NUFFNANG ADS

Please click here

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

Yeay, yeay. Sudah masuk 2012. Happy New Year uols. Seronok tak masuk tahun baru? Apa azam you all ya? Aku masih mengejar azam-azam yang tak kesampaian. Teruskan usaha. Chaiyo! Chaiyo!

Tahun baru, umur meningkat. Banyak yang perlu difikirkan. Amal-ibadah camner? Sudah cukup ke kalau kita kena berhijrah ke alam baru? Aku cuma nak ingatkan, bukan apa. Ada manusia ni bila sambut tahun baru lupa dunia. Ada tu berugama Islam tapi sambut tahun baru mengalahkan orang dari ugama lain. Botol arak ditogok berbotol-botol. Tak malu, bila sudah mabuk, merapu bukan-bukan. Parti sakan, siap angkut lagi pak we atau mak we balik rumah. Fesyen baju? Kalah artis hollywood. Aku bukannya baik sangat. Inipun ingatan bagi diriku tapi takkan nak tunggu aku jadi baik, baru nak mengingatkan orang lain.

Tahun baru ini aku dengar orang kerajaan merasa gaji baru. Ini yang seronoknya. Namun yang tak seronoknya bila adik aku beritahu yang harga barang-barang sudah dinaikkan sempena meraikan kenaikkan gaji kakitangan awam ni. Apa ni? Gaji belum naik? Harga barang sudah naik? Adik aku kata, dua hari lepas dia pergi ke pasaraya ni. Tengok banyak barang naik harga contohnya, Milo sudah dinaikkan sebanyak RM2.

Nampaknya gaji ini tak dapat mengejar kenaikan harga barang. Aku takut esok-esok, duit RM50 boleh beli seciput aja. Nanti pursepun tak boleh nak accomodate ketebalan duit kita. Yalah, kena bawa banyak keping duit kalu nak membeli banyak. Kalau yang ada kredit card atau debit card, swipe ajalah. Dapat statement, mesti nak pengsan punya. btw peniaga ni tak ingat orang kerja swasta ke yang gaji tak direvise.

Kalau di syarikat swasta, naikpun bukan banyak. Segelintir sahaja. Apa yang besarnya kerja di syarikat swasta? Bukan macam dulu, banyak benefits. Perah keringat macam nak gila, adalah. Semua nak kurangkan kos tapi aku tengok bila dapat kenaikkan atau bonus, bos pulun cam giler dulu...hahaha.

Betullah kata mak aku. Orang berniaga ini tak merasa harga naik. Sebab mereka mesti naikkan harga mereka jikalau bahan mentah/stock nak harga. Kalau tak untung, mesti tak nak jual punya. So, kita sama-sama fikirlah camner nak selesaikan perkara ini. Jangan beli kalau tidak perlu. Kalau sempat, masak ajalah. Ini tidak, sandwichpun nak beli kat kedai. Akupun sudah kurangkan minum Milo atau minuman manis ni. Minum air masak lagi elok.

Ikut kata menteri. Asal naik aja harga, tak usah makan barang tulah. Gula naik, kata Menteri kesihatan kurangkan manis. Tak elok untuk kesihatan. Aku teringin juga nak tahu bapa-bapa menteri, keluarga bapa-bapa menteri, sanak-saudara menteri ada kurangkan pengambilan barang-barang ni? Itu aja ke penyelesaiannya? Barang mahal, stop jangan makan???

Satu lagi, mulai esok, jangan lupa pastikan penumpang anda di belakang memakai tali pinggang keledar tu. Saman akan mula dikeluarkan. Awal-awal penguasaan ini, sure ketat giler. Mesti bertimbun saman sebab ada yang degil.

Okaylah you all. Nak tidur dulu sebelum aku merapu macam orang mabuk. Tak pasal-pasal kau orang ingat aku mabuk todi celebrate new year. Once again, Happy New Year. Let this signifies a new beginning to us. A new journey for a better future. May we all be blessed in our life. Remember we are the one who seal our own  fate. InsyaAllah with His Guidance, we will be a good Muslim.

No comments:

Post a Comment