Balik semula ke KL lambat sikit dari yang dirancang. Anjak-anjak, akhirnya 1.00 tgh plus kami bertolak. Dek lambat, aku sampai rumah anak buah dah maghrib. Dalam bergegas nak pulang ke rumah supaya sempat solat, aku terbabas semasa ambil exit di Duke. Akhirnya aku round KL (dramatik sikit ni), nasib baik ada juga jalan yang tidak asing bagiku. Itu yang aku tak suka balik selepas pukul 1 tgh. Sebab tak nak sampai KL dalam gelap dan waktu hujan sebab vision aku kurang sikit time ni. Sudahnya, aku terlepas solat sebab jangkaan 20 minit utk sampai ke DD dari Keramat menjadi hampir 1 jam. Kiranya dari Setiawangsa ke Kg Kuantan ke Sentul ke Lebuhraya Mahameru ke Sg Penchala ke DD.
Nak buat macamana penumpang yang sponsor trip tidak punctual termasuklah kerabatnya yang ingatkan KT ke KL umpama KT ke Dungun sahaja. Mereka lupa aku ni perempuan yang tidak begitu brutal di jalanan. Hehehe, mesti anak sedaraku bengang dengar laporan aku ni.
Cuaca semasa pulang, tengok ajalah di bawah ini. Kat Jerangau Jabor aku tak snap sebab aku memandu dan cuaca yang kureng memerlukan aku concentrate sepenuhnya
|
plastik buah duku melorot jatuh ke kaki. Aku tengah sibuk menggali duku sambil memandu |
|
renyai-renyai sejak dari KT tadi sehingga di LPT |
|
hujan mulai lebat |
|
tinggal kulit aja |
|
hujan lebat selebatnya |
|
cerah semula |
|
nampak awan gelap aja, hujan ke kat KL? |
|
yahoo...cerah semula. Speed Yaya but pay your own fines |
|
sekarang sudah tak hujan |
|
kereta bersesak-sesak selepas plaza tol Gombak |
|
Jamlah, kata anak buah aku. Dia pula yang risau |
|
kesian polis ini. penat dia jaga supaya traffic smooth, anak sedara aku kata dia penyebab jam |
|
jam semula? Kami dah risau semula |
|
rupanya ada lori tersadai |
|
hujan lebat. Kami ada di DUKE menuju Setiawangsa |
|
Since ada yang tolong isi minyak, dptlah aku cuci mata di kedai shell. inilah barang yang aku beli di Shell untuk GBS aku. |
No comments:
Post a Comment