Hari ini aku temankan anak sedara aku pergi interview. Macam katanya overqualified driver. But all for a good cause. Hey, I am bringing a doctor for public hospital. People would benefit from it and me? As I said, hopefully she wont forget her aunty who brought her here.
Plan to get out from my brother's house at 6.30 am tapi tak apalah. alas perut dulu. Nasi briyani semalam masih ada, begitu juga sate. Dekat pukul 7 am, baru bertolak. Nasib baik di Puchong, so sempatlah sampai before 8 am. Alhamdulilah, kami tidak sesat. Sampai sana, tengok-tengok sudah ramai orang tetapi tak nampak banyak kereta bersusun di parking. Mungkin mereka datang dengan pengangkutan lain atau mempunyai keluarga/kawan yang bekerja di sini. Bimbang juga kalau temuduga berlarutan hingga ke petang sebab aku ada plan dengan kawan sebelah petang.
Alhamdulillah, kami sampai juga ke sini tanpa sesat. Nak tau, setiap kali ke Putrajaya, aku mesti berpusing sekurangnya dua kali sebelum sampai ke tempat di tuju. Contohnya Alamanda, lebih 10 kali aku ke sini tapi masih juga berpusing-pusing di sini. Apa lagi kalau aku memasuki Putrajaya dari jalan lain.
Parking pelawat di hadapan bangunan ini. Tidak luas sangat. Mungkin ada lagi parking lain yang aku tidak tahu kot. Memandangkan ini bangunan kerajaan yang menjadi tumpuan ramai pelawat, eloklah diperbanyakkan parkir kereta. Tapi satu aja yang aku puji, parking di sini murah dibandingkan di bandaraya KL. Cuma RM1 setiap jam. Okaylah, kalau 8 jam, cuma RM8. Ini di KL, tak samapi sehari, kami kena RM13.
Sedang seronok mengambil gambar, anak sedara aku talipun. Katanya ramai parents/kawan yang menemani. Akupun pergilah ke bangunan SPA tu. Masa aku menapak masuk, aku ternampak seorang staff di meja reception curi-curi menyuap makanan ke mulut. Kesian, tak sempat breakfast agaknya. Nak tergelak juga aku tapi being someone placed in the front line, patutnya dia ubah sikit jadual dia supaya boleh sampai awak untuk breakfast. Well, mungkin hari ini salah satu pengecualian. Kitapun tak tahu, bukannya hari-hari nampakkan.
Katanya anak saudara aku perlu berada di sini pada pukul 8.00 am. Rupanya 8.00 pagi untuk proses pendaftaran. Masa ini, sudah ramai yang menunggu. Nampaknya, semuanya seperti pemegang ijazah perubatan. Mungkin ada juga untuk jawatan lain. Kata anak sedaraku, ramai pemegang ijazah perubatan dari universiti di Indonesia. Dari Universiti anak sedaraku, cuma 3 orang sahaja. Tengok tu, dah pukul 8.23am, belum ada sorang dipanggil untuk interview. Cuma satu kemusykilan kami, kalau memang mereka ini pemegang ijazah perubatan dan dibawah biasiswa kerajaan, kenapa perlu dipanggil untuk temuduga? Bukankah diserap terus untuk pelantikan? Anyone knows? Interested juga nak tahu kenapa SPA gunakan human resources untuk mereka yang memang akan bekerja dengan kerajaan?
Bila dah hampir 10.00 pagi, aku menghilang ke bawah. Perut aku sudah menjerit untuk diisi. Aku tengok nombor anak sedaraku cuma 2 lagi dibelakang yang sedang ditemuramah. Ada banyak juga bilik-bilik bagi menjalankan temuduga. Ada yang laju, ada yang lambat. Terpulang kepada panel temudugalah nak grill habis-habis budak-budak nikan. Aku sempat juga usha-usha dengan yang dah siap pasal soalan yang ditanya semasa interview. Pas tu, aku inform lak anak sedaraku dan kawan-kawannya.
Akupun sibuk mengambil gambar sepanjang perjalanan ke cafetaria. Nak cari kuih sedikit
Mak oi, mahalnya kuih di sini. Tengoklah saiz sepotong kuih lapis yang berharga 40 sen. Kiranya semua 40 sen. Terencat aku nak membeli banyak-banyak. Kesian kakitangan kerajaan di Putrajaya. Kuih aku beli di Pasar Malam Jln TAR itu dua kali saiznya. Aku fahamlah tanah Putrajaya bernilai sakan tapikan majoriti pekerja nya kakitangan kerajaan. Agak-agaknya bagi sewa cafetaria tu. Alah, harga barang mentah di KL takkan jauh bezanya dari berhampiran Putrajaya.
Nasib baiklah adek aku tapaukan kami semua lebihan nasi briyani. Apa lagi, aku berkelah dalam kereta aja melantak nasi briyani. Sudah makan, mula rasa lali nak tidur. Time for nap. Pukul 11.30 am, anak sedaraku mengetuk cermin kereta. Lambat sikit sebab interview panel pergi tea-break pada pukul 10.30 am. Aku dah agak dah, memang wajiblah.
Tengahari tu, aku singgah di Groupbase di Sri Damansara. Anak sedara order kuew tiaw goreng. Aku cuma order ABC aja sebab perut sudah penuh dengan nasi briyani. Tupun ada lagi lebihannya. Nanti aku letakkan dalam peti ais. Boleh juga makan nanti-nanti.
No comments:
Post a Comment