NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, December 15, 2011

What's cooking tonight?

Malam ni simple aja. Tak payah risau, tu dia seperiuk sup atas dapur. Baru sudah modify tu. banyak sup tu. Pagi-pagi tadi dah aku renehkan. Ingat ada tetamu yang datang. Tak apalah, aku telan aja sup dengan roti. Esok, aku rasa aku masak buburlah. Boleh juga dimakan dengan sup tu.

Sup Tulang


Siapa nak teman makan ni..
Aku ni dah senjapun, bukannya pandai masakpun. Sup ni aku suka masak sebab main campak-campak aja. Aku kongsilah resepi sup ni. Tapi yang pasti, ayah aku mesti tak suka sup style aku masak.

Sup Tulang

1/2 kilo tulang
1/2 kilo daging
5 ketul ubi kentang sederhana besar (dibuang kulitnya sahaja)
2 biji tomato (dibelah empat)
1 btg carrot
1 batang celery (tak masukpun tak apa)
10 biji cili padi (boleh tambah atau kurangkan)
1 biji bawang besar (dibelah empat)
1/2 inci halia
2/3 ulas bawang putih - diketuk
kayu manis (1/2 inci)
cengkih (2/3)
buah pelaga (2)
bunga lawang
1 tangkai daun ketumbar (jangan dipotong)
lada sulah
1 biji limau nipis (diambil airnya)
Bawang goreng (atau mayang dalam 6 ulas bawang merah dan goreng sehingga kekuningan)
garam
gula secubit

Hiasan :
daun sup dihiris.


Cara-caranya

1.   Rebuskan aja tulang dan daging dengan 4 liter air.(satu periuk sedang-sedang besar)
2.   Masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang serta secubit garam serta secubit gula.
3.   Bila mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih di atas dapur.
4.   Bila air tinggal separuh, tambahkan lagi air sehingga penuh.
5.   Biarkan mendidih dan rasa samada tulang dan daging sudah empuk.
6.   Masukkan kentang dan renih sehingga 3/4 periuk.
7.   Masukkan carrot, bawang besar, halia dan biarkan mendidih sehingga carrot empuk.
8.   Masukkan celery, tomato, bawang goreng, cili padi dan daun ketumbar. Tambah garam jika perlu.
9.   Biarkan seketika dan tutup api.
10. Masukkan perahan limau nipis.
11. Hiaskan dengan daun sup.

Senangkan...tak payah nak menumis. Kalau nak servekan untuk kanak-kanak, cili padi tu boleh diletak kemudian.

Daun ketumbar tu terpulanglah. Aku memang suka aromanya. Daging dan tulang boleh diganti dengan ayam. Sebab aku suka merenih lama, leih sedap kalau gunakan ayam pencen.

Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment