Duduk sorang-sorang ni kadang-kadang membawa kita melewati kenangan lalu. Masa muda-muda dululah. Waktu pagi-pagi ni, memang aku terkejar-kejar untuk ke pejabat. Tambahan kalau kita kena ambil 2 bas untuk ke pejabat. Walau awal macamanapun kita keluar rumah mengambil bas yang pertama, kita mungkin terlepas bas yang kedua. Atau mungkin penumpang sudah penuh, jadi kena tunggu bas seterusnya. Bila sudah terpaksa mengambil bas yang seterusnya, peluang sampai lambat memang besar.
Pagi tu seperti biasa, aku bersiap dengan cepat untuk menunggu bas. Kebetulan lampu depan pintu memang tak ada. Sauk ajalah kasut yang ada. Ala, kasut kerja aku tak banyakpun, cuma dua pasang, satu hitam dan satu brown. Alhamdulillah, sampai awal pagi tu. Akupun mula menyibukkan diri dengan tugasan pejabat. Tengah-tengah sibuk, adalah mamat ni duk mengada panggil aku. Dia ni memang suka menyakat. Biasalah tu, budak-budak muda memang jadi mangsa sakat abang-abang. Tapi aku ni memang jenis tak bagi peluang orang buli aku.
gambar hiasan semata-mata. kasut tu dah lama berkubur |
Aku semakin rimas dengan gelagatnya dia yang asyik memanggil. Segan juga kalau bos nampak. So aku pergilah ke meja dia. "Kenapa?" Perasan orang nak mengusik. Dengan muka selamba, jarinya menunjuk kaki aku. Apahal pula ni? Mataku menyoroti arah yang ditunjuknya. Alamak, kasut lain sebelahlah. Satu hitam, satu brown. Memang susah nak perasan masa aku sauk sebab kasut tu seakan-akan bentuknya dan dalam gelap, warna brown dan hitam seakan-akan.
Lunch tu, aku terpaksa beli selipar jepun sahaja sebab tak ada kedai kasut kat situ. Nasib baik aku kerja di back office, tak payah jumpa client. Selepas itu, aku selalu sparekan satu pasang kasut di pejabat. Mana tahu ada kecemasan. Ini satu lagi tips. Kalau sayang nak tinggalkan kasut mahal di ofis, kasut murahpun tidak mengapa asalkan presentable.
No comments:
Post a Comment