As usual, oops...aku kena pastikan blog aku 100% dalam bahasa Malaysia kerana ini dedikasi aku untuk bahasa rasmi kita. Lagipun, kakak aku kata, malaslah nak baca sebab semua dalam English. Ahaks, ahaks...alah sajalah tu.
Seperti biasa, kami akan keluar rumah dah matahari meninggi. Kerana musim panas ini membuatkan waktu siang panjang disebab daylight saving hours. Masa akan dicepatkan 1 jam. Waktu Subuh awal 4 a.m. Disebabkan ini, biasanya kami berjaga hingga subuh dan menyambung tidur selepas itu. Lepas tu, mulalah kelam-kabut berebut bilik air, nak bersiap, nak makan pagi...akhirnya tengahari jugalah baru keluar.
Semalam, kami hanya keluar lunch di Blok M (restoran Indonesia-halal) di tengah bandar melbourne, shopping di dan ke Philip Island untuk menlihat penguin naik ke pantai di waktu matahari terbenam. Tak banyakpun naik, penguin kat sini saiz kecil dibandingkan dengan penguin di utara. Size kecil, mereka dipanggil little penguin or fairy penguin. On top of that, seronok menyaksikan sunset turun. Membuat aku rindu pada Keywest, di USA. Apa ada di sana? I would tell u pada satu masa.
the beautiful Yarra River |
Oh ya, kita tak boleh ambil gambar tapi aku managed juga capture video semasa tengok penguin. Sorry, but I nak share sangat-sangat apa yang aku tengok dgn kau orang.