Petang hingga ke malam, hujan turun dengan lebatnya. Guruh, kilat silih berganti. Dadaku berdebar, bagaimana agaknya kalau kilat menyambar aku. Nak tau, ada kalanya ketika kilat sabung-menyabung, aku akan bersembunyi di lorong menuju ke bilik. Sebabnya? Tiada tingkap, terasa jauh dari kilat. Hahaha...itulah aku.
Sebenarnya, aku bernasib baik kerana sempat sampai ke rumah sebelum hujan turun dengan lebat. Sempatlah mengangkat baju yang terjemur di balkoni. Sempat pulang untuk solat asar. Alhamdulillah.
Hari ni misi mengambil passport dan juga surat tuisyen dari MIA berjaya disempurnakan. Cuma tak sempat ke pejabat EPF. Keluarpun dah dekat pukul 4 pm. Tadi dalam masa 25 minit, aku sampai ke Plaza Glomac dari Damansara Damai via LDP. Not bad jugakan. Itu secepat yang boleh aku bawa. Dan another 25 minit from Glomac to MIA di Brickfield. Tak lajulah but aku bangga jugalah. Prestasi bagus dari pemanduan biasa aku. Kalau tak ada kecemasan, aku suka pandu perlahan sambil dengar lagu. Jaranglah nak tengok aku terbang di jalan. Mula-mula dapat kereta tu, memanglah laju dan kuat merayap. Bila dapat 2/3 kali surat cinta dari polis, aku serik. Sayang duit Beb.
Sebenarnya, ada satu tajuk berita menarik perhatianku pada 29 Nov 2011. Sesiapa yang terlepas, tajuknya berikut dan linknya seperti berikut:
Sebelum keluar artikel ini, akupun selalu terfikir kenapalah ibubapa mereka membenarkan bakal-bakal pengantin ini bergambar dengan penuh mesra seperti suami-isteri. Walaupun mereka akan berkahwin, ini tidak menghalalkan mereka untuk bersentuhan dengan mesra.
Akupun bukanlah baik sangat, tetapi bersetujulah dengan pandangan MUL ni. Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwanya. Aku belum mendengar lagi para ulamak sini berkata-kata. Kita tunggu dan lihat sajalah.