NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, January 31, 2012

My late supper

Malas nak tulis. Semalam lapar sangat. makan keropok lekopun tak hilang laparnya.

So, inilah yang aku masak, Pan-Mee masak campak-campak. Tak jadi pula telur tu, berketul-ketul. Sepatutnya dia pekatkan kuah tapi aku telan ajalah. Simple dan tak renyah. Takkan asyik nak makan maggikan.












Alhamdulillah. kenyang aku. Rajin kan sambil masak sambil ambil gambar. Saja, mesti PG kata ala, kalau tak ada, mesti dia rajin masak.

Monday, January 30, 2012

LIVING FOR MONEY OR HAPPINESS

Yesterday was like a gruesome experience sitting in tax class one whole day.

My PG called asking why I did not write anything yesterday. I was simply like burnt out. Aiyyo...tax on specified areas and I feel like dying to remember all. Luckily next week I would get a breather as we won't have tax class. For one week only, though.

Yesterday, lots of stuff. Luckily can follow the subject but my mind was so busy figuring how to remember all.

new bathroom slipper-bought for no reason coz the one I have still ok

But one thing that stuck into my mind until today was this question posed by my lecturer.

"Are you living for money? Or living for happiness?"

Hehehe, subject matter did not catch my attention as I was trying to rationalize why I should be living for money.

And there it goes, the answer from my smart-thinking professor.

"You should be living for happiness but of course to do that, you need money."

There, you see. That's why I love money so much. So it can buy me happiness. 


And after class, I strolled to Jusco OU to buy me happiness; Yes, new curtains for my home, pair of bathroom slippers and a towel.




Saturday, January 28, 2012

Langsir Baruku



Akhirnya aku jumpa langsir yang berkenan di hati. Tak payah nak tempah, beli aja yang siap. Jumpa di Jusco Kepong hari tu. Tapi untuk sudut ini ajalah. Sebelah living room masih lagi tercari-cari. Sebab yang berkenan dah habis stok.

Rupanya bila ada langsir, nampak ceria sikit rumah ya. Macam kita juga, bila kena dengan baju, baru nampak menarik. Lagi menarik bila tampil dengan gaya sopan dan memenuhi tuntuan agama dalam berpakaian.

Kebaikkan Red Cabbage

Sedang aku membeli sayur, tiba-tiba seorang perempuan India menyapaku. Dari tadi lagi aku tengok dia membelek sayur red cabbage.



"Betulke kubis ini boleh menambah darah kita?" Aku terngangalah dengan pertanyaan dia.

Akhirnya aku menggeleng kepala. Aku hanya tahu makan hati lembu aja boleh tambahkan darah.

Selepas aja dia pergi, aku pun mengambil red cabbage itu. Nak beli jugalah, nanti aku checklah apa betul boleh menambah darah.

Selama ini, aku hanya beli yang hijau aja. Untuk orang yang jarang memasak, kubis memang sesuai sebab tahan lama. Boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi, bihun, mee dan apa-apa lagilah.

Friday, January 27, 2012

Harga Sebuah Perkahwinan


Phew! Penat betul semalam mengikut member mencari barang untuk dibuat barang hantaran. Sambil-sambil mencari idea untuk membuat sirih junjung bagi hantaran tunang anak saudara aku. Ingat nak beli fresh flower ajalah. 

Cari punya cari, akhirnya banyak yang dibeli di SSF. Masa membayar, terjojol biji mata aku bila melihat sepaket kecil bunga kristal berharga RM32. Aku ingatlah kena beritahu pengantin tu suruh simpan elok-elok bunga artificial especially bunga kristal tu untuk digubah menjadi bunga hiasan kat rumah pula nanti. Jangan dihading ke sana-sini tak tentu pasal. RM32 tu boleh dapat 2 pinggan nasi beriani. 3 paket yang dibeli, dah seratus lebih.


Mahal betul barang-barang untuk hantaran ni. Kalau makanan mahal, masuk juga ke perut. Kenyang juga para tetamu. Tak adalah datang dari jauh cuma dijamu ala kadar saja, duk suruh tengok hiasan-hiasan yang tak ke mana. Dewan mahal, nak buat macamana, dah tak ada pilihankan. Sekarang ni bukan senang nak dapat rumah dengan tanah besar seperti dahulu

Soalnya perluke berhabis-habisan untuk barang-barang seperti itu? Membazir? Masing-masing ada hujah masing-masing. Tetapi kalau kita selalu mendengar ceramah agama, mesti ada terlekat peringatan tentang majlis perkahwinan ini. Bagi aku untuk mencari keberkatan perkahwinan, perlulah mengelakkan pembaziran dan mengekalkan kesederhanaan. Lagi meriah perkahwinan kalau tetamu yang datang dirai seadanya sebagaimana kehadiran mereka meraikan pengantin. Bila mereka gembira, diharap gembira itu dizahirkan dengan mendoakan sepenuh hati kesejahteraan rumahtangga pengantin.

Tepuk dada, tanyalah selera. Seluk poket, ukurlah ketebalan duit.  Gosok dada, ukurlah keimanan kita. Setakat mana kita nak berhijrah dalam Ad-din sebab Islam itu cara hidup kita, bukan setakat ke masjid berjemaah dan mendengar ceramah sahaja. Mesti diaplikasikan dalam setiap tingkahlaku kita.

Phew! Mahal betul harga sebuah perkahwinan sekarang ini. Padanlah hantaran mahal. Tapi di Pantai Timur, hantaran dapat seratus peratus pada pengantin perempuan, uols. Sebelum kahwin, ada yang dah tempah barang kemas untuk dibeli dengan wang hantaran.



Another one down.

Gigi yang berlubang masih belum lagi dicabut. Masih bertahan sebab aku akan membersihkan serta-merta jika sesuatu termasuk dalam lubang. And surprisingly, tak sakit dah selagi aku tak goyangkannya. Serik betullah nak jumpa doktor gigi pasal gigi tu.

Dan tengahari kelmarin, semasa aku seronok mengunyah kuih, tiba-tiba tergigit sesuatu yang keras. Hai, ada batu pula ke kuih ni? Mulalah macam-macam perkataan yang sedap didengar terlintas dalam fikiran.

Cepat-cepat aku keluarkannya. Oh tidak! Bukan batupun, cuma satu lagi gold in-lay tertanggal, kali ini sebelah kiri pula. Tapi gigi ini masih lagi elok. Rasanya aku kena tampal secepat mungkin lubang tu..

Thursday, January 26, 2012

Grocery Day


Di suatu kedai, aku ambil satu pek beras wangi yang beratnya 1 kg. Yalah, kurang makan nasi, tak payahlah nak beli banyak. Hanya bila perlu saja, baru nak masak. Tapi nasib baik aku ternampak ada macam kutu hitam bergerak diantara beras. Kalau belipun, boleh buang saja cuma aku tak mahu sebab macam indicate beras tu dah lama. Lepas tu, lagi lamalah dengan aku sebab aku malas nak masak. Tak jadi beli,

Di Maxvalue, aku jumpa beras lain dengan berat sama (anak-beranak wangi juga. Aku cukup suka beras wangi. Satu lagi beras basmathi. Kalau beras lain, kureng sikit especially yang nasinya tak mix well dengan lauk. Tak masuk kuah, kata orang). So aku beli juga barang-barang lain sebab hooray!! 25hb biasanya ada diskaun 5% untuk pemegang kad Jusco. So apa lagi, aku buatlah shopping barang dapur hari tu. Tak banyak, ala kadar sahaja.

Silly Me.

Stupid me. I just discovered my phone left inside my car while I searched for camera in handbag.

It is half past 3 in the morning.  Here I am, cursing Oppa V for not calling as he promised. Did he? Won't know until I checked my missed calls log. While in Maxvalue, I have already noted the phone was left inside the car. I reminded myself then to put it back into my handbag. But once I parked my car and totally focused on carrying those groceries, I forgot about it altogether.

On the other side, if he really called me, it would be good as it showed that I am still upset about his broken promises, his choice of restaurant, his careless attitude towards me and what else...despite everything, I still _ _ _ _ him so much.

Can't wait for the next morning to get my phone. Ha? Go and get it now? What do you expect? I am on 12th floor and my car is on 8th floor. And the building that houses parking lots is quiet except for occasional  patrols by guards.

But if he did call, he would not be happy about it. His perseverance on getting calls unanswered is lower compared to me. On second thought, the phone was left in the car because I text my apologies for making him caught in the rain. And I forgot to put it back in my handbag. Aiyyo!!! Silly me.


Wednesday, January 25, 2012

Peribadi atau Isu Semasa


Semalam aku tengok berita. Akhirnya satu buah fikiran yang bernas dari politician yang memang terkenallah. Aku bersetuju bahawa rakyat mahu mengetahui apakah yang boleh pemimpin parti buat atau mahu buat untuk menangani isu-isu semasa.

Sebenarnya aku agak muak dengan media-media yang selalu menonjolkan kelemahan peribadi pemimpin yang entah betul atau tidak. Ada juga yang hanya menayangkan sebahagian ucapan dan memanipulasikan ucapan itu atau menterjemahkan mengikut kesesuaian mereka. Dan kadang-kadang aku kesian dengan mereka yang menyebarkan fitnah yang tidak ada kesahihannya.

Sebagai rakyat, aku begitu risau dengan nilai RM50. Inflasike sekarang? Memang tidak tetapi harga barang yang semakin naik sehinggakan duit RM50 tidak mencukupi untuk berbelanja pada kadar yang sama. Kadang-kadang tu, aku rasa sayang untuk berbelanja makan di luar. Sebabnya makan dua ekor ikan bakar di warungpun boleh mencecah RM20 lebih. Nasi dan ikan bakar sahaja. 

Tetapi yang sedihnya di kala kakitangan kerajaan menikmati kenaikkan gaji, ada pekerja swasta yang masih membawa balik pendapatan sekitar RM500 sebulan. Melainkan kalau ada upah lebih masa, dapatlah lebih sedikit. Tetapi para peniaga tegar aja menaikkan harga barang bila mendengar gaji kakitangan kerajaan naik.

Oleh itu, amatlah penting sekarang untuk mendengar pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan atau pembangkang untuk menangani isu-isu yang lebih dekat di hati kita seperti isu di atas, pemilikan rumah, pengambilan tanah, rasuah yang berpanjangan dan sebagainya.

Isu-isu peribadi usahlah digembar-gembur jika tidak ada yang berasas. Saya melihaf kaum lain ada yang memaafkan pemimpin mereka yang terang-terang melakukan hubungan luar nikah tetapi bangsa melayu masih lagi menceceh isu dalam kain seseorang.

Back at Damai

Semalam jadi juga aku balik sini. Dalam duk fikir nak balik ke tidak, nak balik dengan apa, akhirnya sampai juga ke Damansara Damai.

Setiap kali balik kampung, mesti berperang antara dua rasa. Nak stay dan nak berada di rumah sendiri. Sebenarnya sedih nak tinggalkan parentslah. Tapi dah ada sesuatu yang perlu dilakukan di sini, terpaksalah balik.

Alhamdulillah, jalan tak jam, so taklah terkandas lama atas jalan. Mula tu aku ingat nak balik dengan bas aja tapi bila fikir-fikir, nak kena beli tiket lagi. So, ikut ajalah adik aku balik pagi tu. Cuma Hentian Temerloh agak sesak dengan pengguna lebuhraya LPT. Nak cari parkingpun susah,

Selesai makan, kami teruskan perjalanan. Lega sebaik sahaja sampai ke kawasan perumahan. Syukur, perjalanan yang selamat juga buat kali ini.

Monday, January 23, 2012

Tanahairku Tapi Pusat Rezeki Mereka

Masa aku nak balik kampung hari tu, aku ternampak perempuan yang meriba anaknya seperti datang dari Indonesia. Gayanya berpakaian dan mendukung anak nampak seperti gaya pembantu-pembantu rumah dari Indonesia.

Bila naik bas, rupanya kami menghala ke arah yang sama cuma bezanya tempat perhentiannya di Kemaman manakala aku langsung ke Kuala Terengganu. Gaya percakapannya pula sebiji macam orang Terengganu. Aku nampak dia menyuruh maknya duduk disebelah aku. Akupun tumpang lega kerana yang duduk disebelah aku tu perempuan.

Bila makcik tu menegur aku, kami bercakaplah barang seketika. Katanya menguruskan passportnya di kedutaan. Akupun peliklah, kenapa jauh menguruskan passport sedangkan di Kemamanpun boleh. Bisiknya makcik rakyat Indonesia. Rupa-rupanya memang betullah makcik dan anaknya dari Indonesia dan masih memegang kerakyatan sana. Sudah hampir 25 tahun di sini dan sekarang ini meniaga di pasar malam. 

Aku agak mesti suami orang sini sebab lama di sini, tambahan berniaga lagi. Rupanya suami makcik tupun orang sseberang dan setelah suaminya meninggal, mereka terus menetap di sini. Itu yang fasih bercakap Terengganu. Tetapi aku tak tertanya pula menantunya orang mana.

Cuma terfikir senangnya orang seberang datang berniaga di sini. Kenapa dan mengapa, sama-samalah kita fikir.

Sunday, January 22, 2012

Kari, gulai, makanan berempah?

Kalau balik kampung, itulah masakan ayah aku. Tekak aku bukan suka sangat makan makanan seperti gulai, kari atau makanan bergoreng atau berempah. Aku lebih suka masakan yang kering atau ala chinese food. Makanan siam, not badlah.

Malam ini pula masakan nasi kandar. Sesekali bolehlah telan. Tapi semalam dah makan gulai tulang. Trend ayah aku pula gulainya kurang santan. Cair aja, memang kurang sikitlah rasanya. 

Petang tadi anak saudara bawa roti canai dengan kuah dal dan juga kari. Dan malam ni? Tiba-tiba terasa perut ini sudah kembung dengan masakan ini. Aku rasa gastrik sudah mula datang.

Aku ni jahat sikit perangai. Kalau Mr V bawa aku masuk kedai mamak ni, memang aku akan mengamuk dan mogok tidak makan. Melainkan aku teringin setelah lama tak menjamah. Kesian Mr V, asyik kena buli. So, untuk compromise, kedai mamak ini mesti ada menghidangkan makanan panas seperti makanan ala Siam atau Western food.

Jadi malam ni, aku puasalah makan. Bagi perut ini relaks sikit. Sebelum gastrik makin teruk.



Saturday, January 21, 2012

Mahalnya harga barang


RM2 seikat? Memang mahalke harga sayur kacang panjang sekarang ni? Terlopong aku semasa mengunjungi gerai Pasar Maghrib di Kuala Terengganu. Mak ooi, kalau tak sebab ayah aku nak masak sayur ini, aku tak belilah. 

Lepas tu jalan-jalan nak beli kuih sikit-sikit. Sekali lagi aku terkedu bila kuih sekaya dan tuk aji serban(seri muka) harganya RM1 sekeping. Besar tu macam besar kuih talam 50sen sekeping. Terus tak jadi beli. Baik buat sendiri. Kalau yang di kedai, mesti dicampurnya dengan tepung.

Aku beli barang-barang dalam RM7. Sekejap ajapun buat. Dah siappun. Boleh makan banyak-banyak. Aku kira untung dia kalau jual macam harga gerai tadi. dapat 2/3. Banyak margin keuntungan tu. Alah, buat lagi best, pure punya.

Puas hati aku makan. Tak ingat langsung kalau terkena diabetes.

Nikmati ICT di Teluk Ketapang

ICT? Ikang Celup Tepung...Sudah lama sangat tak jejak kai di sini tapi Teluk Ketapang ini menarik perhatian orang ramai untuk menikmati makanan laut yang segar di sana.

Petang semalam kakak aku ajak ke sana. Rupanya hari Jumaat ada pasar malam. Beratur jugalah sebelum sampai ke tempat dituju disebabkan pengunjung pasar malam mencari parking. Nasib baik tak lama, kakak aku yang pantang kalau jalan bersesak mula mengeluh. Agaknya kalau dia kena berdepan dengan jam di KL hari-hari, mesti pengsan punya.

Ada a few kedai yang menawarkan makanan laut yang digoreng celup tepung. Ada sebuah kedai yang agak reasonable harganya tetapi memandangkan kami tiba agak lewat, tak banyak pilihan. So kami settled di warung ini ajalah.

Kalau nak bermain layang-layang di sini, bolehlah membeli berbagai jenis layang-layang yang dijual tapi kedai layang-layang di sini tak sebanyak di pantai Batu Buruk. Kalau betul-betul nak tengok ombak pantai sambil menikmati makanan celup tepung, elok pergi saja ke Pantai Batu Buruk tapi di Teluk Ketapang ini, rasa makanannya lebih segar. 

 warung menjual makanan laut goreng bertepung
 Layang-layang tinggi berterbangan di udara.


Suasana Malam di teluk Ketapang

Friday, January 20, 2012

Berbudi bahasa budaya kita.

Setelah berhempas pulas, dapatlah juga aku membeli tiket bas tambahan semalam. Naik flight? Mahal sangatlah. Last minute booking..tak naklah bayar harga yang mahal kecuali no more option. Drive? Malaslah bila fikirkan kereta bersusun ke luar KL bila cuti hujung minggu yang panjang.

Menjadi orang tua dan seorang perempuan menjadikan hidup ni senang bila berhadapan dengan karenah syarikat yang menyediakan bas tambahan. Mereka melayani kita dengan baik. Tetapi tidak pula apabila kena pada rakyat luar. Mereka berbudi-bahasa dengan aku tetapi lain caranya nada suara bila berdepan dengan warga negara lain.

Sedih juga kalau memikirkan pengendali public transport di negara luar bersikap begitu juga kepada warganegara Malaysia yang bekerja di luar. Dapatkan anda bayangkan? Sebagai seorang yang pekerjaan memerlukan kita berdepan dengan pelanggan, anda tidak perlu memilih bulu bila melayani karenah penumpang

Salahkan bila mereka bertanya berulangkali? Tidakkah anda memahami keresahan mereka bila bas yang ditunggu tidak sampai-sampai lagi? <umgkin mereka tidak begitu fasih dengan bahasa Malaysia. Janganlah menengking atau bercakap kasar. Betul-betul membuatkan hati ini sedih. 

Salah siapakah bila kita bersikap begini? Cuba fikirkan dan jangan menunding jari kepada sesiapa. Anda perlu memperbaiki diri sendiri terutama kalau di barisan hadapan.






Wednesday, January 18, 2012

Mission Impossible

Malam semalam teruskan mission cari langsir,..misi impossible. Sebabnya dah jumpa langsir yang berkenan tapi tak cukup qty untuk dibeli. Jadi 3 Jusco aku pergi. Yang 1st cuma ada 2 panel, Kepong cuma tinggal satu dan OU habis. Promoter talipon Wangsa Maju, Maluri pun, dah habis. Dia suruh cari di Parkson kelmarin tapi aku tak jumpa juga.

Lepas tu survey harga TV LED. Juga di Jusco. Murahlah, terliur aku nak beli. Kawan aku kata asyik banyak aja wishlist aku. Bab shopping aku cukup suka. Tak dapat shopping sendiri, tolong shopping untuk orangpun dah cukup. As I said, aku cuba menyokong ekonomi Malaysia. Supaya peniaga-peniaga tidak rugi.



Aku malas nak catat, suruh member ambil gambar aja. Nanti balik kampung, kami survey kedai  kat sana. Aku check juga harga TV 3D, sony punya. Wawawa, RM12k lebih. Tak payah belilah. TV LEDpun okay. Model tu boleh reduce penggunaan elektrik.

Okaylah, now aku tengah tunggu promoter bagi good news. mana tau dia jumpa corak yang aku nak. Kalau tak, lama lagilah langsir aku nak berbaju.

Tuesday, January 17, 2012

Menggamit Memori

Lama tak datang sini. Dahulu, aku tinggal sinilah. Walaupun tak ada kereta ketika itu, senang sebab bas banyak. Balik kampungpun senang sebab tumpang aja pak cik aku yang tinggal sama blok dengan aku. Kelmarin aku datang sebab nak jenguk my uncle and family. Lama tak jumpa dia orang.

Sekarang ini sudah berpagar. Selamatlah sikit agaknya. Pagar tu dia orang kutip duit dari kami. Tapi bangunan tu kesianlah, tak bercat. Dulu manalah ada kutip sinking fund. Kalau kutip, mesti dah banyak sebab lama dah bangunan tu. Bolehlah cat semula
Gerai-gerai bercambah. Kalau aku kata eyesore, orang mesti marah. Mesti kata aku sekat rezeki bangsa kita tapi yang hakikat tetap hakikat. Lagipun dia orang buat atas drain. DBKL ni, kalau ada yang ,mengadu, buat tak pandang aja kot. Satu lagi aku dengar peniaga ni marah kalau parking depan gerai mereka. Mulalah basuh kuali biar mercik kereta orang. Macamlah dia bayar sewa tanah.

DBKL ke mana-mana local councilke pun satu. Kalau dah approved berpuluh-puluh blok apartment, agak-agaklah sediakan banyak mana gerai makan yang cantik, bersih dan selesa. Janganlah buat yang sekangkang kera. Kotor pula jadinya dapur tu sebab bersesak. 
Tapi boleh pujilah pengurusan sini sebab bersih kawasannya walaupun apartmentnya tak bersolek bagai. Rindu juga kat sini, tempat aku muda-muda dulu. Pagi atau petang minggu, akan berjalan dari sini sampai ke Setiawangsa. Exercise kononnya. Sekarang ni Setiawangsa sudah ada Giant. Tak jauh kat sana, ada Jusco. 

Kebetulan arwah nenek ada di rumah pak cik aku masa bulan Ramadhan, kami akan bersama-sama ke surau. Kalau tak, aku sorang-sorang ajalah. Tapikan aku tak seramah nenek aku. Memang tak ramah langsung. Walau beberapa kali aku ke surau setiap kali Ramadhan, aku tak kenal orang sana sekadar berbalas senyuman. Tetapi arwah nenekku, tak sampai seminggu, sudah ada kawan. Bila dia sudah tak sihat, dia tak datang ke KL lagi sehingga habis umur dia di rumah my parents.


Lost & Found


Akhirnya misteri kasut ini terjawab. Mati-mati aku kata tak ada dalam kereta.

Mana taknya, 2/3 kali intai kat boot, tempat duduk belakang, tempat duduk penumpang, memang tak nampak.

Hari ini kesian dengar suara tuan punya. Sebelum bertolak, aku cek bawah kerusi, rupanya, tu dia terselit.

Mesti tuan dia suka.

Durian Punya Pasal.

Lepas balik dari Setiawangsa, singgah di Jusco Kepong. Masih lagi meneruskan misi pencarian. Di Jusco Setiawangsa, ada masalah dengan barang yang diminati. Nampaknya kena ke Jusco OUlah pula hari ini.

Batuk masih ada dengan sakit dada seakan-akan lelah. Kawan ku bagi tablet ventolin. Ini untuk mencairkan kahak dalam dada. Dulu-dulu, aku suka pergi sedut supaya kahak didada keluar semua. Sebab-sebab inilah yang membuatkan selalu berjaga-jaga supaya tidak mendekati apa-apa yang mendatangkan alahan bagi aku,. Sebab once dah kena attack tu, bermula kat tekak, lepas tu hidung mula rasa gatal. Bila hidung dah rasa lain macam, sah mesti kena serangan macam ni.

Anyway, di Jusco Setiawangsa boleh tahan lagi godaan durian. Akhirnya bila tengok 50% off, terbeli juga durian. Best, 2 paket, aku dapat beli pada harga RM26 sahaja. PG tak datang, aku pergi makan kat rumah my sister ajalah.

Jadi pagi inilah baru aku berani makan ubat. Hopefully, kuranglah sikit rasa sakit tu. Oh ya! Aku seronok betul anak buah aku kata aku kurus..hehehe

Monday, January 16, 2012

Pendatang Izin


Semua mesti tahu pasal program pemutihan yang dijalankan oleh kerajaan baru ini. Tak tau berapa banyak kali lagi kerajaan kena jalankan. Semua orang nak kos murah, tak kiralah upah buruh, cleaner dsb. Sikap kitalah yang menyebabkan kebanjiran mereka.

Macam cleaner semalam tu. "Ibu, usah runsing. Sekarang ini saya sudah jadi pendatang izin. Tidak perlu takut kalau polis tahan." Itulah, akupun salah seorang. Padahal berlambak cleaning services yang ada. Kalau ikutkan lagi senang sebab mereka hantar terus ke rumah. Tidak perlu dijemput pergi dan balik. Lagipun, income pergi kepada rakyat Malaysia yang pastinya akan bayar tax untuk pembangunan negara. Kalaulah mereka bayar Tax.

Cuma aku nak sentuh sikit sicleaner ni, aku dah pesan suruh focus pada dapur, bilik air dan balconi. Aku taulah rumah aku berdebu giler tapi kat luar tu, bab sapu-sapu bolehlah aku buat sendiri. PG pun tolong aku. Aku tak tahan dengan balconi sebab aku ni suka bersidai juga di sana sesekali. Bilik air tu, aku nak dia sental dinding dan juga celah-celah tile lantai itu sebab aku tak larat nak mencangkung.

Dia bersihkan juga keseluruhan rumah. Bukan tak berterima kasih tapi objektif aku tak tercapailah. Cuma dapur aku tip-top. Balkoni dan bilik air agak-agaklah. Dia nak kejar masa, sebab tu aku suruh kemaskan 4 tempat tu dulu. Macam-macamlah.

Pokok-pokok yang kering. Dia lambakkan aja macam tu,. Aku nak suruh dia clearkan pasu-pasu ni, buang pokok-pokok mati. Dia tak terfikir kadang-kadang aku duduk juga menyelit di situ menikmati pemandangan dari view lain. Nampak gayanya aku kena susun semula pasu-pasu ini. Tapi aku dah tak larat nak angkat benda-benda tu semua.

Kesan pasupun tak disentalnya. Aku nak suruh dia buat macam tu, Kalau basuh tu, aku boleh buat juga. Lantai ruang tamu tu aku sapu sepuluh kali, mop 5 kali dalam sehari tau sebab nak clearkan debu yang membukit.(masa mula-mula pindahlah). Siap dengan lap dinding ruang tamu lagi.

Nak kata macamana. Lagipun aku kena bagi kredit juga sebab oklah, overall rumah aku bersih. Bukan semua orang sempurnakan. Cuma dengarlah cakap majikan. Mestilah ada sebab aku nak macam tu.

Upah Cuci Rumah

Seronoknya. Terjumpa duit dalam ang pow masa cuci rumah.

Cer teka berapa? 


Jeng!Jeng!Jeng! RM20 aja. Tapi ok apa. Busuk-busukpun, boleh dapat 4 bungkus nasi kukus.

Dulukan, aku kemas-kemas rumah. Tiba-tiba, hah berkeping-keping duit RM50 aku jumpa. Beratus jugalah.

Bukannya duit orang lain, aku punya juga sebab aku yang sembunyikan.

Cuma yang musykil kenapa tak jumpa rantai dengan loket aku. Nak kata orang pecah rumah tetapi tak jumpa-jumpa sampai hari ini.

Oklah, kesimpulannya kita kena rajin kemaskan rumah. Mana tau ada rejeki. Orang yang suka bersihkan rumah ni rezeki murah.

Oops. Akukah yang cuci rumah? Bukanlah, aku hire seorang cleaner ini tetapi lepas ni, tak ambil dah dia sebab kena jemput pergi dan balik. Rumahnya jauh pula. 


Maxvalue, I have my own trolley


Cute tak troli aku? Entahlah, kekadang tu aku macam budak-budak. Bila Farah tak beli, cuak juga takut dia ambil aku punya. Alah, Farah memang tak pandang troli ni, dia pandang I-Phone4 aja. Pelik juga aku tak pernah tertanya samada dia sudah dapat Iphone4 atau tidak.

Troli comel ini jadi hiasan ajalah, bukan boleh diisi dengan barang-barang. Kalau aku isi dengan permainan seperti replika coke etc sah mesti jadi permainanlah troli ini. Menyesal pula tak belikan satu untuk Princess dan Laura. Angel sudah suruh aku panggil dia Laura. Rase nak tergelak pula, duit beli trolipun belum aku bayar pada kakak aku, ini sudah berangan nak bagi kepada orang.

Alang-alang berceirta pasal Princess and Laura, GBS sudah kekurangan satu member sebab ahli sudah meningkat remaja. Makin lama makin kuranglah dan akupun tak larat lagi nak create satu lagi GBS. Lagipun sudah ada proposal untuk aku menjadi nanny. Harga masih dalam negotiation tambahan the proposer masih lagi bersekolah. Harga tidak merangsang tetapi prospek tidak keseorangan bila tua ini yang menarik.

Saturday, January 14, 2012

Bila anak ada peperiksaan

Zaman sekarang ini, ibubapa bertungkus-lumus demi kejayaan anak-anak. Apa-apa, merekalah jadi galang-gantinya.

Bunga Untuk Ibu Yang Sentiasa Mendoakan  Kejayaan Anak.- ini hasil tangan Princess

Ada yang jadi driver untuk menghantar anak pergi tuisyen.

Ada yang jadi pekerja laundry tolong basuhkan dan gosok baju anak-anak di kala mereka sibuk dengan tugasan.

Ada yang jadi tukang masak untuk memastikan anak-anak sentiasa cergas dan sihat.

Ada yang menemani anak berjaga ketika mengulangkaji pelajaran.

Yang jadi tukang dengar atau teman berbincangpun ada di kala anak-anak bersedia untuk peperiksaan.

Macam kakak aku, kenalah dia menadah telinga mendengar ulasan anaknya berkenaan subjek yang diambil.

Ibu dan Anak Yang Sama-sama Belajar demi kejayaan anak. Good luck Farah untuk peperiksaan anatomy nanti ya.


Princess Yang Tidak Princess Lagi

Princess masih lagi melancarkan perang dingin dengan aku. Bila aku call nak bercakap dengan kakak dia, dia marah. Katanya kenapa nak bercakap dengan kakak dia, bukan dia sendiri.

Sudahlah begitu, dia tak nak passkan talipon pada kakak dia. Nak tau muka dia dengan muka kakak dia ni memang sama. Yang membezakan cuma umur yang memang jauh berbeza. Kakaknya sudah berusia 24 tahun manakala dia baru 9 tahun.


Memang dia marah sangat sebab baru-baru ini banyak gambar aku dengan GBS tanpa dia....hahaha...one member wuz not around. MIA. Dan dia juga hot bila melihat gambar aku mencium pipi Ain dalam FB. Katanya, jangan panggil dia Princess. Panggil saja dia Bibik, atau Jahat. Panggil aja Ain dengan gelaran Princess. Dan aku hanya tergelak besar. Malas nak layan budak macam itu.

Friday, January 13, 2012

Santai Sebentar Untuk Lepaskan Penat.

Kelmarin kami meronda-ronda di Jalan Tunku Abdul Rahman lagi. Selagi majlis pertunangan belum selesai, selagi itulah kami berulang-alik ke sana.

Semalam kami sudah membeli persalinan pakaian untuk diberikan kepada pihak perempuan buat dipakai ketika akad nikah nanti. Tak lupa juga membeli span, gabus, kain organza untuk dibuat alas hantaran. Malangnya renda yang disukai tidak ada, Mungkin kena datang lagilah. Kami pergi juga ke kedai lain tetapi masih tidak jumpa yang berkenan.

Memandangkan waktu Asar sudah hampir berlalu, kami pergi ke surau di Sogo sebab itu yang paling berdekatan. Kami menunggu sehingga waktu Maghrib. Senang sikit hati apabila sudah menunaikan kewajipan kita.

Selepas itu, kami lepak sekejap di A&W untuk menikmati float dan curly fries. Lega rasanya dapat merehatkan kaki.

Cantik tak tudung ini? Begitu Innovative - siap dengan lengan.

Seronok Farah dapat root beer float


Kombinasi vitamin C dan seafood boleh membunuh?

Tadi aku terbaca satu link di facebook tentang bahaya mengambil vitamin C selepas makan seafood. Betulke ni? Macamana dengan buah yang sememangnya mengandungi vitamin C?

Diceritakan mangsa meninggal akibat keracunan arsenik kerana mangsa dikatakan telah mengambil vitamin C selepas memakan udang. Namun keluarganya pula tidak mengalami apa-apa masalah mahupun alahan walaupun memakan udnag di tempat yang sama.

Setelah dikaji, rupanya mangsa meninggal akibat keracunan arsenik diakibatkan tindakbalas kimia diantara vitamin C dan mengakibatkan unsur-unsur bahan bukan toksik berubah kepada unsur-unsur toksik.

Dikatakan juga penyelidik di University of Chicago, U.S melalui uji kaji mendapati makanan yang mempunyai kekerang lembut mengandungi kepekatan yang lebih tinggi lima sebatian arsenik kalium. Makanan yang segar sendirinya tidak mempunyai kesan toksik terhadap tubuh manusia.

Betul atau tidak kesahihan artikel ini, aku belum dapat mengesahkan cuma eloklah sebagai langkah berjaga-jaga. Dan di masa yang sama, teruskan pembacaan untuk mengetahui kisah sebenarnya. Kalau aku dapat info baru, aku akan beritahu nanti ya. Informasi yang banyak berterbangan di internet ini eloklah disahkan kesahihannya kerana jika tidak betul, ia boleh mengakibatkan kekeliruan dan kebimbangan. 


Thursday, January 12, 2012

Pha-Pha Garden, Pha-Pha Gardern or Pha-Pha Gardens

Cer tengok gambar-gambar di bawah. Apa yang menarik sangat?\




Tak baiklah gelakkan orang. Tapi bila perut sudah kenyang, barulah kami perasan macam-macam ejaan "Garden" nya. Rasa kelakarlah pula.

Sepagi di SPA, Putrajaya

Hari ini aku temankan anak sedara aku pergi interview. Macam katanya overqualified driver. But all for a good cause. Hey, I am bringing a doctor for public hospital. People would benefit from it and me? As I said, hopefully she wont forget her aunty who brought her here.

Plan to get out from my brother's house at 6.30 am tapi tak apalah. alas perut dulu. Nasi briyani semalam masih ada, begitu juga sate. Dekat pukul 7 am, baru bertolak. Nasib baik di Puchong, so sempatlah sampai before 8 am. Alhamdulilah, kami tidak sesat. Sampai sana, tengok-tengok sudah ramai orang tetapi tak nampak banyak kereta bersusun di parking. Mungkin mereka datang dengan pengangkutan lain atau mempunyai keluarga/kawan yang bekerja di sini. Bimbang juga kalau temuduga berlarutan hingga ke petang sebab aku ada plan dengan kawan sebelah petang.



Shopping at Jln TAR, Nasi Briyani and Me

Sebenarnya dua tiga hari ni agak busy. Hari Isnin tu, aku sempat mencelah juga mengikut anak sedaraku mencari tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman. Again? Mesti you all kata tak ada tempat lain nak pergi. Tapi inilah syurga tudung. Macam-macam pilihan dan fesyen terbaru. Tapi taklah semua fesyen boleh aku tibai. Tambahan muka aku agak besar, susah hendak digayakan dengan mana-mana tudung.


Sempat juga aku singgah di Kamdar sebab anak sedara nak cari  kain  chiffon plain untuk dibuat skirt