NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, January 12, 2012

Shopping at Jln TAR, Nasi Briyani and Me

Sebenarnya dua tiga hari ni agak busy. Hari Isnin tu, aku sempat mencelah juga mengikut anak sedaraku mencari tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman. Again? Mesti you all kata tak ada tempat lain nak pergi. Tapi inilah syurga tudung. Macam-macam pilihan dan fesyen terbaru. Tapi taklah semua fesyen boleh aku tibai. Tambahan muka aku agak besar, susah hendak digayakan dengan mana-mana tudung.


Sempat juga aku singgah di Kamdar sebab anak sedara nak cari  kain  chiffon plain untuk dibuat skirt

Anak sedaraku ada interview si SPA hari Selasa. Dia tak ada kenderaan, jadi aku terpaksalah buat arrangement untuk hantar dia. Harap-harap esok, janganlah dia lupa kat mak cik dia yang sebatang kara ni. Hahaha. Jadi, tudung yang dicari kiranya untuk dipakai semasa interview esoklah.


Sempatlah juga aku singgah di Kedai buku Minerva mencari buku rujukan untuk kelas aku. Tapi rasa-rasa akulah, baru sekali aku betul-betul pegang buku tu. Macamanalah aku nak habiskan kelas ni kalau malas begini.
Peminat Ombak Rindu, Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani atau Bront Palarae, bolehlah mendapatkan cetakan terbaru Ombak Rindu yang mana kulitnya dihiasi dengan barisan pelakun Ombak Biru
Lunch kami di Restoran Insaf untuk makan nasi Beriyani. Duk dengar orang kata sedap. Tapi ayam madu dia pedaslah. First time makan yang pedas. Sotong goreng pedas, ada-adalah tapi yang best sotong tu besar. Kira sedap jugalah mengunyah. Okaylah nasinya.

Portion nasi banyak tapi aku boleh habiskan. Rasa nak meletup perut bila diasak sepinggan rumbu nasi. Of cozlah anak sedara aku hanya dapat makan separuh aja. Kalaulah aku tahu, aku order sepinggan nasi aja dan 2 ketul ayam madukan. Tak payahlah aku menyakitkan perut. Tapi air coke aku dicuri olehnya...tulah siapa suruh order air kosong?
Malam tu setelah rehat-rehat, kami ke Puchong pula. Nak tumpang bermalam di rumah adek aku. Sampai kat sana, alamak! Adek akupun beli nasi briyani juga dan satay untuk makan malam. Tapi nasi briyani ni macam nasi briyani Johor sikit. Kiranya dua kali melantak nasi beriyani dalam masa sehari. Kekenyangan sangat, aku terus tidur. Tak sempatlah nak selongkar blog dan apa-apa lagi. Bangun pukul 1 pagi, teringat belum solat tapi terlupa tanya kiblat. Tau ajalah apa jadi...so tunggu Subuh ajalah. 


No comments:

Post a Comment