NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, January 13, 2012

Santai Sebentar Untuk Lepaskan Penat.

Kelmarin kami meronda-ronda di Jalan Tunku Abdul Rahman lagi. Selagi majlis pertunangan belum selesai, selagi itulah kami berulang-alik ke sana.

Semalam kami sudah membeli persalinan pakaian untuk diberikan kepada pihak perempuan buat dipakai ketika akad nikah nanti. Tak lupa juga membeli span, gabus, kain organza untuk dibuat alas hantaran. Malangnya renda yang disukai tidak ada, Mungkin kena datang lagilah. Kami pergi juga ke kedai lain tetapi masih tidak jumpa yang berkenan.

Memandangkan waktu Asar sudah hampir berlalu, kami pergi ke surau di Sogo sebab itu yang paling berdekatan. Kami menunggu sehingga waktu Maghrib. Senang sikit hati apabila sudah menunaikan kewajipan kita.

Selepas itu, kami lepak sekejap di A&W untuk menikmati float dan curly fries. Lega rasanya dapat merehatkan kaki.

Cantik tak tudung ini? Begitu Innovative - siap dengan lengan.

Seronok Farah dapat root beer float


No comments:

Post a Comment