskan unless petir berbunyi. Yeke???

Sehingga kini, aku tak jenguk bilik air bawah. Mulut aja bising berbunyi minta tolong abang aku tutupkan lubang drain tu. Eiii, geli aku. Kat flat aku, manalah ada cik ct. Setakat aku duduk flat berpuluh tahun, tak pernah nampak Cik CT di rumah aku. Nampaknya, aku kena guna bilik air ayah aku sehinggalah aku pulang ke KL. Tadi aku terbaca petua yang CT Cencorot tak tahan dengan lada hitam. Nantilah, aku beli dan minta abang aku taburkan kat lubang drain tu.

No comments:

Post a Comment