Ini penting untuk mengukur berapa inci yang kurang setelah mengamalkan tips ini. Kata orag timbang berat itu tidak menunjukkan hasil yang sebenarnya. Aku juga menyimpan baju lama untuk mengetahui samada turun atau tidak berat badan aku.
Sebenarnya kawan aku yang beritahu berkenaan kawan kakak dia yang turun berat badan setelah mengamalkan minum Colavita Extra Virgin Oil ini pagi dan petang, Aku terus tertarik untuk mencuba. Sambil tu aku kurangkan makan terutama pengambilan nasi. Tapi tidur yang lebih dan kurang bersenam membantutkan kelajuan penurunan.
Pendek kata kawan-kawan, jangan buruk lantak. Makan untuk hidup, jangan hidup untuk makan. Sudah jadi macam akukan susah. Kena struggle untuk kurus. Haru juga nak kena skip nasi tu. Sebab haru tulah, aku makan juga nasi sesekali. Alasannya aku perlukan karbohidrat untuk metabolisme.
Setakat ini ada penurunan, tak ketara sangat tapi risau juga, turun sebab unknown disease atau memang tips ini berhasil? Nauzubillah kalau sebab sakit.
|
No comments:
Post a Comment