Hari selepas graduation day tu, kami pergi ke Victoria Market. Anak saudara aku tanya, bukan Queen Victoria Market? Alah, samalah tu. Cari barang-barang souvenir kat sana. Tapi murah tak murahpun, kalau convert pada RM tu, berfikir juga camner nak spend duit. Melainkan memang kita bekerja di sana, memang kira murahlah barang-barang tu.
Macam-macam barang ada dijual di sini, dari souvenir, t-shirt kepada buah. Kami tak lama di sinipun. Masa dah suntuk, banyak lagi tempat yang hendak dilihat memandangkan kami pulang pada malam Sabtu. Tak banyak gambar di sini. Alah, kiranya kalau di Kuala Terengganu tu, macam Pasar Kedai Payang kecuali tempatnya lebih teratur dan bersih.