NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, December 23, 2011

Rumahku Syurgaku????

Bila balik semula ke sini, memang teruklah kena bersihkan rumah semula. Tinggal hampir 3 tahun tapi in between tu, ramai juga yang datang bermalam di rumah aku. Oklah walaupun tuan x boleh balik,  sekurangnya taklah kosong. Boleh juga dibersihkan rumah tu. Cuma bulan pose hinggalah bulan sembilan tahun ni, rumah tu kosong. Jadi memang banyaklah rumah aku mengumpul debu sepanjang masa tu. Hai...kalau emas yang terkumpul, kaya juga akukan.

Mula-mula tu, memang rajinlah aku siapkan rumah tu, kemas sana-sini. Buang langsir buruk, hantar cuci carpet, lap semua kipas. Last, tinggal bilik aku dan bilik study. Masa tu aku dah penat, kerja lainpun banyak. Rumah pun nak kena baiki. Akupun dah tak kuasa. Bila ada kat rumah, samada aku akan surf internet, tengok tv atau kalau rajin, pergi swimming. Sapu sekali sekala aja bila dah rasa berdebu. Baju pula hanya rajin dibasuh dan disidai tapi tak berlipat atau bergantung. Hah engkau, segunung baju, bukan segunung intan.

Balik dari Melbourne, cam tulah, baju ada lagi dalam bag tu. Kebetulan aku refinance rumah. Jadi buat appointment dengan valuer. Last week dia called, aku suruh datang Rabu minggu ni. Bajet sempatlah aku kemas semua. Bila dia nak reconfirm, aku suruh datang Khamis pula sebab dah tak sempat. malam Rabu tu, ingat nak clear tapi tak juga terbuat. So, pagi tu aku kelam-kabut. Apa lagi, baju yang membukit tu aku sumbatkan ke dalam almari, yang di atas katil itu samalh, sumbat aja di sana-ini. Sapu sikit-sikit, bilik air tak sempat basuh. Malunya aku. Nasib baik pinggan-mangkuk dalam bilik air sempat aku clearkan.

So, bila valuer tu sampai, dengan muka yang sebal, aku jemput masuklah. Nasib baik dia beritahu aku yang gambar ruang tamu aja yang masuk report. Malu betul aku. Sampai sekarang masih lagi terasa malunya.

Hai, bilalah next spring cleaning? agaknya betul betul tunggu musim spring di US kot...nak hire cleaner, aku ada misplaced my ring. Tunggu jumpa ring tulah kot. Sementara tu, masih lagi mencari mood.


salah satu mess, tak tau nak mula yang mana
cam nilah 1st two weeks. aku pening sangat

ini ajalah corner yang okay setakat ini. Langsirpun belum ditempah lagi. Yang lama dah hancur...hahaha. Entahlah, x tau nak buat blind atau langsir
  
katil yang tersangkut di dinding semasa aku cuba alihkan posisi headboard. Ingatkan aku ni superwoman. Overnight jugalah duk terbang cam tu, ingat terpaksa beli katil baru. Luka jugalah dinding tu dek aku kerjakan.
akhirnya katil tu dapat juga aku turunkan tapi ini ajalah the best posisi headboard tu dpt aku ubah. PG suka sbb direct bawah kipas.
3-seater sofa berubah jadi sofa bed. kreatif juga aku. btw tv bagak tu aku jual di cash converter. klako sangat, cuma dpt RM20 aja.

tengah-tengah cari idea di Ikea, jumpa patung cute ni. Mr V dah janji nak belikan, entah bila agaknya dan anak sedara mana akan merampasnya

No comments:

Post a Comment