NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, December 20, 2011

Amplang Oh Amplang

Tadi baca dalam Kosmo Online pasal keropok Amplang. Tiba-tiba rasa kecur air liur aku ni. Tekak ni, kalau apa-apa makanan berasaskan ikan, memang sukalah. Agaknya lebih kurang cam keropok lekorlah, cuma keropok lekor guna sagu dan ikan sahaja. Amplang pula pakai tepung kanji dan juga telur. Katanya amplang Tawau paling sedap. Kena terbang ke Tawau ke semata-mata nak makan Amplang terbaik?


Gambar Amplang - kredit to Sabah Tourism Website

Kesian anak sedara aku teringin nak makan amplang? Hahaha gambar hiasan semata-mata. Mesti rasa lebih kurang macam prawn crackers tu. Agak-agaknya aku boleh buat sendiri tak? Aku tau buat keropok lekor, so mungkin boleh juga buat amplang. Mana tau kot-kot boleh buka bisnes amplang versi Semenanjung. Okay, okay, pre-booking amplang dialu-alukan. LOL




1 comment:

  1. ok,saya booking dulu. nak share niaga pun blh. nak beli ngisar kat oman ni

    ReplyDelete