Lepas balik dari Setiawangsa, singgah di Jusco Kepong. Masih lagi meneruskan misi pencarian. Di Jusco Setiawangsa, ada masalah dengan barang yang diminati. Nampaknya kena ke Jusco OUlah pula hari ini.
Batuk masih ada dengan sakit dada seakan-akan lelah. Kawan ku bagi tablet ventolin. Ini untuk mencairkan kahak dalam dada. Dulu-dulu, aku suka pergi sedut supaya kahak didada keluar semua. Sebab-sebab inilah yang membuatkan selalu berjaga-jaga supaya tidak mendekati apa-apa yang mendatangkan alahan bagi aku,. Sebab once dah kena attack tu, bermula kat tekak, lepas tu hidung mula rasa gatal. Bila hidung dah rasa lain macam, sah mesti kena serangan macam ni.
Anyway, di Jusco Setiawangsa boleh tahan lagi godaan durian. Akhirnya bila tengok 50% off, terbeli juga durian. Best, 2 paket, aku dapat beli pada harga RM26 sahaja. PG tak datang, aku pergi makan kat rumah my sister ajalah.
Jadi pagi inilah baru aku berani makan ubat. Hopefully, kuranglah sikit rasa sakit tu. Oh ya! Aku seronok betul anak buah aku kata aku kurus..hehehe
No comments:
Post a Comment