NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, January 28, 2012

Kebaikkan Red Cabbage

Sedang aku membeli sayur, tiba-tiba seorang perempuan India menyapaku. Dari tadi lagi aku tengok dia membelek sayur red cabbage.



"Betulke kubis ini boleh menambah darah kita?" Aku terngangalah dengan pertanyaan dia.

Akhirnya aku menggeleng kepala. Aku hanya tahu makan hati lembu aja boleh tambahkan darah.

Selepas aja dia pergi, aku pun mengambil red cabbage itu. Nak beli jugalah, nanti aku checklah apa betul boleh menambah darah.

Selama ini, aku hanya beli yang hijau aja. Untuk orang yang jarang memasak, kubis memang sesuai sebab tahan lama. Boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi, bihun, mee dan apa-apa lagilah.



Setelah aku surf internet, ini result yang aku dapat berkenaan dengan red cabbage ini:

1- Rendah kalori dan kaya dengan vitamin dan mineral. Vitamin E yang ada dalam red cabbage ini boleh membantu menurunkan kolestrol juga.
2- Agen anti-penuaan. Mesti kaum perempuan terutamanya yang suka dengar ini. Mengandungi vitamin C yang menolong anti-oksida dan juga vitamin E.
3-Bagus untuk mata dan kulit. Ia mengandungi vitamin A yang membantu mengekalkan penglihatan dan juga mengekalkan pelembapan kulit.
4-Meningkat sistem imuniti badan dan meningkatkan pengeluaran antibodi, membaiki DNA dan juga menolong proses metabolisme.
5-Kandungan sulfur yang tinggi beserta mineral lain menjadikan ia sebagai agen pembersihan bagi sistem penghadaman. Ia membersihkan usus dan penghalang dari ketakcernaan dan juga sembelit.
6-Kajiselidik mengenalpasti 36 jenis sumber anti-kanser dalam red cabbage.
7-Mencegah Osteoporosis kerana ia mengandungi sumber kalsium yang tinggi.
8.Mengurangkan risiko alzheimer yang mana red cabbage ini mengurangkan pembentukan sel dalam otak yang menyebabkan terjadinya alzheimer.

Jadi, okaylah juga kalau kita menjadikan red cabbage sebagai sebahagian dari pemakanan kitakan. Selepas ini, aku taklah asyik membeli kubis hijau sahaja.


No comments:

Post a Comment