Setelah berhempas pulas, dapatlah juga aku membeli tiket bas tambahan semalam. Naik flight? Mahal sangatlah. Last minute booking..tak naklah bayar harga yang mahal kecuali no more option. Drive? Malaslah bila fikirkan kereta bersusun ke luar KL bila cuti hujung minggu yang panjang.
Menjadi orang tua dan seorang perempuan menjadikan hidup ni senang bila berhadapan dengan karenah syarikat yang menyediakan bas tambahan. Mereka melayani kita dengan baik. Tetapi tidak pula apabila kena pada rakyat luar. Mereka berbudi-bahasa dengan aku tetapi lain caranya nada suara bila berdepan dengan warga negara lain.
Sedih juga kalau memikirkan pengendali public transport di negara luar bersikap begitu juga kepada warganegara Malaysia yang bekerja di luar. Dapatkan anda bayangkan? Sebagai seorang yang pekerjaan memerlukan kita berdepan dengan pelanggan, anda tidak perlu memilih bulu bila melayani karenah penumpang
Salahkan bila mereka bertanya berulangkali? Tidakkah anda memahami keresahan mereka bila bas yang ditunggu tidak sampai-sampai lagi? <umgkin mereka tidak begitu fasih dengan bahasa Malaysia. Janganlah menengking atau bercakap kasar. Betul-betul membuatkan hati ini sedih.
Salah siapakah bila kita bersikap begini? Cuba fikirkan dan jangan menunding jari kepada sesiapa. Anda perlu memperbaiki diri sendiri terutama kalau di barisan hadapan.
No comments:
Post a Comment