NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, December 12, 2011

Menyusuri Yarra River On Friday Night

Kiranya hari ni hari aku qada segala kelewatan mengupdate blog ni. Tapi more pictures with less ceritalah ya.

Hari Jumaat lepas, selepas dia orang balik dari Maru Koala & Animal Park, kami pergi makan di Nando's. Mesti kau orang kata ikut suka aja makan di mana-mana. Tetapi sebenarnya banyak juga restoran halal di sini. Daging, ayam yang disembelihpun boleh dapat bila-bila masa. Memang beruntung anak sedara aku dan komuniti Islam di sini. 20 tahun lepas semasa aku di Charlotte, US, amat sukar untuk berjumpa daging halal. Aku rasa sebulan sekali baru dapat supply daging dan ayam halal. Bolehlah bayangkan camner kerasnya dan tawar daging/ayam yang disimpan lama.

Selepas makan, kami menyusuri Sungai Yarra. Seronoknya dapat juga menapak kaki di bandar Melbourne ni. Waktu malam pula, pemandangan bertambah indah dengan kerlipan lampu-lampu. Masa macam ni, berharap Mr V ada bersama tapi tak apalah, kalau tak ada. Bukan suamipun. Umur meningkat, duk tambah dosa berdua-duaan. Oh ya, setiap malam minggu, ada pertunjukkan api setiap sejam bermula dari pukul 8.00 mlm. So, enjoy the pictures guys.




Fire show
cheesecake while waiting for fire show