Ayam Golek Terengganu
Bahan-bahan
1 ekor ayam (digaul dengan garam kunyit)
2 biji kelapa (diambil santan pekat - anggaran 6 mangkuk)
8 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Kunyit (sedikit sahaja)
Sesenduk lada lumat/cili boh
1 keping asam keping
1 batang serai (dititik)
1 sudu teh halba
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit belacan
Cara-cara
1) Bawang merah, halia dan kunyit dikisar halus.
2) Masukkan bahan-bahan yang dikisar, lada lumat, belacan, halba, serai, asam keping, garam, dan gula kedalam santan.
3) Masak sehingga mendidih
(Sentiasa dikacau, jangan bagi pecah minyak (berketul-ketul)
4) Ketepikan kuah sebanyak 3 senduk (untuk disiram pada ayam)
5) Kuah selebihnya dimasak sehingga pekat (pecah minyak).
6) Siramkan ayam dengan santan yang dimasak tadi dan bakar/panggang (Ulang sehingga 3 kali)
7) Bila sudah dimasak, hidangkan dengan ayam dengan kuah.
Sedap,sedap
ReplyDelete