NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, December 31, 2011

Laksa Terengganu

Kan aku dah cakap, ada laksa Terengganu yang menanti. Bestnya, bestnya. Laksa Terengganu ni ada dua kuah. Satu kami panggil kuah masak sebab dimasak lama juga. Satu lagi kuah mentah. Kuah mentah ni setengah orang tak masak langsung. Dia orang ambil santan yang diperah dengan air yang dimasak. Dulu-dulu masa kecil, aku biasanya makan kuah mentah sebab tidak pedas. Sekarang ni, dua-dua aku suka. Sambil makan-makan tu, aku jeklah mak aku untuk resepi. Masak tu tak tau bilalah. Kot-kot, orang lain cuba dahulu. Lecehlah nak buat kuah masak n, seumur hidup tak pernah buat rasanya.


Kuah Masak (untuk 1 kilo laksa)

Bahan-bahan

4 ekor ikan sardin (selayang) dikukus **
1.5 liter santan cair (Jangan terlalu cair)
1 senduk besar cili giling (bergantung kepada pedas)
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih -dikisar
5 ulas bawang merah-dikisar
1 biji bawang besar-dikisar
2 sm lengkuas-dikisar
2 sm halia-dikisar
Sedikit kunyit-dikisar
Belacan (sebesar ibu jari)
Minyak untuk menumis
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka (orang terengganu gunakan nisang-lbh kurang gula Melakalah)
garam dan gula
** Kukus tu maksudnya, ikan direbus dengan air yang sedikit sekadar melepasi ikan. Masukkan garam dan 2/3 keping asam keping (agak-agak masamnya)

Cara-caranya

1. Campurkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, bahan-bahan yang dikisar. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Panaskan minyak. Masukkan cili giling dan satu bahagian bahan-bahan yang dikisar. Bila pecah minyak, tutup.
3. Santan dimasak sehingga mendidih. Masukkan bahan-bahan yang dikisar selebihnya. Biarkan mendidih beberapa ketika. Pastikan anda mengacau semasa santan mendidih supaya ia tidak berketul-ketul.
4. Ikan diambil isinya. Kisarkan dengan mengunakan sedikit santan yang dimasak.
5. Kemudian, dicampurkan dengan santan yang sedang dididihkan.
6. Kacau-kacau, masukkan bahan yang ditumis tadi. Masukkan belacan, nisang(gula melaka), garam, gula(sikit aja tau, jgn macam buat air. Tak sampai 1 sudupun) dan juga kerisik.
7. Asam keping dalam air kukus ikan tu masukkan juga. Agak-agak, jangan sampai masam.
7. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan sehingga pecah minyak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kat atas tu, beginilah rupa nisang. Kalau tak ada, guna ada gula melaka. no sweat.
 
Ini resepi kuah mentah pula.

Kuah Mentah (untuk 1 kilo laksa)

Bahan-bahan

4/5 ekor ikan sardin (selayang) sederhana besarnya dipanggang
1.5 liter santan (jangan cair seperti memasak kuah masak, biar elok rasa lemaknya sebab kita masak tak lama)
6 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam (siap yang suka pedas, masukkan lebih tapi kesian kat adek-adek.)
1/2 biji limau nipis dimabil airnya

Cara-caranya

1. Ikan yang dipanggang tadi diambil isinya.
2. Tumbukkan bawang merah dan lada hitam.
3. Masukkan ikan dan ditumbuk sehingga lumat.
4. Kacau dalam sedikit santan.
5. Kemudian, masukkan dalam santan yang selebihnya. Kacau agar isi ikan tidak berketul-ketul.
6. Masakkan atas api sehingga mendidih.
7. Sebaik saja mendidih (sekali mendidih aja), tutupkan api.
8. Bila sudah sejuk, perahkan asam limau.

Nota: Oleh kerana kuah ini dimasak sekejap sahaja, ia hanya tahan 2/3 jam. Oleh itu, simpanlah didalam fridge kalau ingin ianya elok sehingga petang. Keluarkan bila hendak makan.

Hidangkan dengan laksa, belacan yang ditumbuk, cili giling, garam dan ulam yang dimayang. Biasanya ulam ni, kami guna taugeh, terung yang dipotong dadu kecil-kecil, timun yang dicincang dan dihiris, kacang panjang yang dihiris nipis-nipis, bunga kantan yang dimayang, daun kesum, kobis, daun kemangi, daun selasih dan entah daun apa lagi . Kesemua daun ini dihiris halus.

Bab hiris ulam ini yang leceh. Sebab tu, aku tak kisah kalau tak ada ulam. Belacan, cili dan garam ni optional, mana tau ada yang nak kaw lagi belacannya, masinnya dan pedas. Biasanya aku akan tambah lagi belacan masa nak makan laksa. Abang aku pula sentiasa stand by dengan garam. Aku kurang fahamlah bab-bab terlebih garam ni.

No comments:

Post a Comment