NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, January 13, 2012

Kombinasi vitamin C dan seafood boleh membunuh?

Tadi aku terbaca satu link di facebook tentang bahaya mengambil vitamin C selepas makan seafood. Betulke ni? Macamana dengan buah yang sememangnya mengandungi vitamin C?

Diceritakan mangsa meninggal akibat keracunan arsenik kerana mangsa dikatakan telah mengambil vitamin C selepas memakan udang. Namun keluarganya pula tidak mengalami apa-apa masalah mahupun alahan walaupun memakan udnag di tempat yang sama.

Setelah dikaji, rupanya mangsa meninggal akibat keracunan arsenik diakibatkan tindakbalas kimia diantara vitamin C dan mengakibatkan unsur-unsur bahan bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Dikatakan juga penyelidik di University of Chicago, U.S melalui uji kaji mendapati makanan yang mempunyai kekerang lembut mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium. Makanan yang segar sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Betul atau tidak kesahihan artikel ini, aku belum dapat mengesahkan cuma eloklah sebagai langkah berjaga-jaga. Dan di masa yang sama, teruskan pembacaan untuk mengetahui kisah sebenarnya. Kalau aku dapat info baru, aku akan beritahu nanti ya. Informasi yang banyak berterbangan di internet ini eloklah disahkan kesahihannya kerana jika tidak betul, ia boleh mengakibatkan kekeliruan dan kebimbangan. 


2 comments:

  1. sye bru jek makan seafood dlm tghari then ambil vitamin c dlm kul 930 malam, still akan effect k? risau lak sye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengalaman sendiri yang sering mencampurkan segala jenis makanan, belum kena lagi kecuali gastrik/sakit perut/diarrhea semasa raya saja. Lagipun, kesahihan kajiselidik ini sayapun tidak mendapat kesahihannya.

      Delete