NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, January 12, 2012

Pha-Pha Garden, Pha-Pha Gardern or Pha-Pha Gardens

Cer tengok gambar-gambar di bawah. Apa yang menarik sangat?\




Tak baiklah gelakkan orang. Tapi bila perut sudah kenyang, barulah kami perasan macam-macam ejaan "Garden" nya. Rasa kelakarlah pula.


Yang aku nak citer pasal makanannya. Aku pergi ke sini dengan 2 orang anak sedara aku. Kebetulan, petang tu aku dengan kawan aku melawat kawan kami yang mengidap kanser pankreas. Jadi, aku heret sekalilah kawan aku ni. Yang belanjanya anak saudara aku. Hehehe! Mak sedara pau anak buah, hebatkan aku, Alah, dah jadi manager di Maybank, belanjalah aku.

Kami pilih untuk makan buffet stimboat. Memang worth it, kau lihatlah sendiri, cuma RM19.90 per head untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Tapi tak adalah sampai ada ketam. Yang ada cuma udang, sotong, ayam, daging, ikan dan bahan-bahan yang biasa untuk tomyam seperti bebola/kek ikan/sotong/udang, sayur, mee, telur dan sabagainya. Ada juga nasi goreng, mee goreng, bihun goreng dan kuew tiaw goreng. Tak lupa juga dessert seperti pengat pisang dan butir nangka. Bagi penggemar kerabu, ada disediakan kerabu di sini dan memang oomph rasanya.


Kuah stimboat ialah kuah tomyam. Memang sedap, seperti original Thai Tomyam. Kami bersungguh-sungguh menikmati, tidak putus-putus mengambil makanan dari meja buffet. Anda boleh merebus dalam kuah yang disediakan atau membakar sahaja. Pencicahnya sedap, rasa seperti kuah yong tau foo. Boleh menambah kuah tomyam pada harga RM5 setiap jag. Kalau kau orang tak buruk lantak macam kami, mesti cukup kuah tu. Kami lihat yang datang kemudian sudahpun beredar awal tetapi kami masih di sini.

Nasi/mee/bihun/kuew tiaw goreng pun sedap. Begitu juga pengat pisang dan pengat butir nangka. Cuma satu aja, pengat butir nangka yang selalu aku makan kebiasaannya diletakkan halba sedikit. Jadi rasanya lain. Kalau tidak mahu menikmati pengat pisang atau butir nangka, anda boleh memilih aiskrim sebagai dessert at no extra charge. As long as anda memilih buffet. Anda boleh memilih berbagai perisa aiskrim.


Alhamdulillah, sudah kenyang. Oh ya, kalau anda berminat mencuba, lokasinya di Taman Melawati berhampiran Lim Tayar. Kalau anda melalui MRR2, teruskan sehingga anda nampak Giant Taman Permata di sebelah kiri anda. Apabila melepasi Giant Taman Permata, anda ambil exit yang pertama dan buat U-turn di situ. Bila nampak aja Lim Tayar, bagi signal ke kiri dan masuk ke lorong tersebut. Kemudian ke kiri dan terus ke hadapan. Dari jauh lagi, anda sudah nampak lampu warung tersebut.





No comments:

Post a Comment