NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, December 17, 2011

I-City, City of Digital LED Lights

Hari ni tak tahan rasenya tanggung sakit gigi. Balik dari Melbourne, patutnya terus jumpa dentist. Tapi aku takut, terasa-rasa lagi sakit sewaktu cuba dicabut. Dahlah gitu, nak kuatkan semangat sewaktu diinject. So, aku dengan teori baru, cuba goyang-goyangkan gigi, kononnya semakin goyang senanglah sikit untuk dicabut. Akhirnya aku merana.

Tapi ni bukan pasal gigi. Petang tadi, anak sedara called. Tanya samada nak join tak dorang pergi I-City.  Kalau tak kerana gigi ni, sure aku pergi. Tak bolehlah, kepala dah sakit semacam. Lagipun kesian juga kalau aku pergi, abang aku duduk sorang-sorang. Abang kandung akulah...dahlah datang dari kampung, takkanlah tak ajak kalau pergi jalan-jalan. Tapi entah ke mana dia pergi, tak balik-balik rumah lagi.

I-City menjanjikan pemandangan yang indah di waktu malam dengan kerlipan lampu-lampu bermacam warna dan beranika rupa pokok, karakter dan hidupan. Sangat mengasyikkan mengatur langkah untuk menikmati pemandangan dan bergambar. Dan sedar tak sedar anda telah dapat beriadah semata-mata untuk mengelilingi kawasan  seluas itu (sorryler, x tau besar mana, yang pasti berpeluh jugalah). Dan jangan risau, ada restoran yang anda boleh kunjungi jika lapar dan juga kedai-kedai menjual cenderamata (ni siaplah kalau bawa Princess) serta barang-barang lain.

Anda boleh melalui Federal Highway untuk ke sana. Banyak signboard, anda tak akan sesatnya. Lokasinya di Jalan Multimedia, Shah Alam. Bayaran masuk? Tidak perlu, cuma anda perlu membayar RM10 bagi bayaran parkir di dalam bangunannya. Dan jika anda beli tiket untuk masuk ke Snow Walk, bayaran itu boleh dioffsetkan.

Pokok Xmas besar yang menyambut kami masuk

pemandangan yang memukau. di bawah entrance menuju ke Snow Walk

patung-patung burung seolah-olah hidupan betul

kami makan di sinilah




tak dapat masuk Snow Walk, bergambar depan sinipun cukuplah
Dan yang paling best ialah Snow Walk. Kalau yang pernah melihat snow, mungkin pengalaman ni tak berapa mengagumkan. Kami tak sempat masuk Snow Walk masa tu sebab sudah ditutup. Salah kami juga yang terlampau asyik bergambar. Khabarnya, diantaranya ada igloo, ukiran ais dan  slide didalamnya. Jangan risau kalau anda tak berpakaian tebal kerana jaket tebal disediakan percuma bila anda membeli tiket masuk. Anda cuma perlu membayar sewa kasut sahaja. Satu hari, aku akan sampai juga di sana. Aku nak golek-golek sepuas-puas hati di dalamnya. Hahaha.


photo credit to Facebook Snowalk, i-City

photo credit to Facebook Snowalk, i-City
Sorryler terpaksa pinjam gambar orang lain sebab aku tak sempat masuk hari tu.

Ia beroperasi dari pukul 10 a.m sehingga 1 pagi. (hari kerja ditutup lebih awal). Tapi datanglah waktu malam, barulah cantik pemandangan.

Bayaran Masuk   
Dewasa             : RM25 (berserta jaket)
Kanak-kanak     : RM20 (beserta jaket)
Sewa kasut        : RM10
Keluasan           : 50,000 sq feet dgn suhu bawah 5 degree Celsius.

Satu aja yang tak best ialah kemudahan tandas. Aku memang pantanglah kalau kemudahan ini tidak selesa, sedikit saja dibandingkan dengan crowd. Ni management kena belajar dengan taman tema di luar negara.

Oh ya, ada juga event yang menarik diadakan di sini. Mungkin anda boleh datang ke sini untuk count down tahun baru ya. Sponge Bob pun ada menanti anda. Temu anda di sana nanti.


No comments:

Post a Comment