NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, December 22, 2011

Jom tonton wayang

Kelmarin, aku dah nekad, apapun terjadi, aku mesti juga pergi tengok wayang Ombak Rindu. Tambahan pula harga tiket hari Rabu tu murah sikit di GSC. Sebelum pukul 6.00 pm, kawan-kawan. Aku ni punyalah excited, maklumlah lama dah tak tengok wayang. Last time aku tengok wayang lakunan Leonardo Di Caprio (alah, cerita mimpi dalam mimpi) dengan pakcik dan makcik aku, aku boleh terlelap sekejap. Padahal bukan main seronok plot cerita tu.

Nak book Ombak Rindu aja tapi terbook sekali Mission Impossible Ghost Protocol. Kiranya sebelah petang tu, aku berumah di sanalah. Nasib baik tak tertangkap..anyway my permanent guest join sekali dengan her cousins tengok Mission Impossible.

Yes, I am heading here.
aku dah teruja bila nampak aja tempat ni. Lama woi..x tgk wayang. Asyik tgk siaran ulangan old movies di Astro, pergh!! 
dahlah lambat sbb kitaorang cari parking, delayed lagi sbb nak beli drink ngan popcorn. Kami missed the earliest minutes of MI

Aku ni bukan kaki wayang, so rating tak pandai nak bagilah. Mission Impossible memang mendebarkan dan part mendebarkan? Alah, bukan masa missile dilancarkan, aku surelah hero-hero aku dapat mematikan. Adegan di tingkat 130 Burj Khalifa, semasa Tom Cruise memanjat ke bilik server yang terletak beberapa belas tingkat lagi di atas. You all pergilah tengok, aku ni memang kaki gayat. Tengok sebelah mata aja part di sini. Phew...menakutkan. Oh ya, aku still prefer Mission Impossible yang pertama.

Ombak Rindu? Kalau kita sudah berkali-kali membaca novel ni, memang akan terasa kecewa. Aku tahu cerita ini diadaptasi tapi kalau boleh, janganlah ditukar part penting. Lokasi movie yang berubah dari lokasi asal novel sudah menghilangkan feelnya, profession Izzah sebagai Ustazah seperti menidakkan cita-cita sebenarnya dalam novel. Terlalu jauh adaptasinya dari plot asal novel. Honestly, aku gagal menyelami perasaan Aaron Aziz, Maya Karin dan juga Lisa Surihani dalam movie ini. Dalam novel, aku merasakan Mila seorang yang confident dengan kecantikkannya dan memiliki ego yang tinggi. Tetapi dalam movie ini, dia seperti seorang yang terlalu emotional dan seperti tidak stabil. Mana mungkin Mila menjerit di khalayak ramai sedangkan dia sentiasa mementingkan status dan penampilannya sebagai celebriti.

Panjang lebarkan? Tak panjang lagi tu. Tapi nanti you all boring. Ini my favorite novel. Mungkin kalau cerita ini diberi nama lain dan tidak dikatakan adaptasi dari Ombak Rindu, aku akan menyukainya. Namun aku masih merasakan cerita ini terlalu cepat melompat sehingga kita gagal menyelami perasaan Hariz, Izzah dan Mila yang sebenarnya.

Hai...nasib baik Mission Impossible Ghost Protocol mampu mengubati kekecewaan aku terhadap Ombak Rindu.

No comments:

Post a Comment