NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, November 30, 2011

Gigi oh gigi

Akhirnya, setelah diasak oleh pencungkil gigi, tampalan gigi gerahamku (gold in-lay) tercabut jua. Memanglah sengal tu masih terasa tapi rasa kurang selesa dah hilang. Entah beberapa kali aku menggosok dibahagian yang berlubang tu semalam. Beginilah rupa tampalan gold-in-lay. Simpan beb, nak bawa ke klinik. Kalau hilang, lebih kurang seribu juga nak kuarkan untuk ganti. Tapi dulu aku bukan buat saja-saja. Sebab terpaksa kerana tampalan biasa asyik tercabut. Akhirnya jumpa pakar dan ini yang dia rekomenkan. Worth it juga sebab bertahan lebih 10 tahun.




Lihatlah lubang tu setelah tampalan in-lay tercabut. Besarkan lubang, mana tak aku meraung. Gigi tu sakit sejak pertengahan tahun ni. Masa pergi klinik dalam bulan Julai atau Ogos,, minta doktor tu buka tampalan gold-in-lay dan bersihkan apa yang patut. Mana tau ada sisa makanan menyusup diantara tampalan in-lay dengan gigi yang berlubang. Katanya tak ada sebab tampalan tu kemas. Jadi, dia drill di tepi gigi tu nak cari kat mana lubangnya. 

Baru-baru ni , semasa cuti Aidil Adha, pergi lagi ke klinik sebab sakit gigi di tempat yang sama. Minta dia buka tampalan in-lay tapi masih lagi dia berpendapat tak payah, cuma berlubang sikit di belakang gigi yang sama. Katanya akar gigi bermasalah dan dicadangkan samada aku buat root canal aja gigi ni atau cabut dan buat bridging. Duit juga tapi root canal murah sikitlah dibandingkan bridging. Jadi, aku suruh dia tampal dahulu. Tengok macamana. Dia bagi anitibiotik tetapi gigi ni masih sakit sehingga sekarang. Sakitnya terasa sampai ke rahang. Itulah aku mengerjakannya.

Hari ni aku akan jumpa dentist lain. Tengoklah samada boleh ditampal semula in-lay tu atau memang gigi tu tak boleh diselamatkan, cabut terus ajalah. Tak merana badan dan duit. Bridging tu, kemudianlah punya cerita.