NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, December 31, 2011

Daftar haji melalui KWSP

Berita baik buat semua pencarum Muslim KWSP. Mulai 3 Januari 2012, pencarum boleh membuat pendaftaran tabung haji menggunakan caruman Akaun 1. Kita tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk membuat pendaftaran dan juga mesti mempunyai akaun dengan Tabung Haji. Pendaftaran boleh dbuat di cawangan Tabung Haji, Bank Rakyat dan juga Bank Islam.

Bagi mendapatkan maklumat selanjutnya, anda boleh melayari laman web KWSP( http://www.kwsp.gov.my/) atau laman web Tabung Haji(http://www.tabunghaji.gov.my/).

Alhamdulillah, semakin senang untuk kita menunaikan rukun Islam ke lima.

What's for lunch?

Ha ha ha. Princess called. Mengamuk sakan dia tengok gambar GBS members ada kecuali dia. Sori ler Ika, nak buat camner. Dia orang aja yang datang semalam.


Anyway, I am having this for lunch. Pagi-pagi lagi, sudah pergi ke pasar Mak Adeh cari bahan. Oh ya, belum sempat lagi nak buat Puding Buih. Azam tu ada tapi kalau ke kedai tanpa bawa list, mesti tertinggal punya. Sebab tu tak boleh nak buat sebab telur fresh tak beli. Taugeh yang ayah aku suruh belipun lupa.

Aku buat sekali pasta ni. Ala, sauce ready made aja. Cuma tambah rencah dan siram atas macaroni. Letak oregano sikit. Tapi terlupa nak letak sayur-sayur. Padanlah pelik aja aku tengok. Tapi aku tengok berselera GBS member tua makan. Sehinggakan tak makan nasi.


Reunited with GBS but one MIA

Semalam, GBS datang ke rumah. Princess tak ada,hilang di rumahnya. Aku tak beli apa-apa kali ini. Tak sempat nak cari donut J-Co, dunkin donut or Krispy Kreme. Donut ini belum ada di sini. Dorang ni, adalah juga yang tak berapa suka laksa. Tak kisahlah, janji dapat jumpa. So, aku masakkan gravy untuk dimakan dengan meatball dan juga maggi kari.

Lin dan Wawan tidur di sini. Mek Ain ni nak balik rumahnya.

My sweet angel. Posing dgn bag barunya. Dia suka bermake-up.

Ini lipgloss yang aku belikan untuk Ain masa pergi strwberry picking di Sunny Ridge Farm

Ain posing sakan


Lin menikmati meatball. Dia kena kata sedap, kalau tak, aku tak buat lagi. Jadi tak jadi, belakang kira
ini misteri member. Low profile punya. menyampah aku.

kuih kasidah, kuih tradisi Trg. My favorite.

Laksa Terengganu

Kan aku dah cakap, ada laksa Terengganu yang menanti. Bestnya, bestnya. Laksa Terengganu ni ada dua kuah. Satu kami panggil kuah masak sebab dimasak lama juga. Satu lagi kuah mentah. Kuah mentah ni setengah orang tak masak langsung. Dia orang ambil santan yang diperah dengan air yang dimasak. Dulu-dulu masa kecil, aku biasanya makan kuah mentah sebab tidak pedas. Sekarang ni, dua-dua aku suka. Sambil makan-makan tu, aku jeklah mak aku untuk resepi. Masak tu tak tau bilalah. Kot-kot, orang lain cuba dahulu. Lecehlah nak buat kuah masak n, seumur hidup tak pernah buat rasanya.


Kuah Masak (untuk 1 kilo laksa)

Bahan-bahan

4 ekor ikan sardin (selayang) dikukus **
1.5 liter santan cair (Jangan terlalu cair)
1 senduk besar cili giling (bergantung kepada pedas)
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih -dikisar
5 ulas bawang merah-dikisar
1 biji bawang besar-dikisar
2 sm lengkuas-dikisar
2 sm halia-dikisar
Sedikit kunyit-dikisar
Belacan (sebesar ibu jari)
Minyak untuk menumis
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka (orang terengganu gunakan nisang-lbh kurang gula Melakalah)
garam dan gula
** Kukus tu maksudnya, ikan direbus dengan air yang sedikit sekadar melepasi ikan. Masukkan garam dan 2/3 keping asam keping (agak-agak masamnya)

Cara-caranya

1. Campurkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, bahan-bahan yang dikisar. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Panaskan minyak. Masukkan cili giling dan satu bahagian bahan-bahan yang dikisar. Bila pecah minyak, tutup.
3. Santan dimasak sehingga mendidih. Masukkan bahan-bahan yang dikisar selebihnya. Biarkan mendidih beberapa ketika. Pastikan anda mengacau semasa santan mendidih supaya ia tidak berketul-ketul.
4. Ikan diambil isinya. Kisarkan dengan mengunakan sedikit santan yang dimasak.
5. Kemudian, dicampurkan dengan santan yang sedang dididihkan.
6. Kacau-kacau, masukkan bahan yang ditumis tadi. Masukkan belacan, nisang(gula melaka), garam, gula(sikit aja tau, jgn macam buat air. Tak sampai 1 sudupun) dan juga kerisik.
7. Asam keping dalam air kukus ikan tu masukkan juga. Agak-agak, jangan sampai masam.
7. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan sehingga pecah minyak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kat atas tu, beginilah rupa nisang. Kalau tak ada, guna ada gula melaka. no sweat.
 
Ini resepi kuah mentah pula.

Kuah Mentah (untuk 1 kilo laksa)

Bahan-bahan

4/5 ekor ikan sardin (selayang) sederhana besarnya dipanggang
1.5 liter santan (jangan cair seperti memasak kuah masak, biar elok rasa lemaknya sebab kita masak tak lama)
6 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam (siap yang suka pedas, masukkan lebih tapi kesian kat adek-adek.)
1/2 biji limau nipis dimabil airnya

Cara-caranya

1. Ikan yang dipanggang tadi diambil isinya.
2. Tumbukkan bawang merah dan lada hitam.
3. Masukkan ikan dan ditumbuk sehingga lumat.
4. Kacau dalam sedikit santan.
5. Kemudian, masukkan dalam santan yang selebihnya. Kacau agar isi ikan tidak berketul-ketul.
6. Masakkan atas api sehingga mendidih.
7. Sebaik saja mendidih (sekali mendidih aja), tutupkan api.
8. Bila sudah sejuk, perahkan asam limau.

Nota: Oleh kerana kuah ini dimasak sekejap sahaja, ia hanya tahan 2/3 jam. Oleh itu, simpanlah didalam fridge kalau ingin ianya elok sehingga petang. Keluarkan bila hendak makan.

Hidangkan dengan laksa, belacan yang ditumbuk, cili giling, garam dan ulam yang dimayang. Biasanya ulam ni, kami guna taugeh, terung yang dipotong dadu kecil-kecil, timun yang dicincang dan dihiris, kacang panjang yang dihiris nipis-nipis, bunga kantan yang dimayang, daun kesum, kobis, daun kemangi, daun selasih dan entah daun apa lagi . Kesemua daun ini dihiris halus.

Bab hiris ulam ini yang leceh. Sebab tu, aku tak kisah kalau tak ada ulam. Belacan, cili dan garam ni optional, mana tau ada yang nak kaw lagi belacannya, masinnya dan pedas. Biasanya aku akan tambah lagi belacan masa nak makan laksa. Abang aku pula sentiasa stand by dengan garam. Aku kurang fahamlah bab-bab terlebih garam ni.

Perjalanan balik ke K Trg

Hari ini baru terasa nak update blog. Penat setelah memandu pulang ke sini. Bukannya dekatpun. Paling kurangpun, aku akan memakan masa 6 jam untuk sampai. Selalunya lebih lama. Keseronokkan berjumpa anak-anak sedaraku membuatkan aku malas nak buka laptop.

Kelmarin, pukul 3 pagi, anak sedara yang tinggal di Keramat sudah mengejutkan aku. Terkebil-kebil juga sebab pukul 12 tgh malam, baru aku masuk tidur. Mandi, kemas beg (standard akulah, nak bertolak, baru nak mengemas), angkut barang ke parking tu, nampak gayanya pukul 4 pagi baru nak bertolak. Sampai kat umah dorang, dah pukul 4.30 pagi. Nak kejutkan, nak simpan barang dalam kereta lagi. Nak cek itu-ini, pukul 5 pagi juga baru bertolak.

Pukul 6.30 am, sampai ke Hentian Temerloh. Cantik nampaknya telekung disusun begitu. Elok juga sebab taklah kotor telekung especially dibahagian dagu. Kalau basah-basah, mulalah berbinik hitam, kuning dan berbau.

Laju aja ku menuju. Perut dah terasa lapar sebab bangun awal tadi. Kena makan dahulu.

Pakwe ku yang setia menanti. Sorang anak sedara dah terbongkang kat dalam selepas solat subuh. Elok aja nak masuk kereta, sorang lagi anak sedaraku mengajak aku makan...tadi tak cakap nak makan. Camner ni? Aku dah pekena nasi lemak sebungkus dengan kopi O.

Banyak gerai belum buka. Awal lagi. Keretapun tak banyak lagi

Alang-alang temankan ana sedara aku makan nasi lemak, aku makan bihun goreng untuk round ke dua.

Pukul 7.30 pagi, kami meninggalkan hentian Temerloh setelah breakfast dan isi minyak. Hentian tu dah jauh ditinggalkan.Nampak nyaman dan tenang, teringat nak snap photo. Kena tutuplah speedometer bagi tujuan keselamatan...hahaha. Nasib baik aku perasan sebelum publish photo ni.

Not bad jugakan view tapi aku prefer ikut laluan bandar. Rasa macam ada"life". Sukalah lalu ikut jalan yang tak bertol. Tapi sebab sudah tak larat nak berjam-jam di jalanraya, terpaksalah guna highway.

Sepanjang highway ni, dua-dua co-pilot aku tidur. Dia orang offer tapi aku suka drive sendiri. So, sambil tu, aku snap gambar. Semek tu tidur, bolehlah aku pasang lagu aku suka. Tak adalah rasa mengantuk.

Exit di Plaza Tol Jabor, aku masuk laluan Jerangau-Jabor. Jalan kurang elok especially musim hujan. Tapi aku suka sebab memendekkan perjalanan ke K Trg sebanyak 1 jam. Lagipun inilah tempatnya nak menguji kecekapan memotong kenderaan.

Perjalanan kami lambat sikit kerana jalan licin, vision kureng sikit dan lopak air. Kena kurangkan kelajuan dan susah sikit nak memotong, nasib baik kereta dan lori sikit. Paling tak tahan mengekori kenderaan yang terhegeh tak sudah.

Ladang kelapa sawit di laluan Jerangau-Jabor.

ada juga tasik di laluan ni. Banyak tiang-tiang terpacak di sini, biasanya ada bendera parti yang menghiasi tiang-tiang ini. Hai, ikan-ikanpun mengundi ke? btw, uols dah mendaftar sebagai pengundi? Bau-bau cam tak lama lagi

Tebal kabus ni, sejuklah dalam kereta. Kami masuk semula lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi. Dipanggil juga LPT2. Highway ni belum siap sepenuhnya. Plaza Tolpun sedang didirikan. Kalau dah siap, agaknya 4 jam aja masa kami travel ya. Itupun kalau dia bagi kami pecut secara legal at 150km/hr. Aku ni baik, ikut undang-undang. LOL. Bukan apa, sayang nak bayar saman. But aku still berhati-hati sebab nyawa manusia is so precious. Perjalanan nak suka-suka, bukan untuk tempah mautkan.

Dah dekat nak exit Pekan Ajil. Masih berkabus, mungkin sebab hujan

Dari highway LPT2 tu, aku kuar kat Pekan Ajil. Inilah pekannya.

Entah apa tempat tu, cantik aja, Aku snap ajalah gambo.

Slow aja aku bawa keretakan..hahaha. Sebenonya, traffic light baru aja hijau. Tak silap aku, ada traffic light belok kanan. Ini laluan lama ke arah Bukit Besi. Kat tepi jalan tu, banyak gerai-gerai. Ada satu gerai tu jual sata yang best. Apa dia sata tu? nanti aku uploadkan gambar. Sata ini isi ikan campur kelapa parut dll serta dibalut dalam daun pisang. Bentuk 3 segi dan dibakar atas arang.

Akhirnya, at 10.40 pagi, kami sampai di rumah kakak ku di Kuala Ibai(dekat dgn Masjid Terapung tu..) Nak hantar anak dara dia ni, barulah balik ke Atas Tol, place where I want to be. Dengarnya, dah ada laksa menanti.



Thursday, December 29, 2011

Di mana sebenarnya?

Nak tak nak, kena servis kereta hari ini sebab nak travel jauh dan sudah sampai masanya. Bajet aku sempatlah curi sejam dua, buat magik sekejap pergi servis kereta.

Dulu aku pernah servis kereta di Sri Damansara tetapi lokasi berbezalah. Tapi mamat yang jawab tu sibuk kata kat Aman Puri. Aku tanya selepas masuk SD lama tu, kena pusing ke kiri ke? Dia jawab ya. Dekat setengah jam, aku berpusing-pusing cari tempatnya. Dua kali aku pusing Aman Puri. Angin dah naik ke ataslah ni. Call lagilah bertanyakan arah. Akhirnya, dipasnya pada orang lain. Yang ni pula katanya pergi ke arah kanan sampai nampak jalan mati. Entah apa yang didefinekan sebagai jalan mati, yang pasti aku nampak ada yang nak mati (bukan maksud nak bunuh, nak kena basuh sikit). Terjah sana-sini, nampaklah signboard pusat servis tu. Mak oii, rupanya di Sri Damansara aja. Dekat aja dengan jalan masuk. Aku siap ajar lagi customer service tu cara bagi direction. Bangang.

Sampai-sampai pula diberitahu good news yang kereta tu akan siap paling lambat pukul 4 atau 5 ptg. Naik terjojol biji mata aku. Apahal dah book pukul 10.15 pagi, kena tunggu sampai ke petang. Takkan aku nak bertapa kat situ. Alasan apa nak diberi. Aku beritahu kalau tak siap dalam masa sejam, kurang-kurangnya 2 jam. Kalau memang tau cam tu, baik aja aku booking pukul 4 ptg. Tak payah pening nak fikir kenapa lama kat situ. Nak jawab itu, nak jawab ini. Nasib baik mamat ni terer juga PR (dpt mcm aku nak, pujilah sikit). So kereta tu siap dalam 2 jam. Sempat lagi buat alignment, balancing, cuci body serta enjin. Cantik kereta aku.


Wednesday, December 28, 2011

Sama tapi tak serupa

Duduk sorang-sorang ni kadang-kadang membawa kita melewati kenangan lalu. Masa muda-muda dululah. Waktu pagi-pagi ni, memang aku terkejar-kejar untuk ke pejabat. Tambahan kalau kita kena ambil 2 bas untuk ke pejabat. Walau awal macamanapun kita keluar rumah mengambil bas yang pertama, kita mungkin terlepas bas yang kedua. Atau mungkin penumpang sudah penuh, jadi kena tunggu bas seterusnya. Bila sudah terpaksa mengambil bas yang seterusnya, peluang sampai lambat memang besar.

Pagi tu seperti biasa, aku bersiap dengan cepat untuk menunggu bas. Kebetulan lampu depan pintu memang tak ada. Sauk ajalah kasut yang ada. Ala, kasut kerja aku tak banyakpun, cuma dua pasang, satu hitam dan satu brown. Alhamdulillah, sampai awal pagi tu. Akupun mula menyibukkan diri dengan tugasan pejabat. Tengah-tengah sibuk, adalah mamat ni duk mengada panggil aku. Dia ni memang suka menyakat. Biasalah tu, budak-budak muda memang jadi mangsa sakat abang-abang.  Tapi aku ni memang jenis tak bagi peluang orang buli aku. 

gambar hiasan semata-mata. kasut tu dah lama berkubur
Aku semakin rimas dengan gelagatnya dia yang asyik memanggil. Segan juga kalau bos nampak. So aku pergilah ke meja dia. "Kenapa?" Perasan orang nak mengusik. Dengan muka selamba, jarinya menunjuk kaki aku. Apahal pula ni? Mataku menyoroti arah yang ditunjuknya. Alamak, kasut lain sebelahlah. Satu hitam, satu brown. Memang susah nak perasan masa aku sauk sebab kasut tu seakan-akan bentuknya dan dalam gelap, warna brown dan hitam seakan-akan. 

Lunch tu, aku terpaksa beli selipar jepun sahaja sebab tak ada kedai kasut kat situ. Nasib baik aku kerja di back office, tak payah jumpa client. Selepas itu, aku selalu sparekan satu pasang kasut di pejabat. Mana tahu ada kecemasan. Ini satu lagi tips. Kalau sayang nak tinggalkan kasut mahal di ofis, kasut murahpun tidak mengapa asalkan presentable.


Sing Barbie Ika's way

Ini kerja aku bila balik kampung. Banyak-banyak yang aku rakam, cuma ini aja yang dapat upload.







Tuesday, December 27, 2011

Bye-bye Trg

Bukan main teruja bila sampai hometown. Aku berhenti di hadapan store 7-11 yang berhadapan dengan Masjid Terapung. Seronoknya menghirup kembali udara segar di kampung.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenai Masjid Terapung dari hadapan kedai 7-11

Close-up Masjid Terapung.
Bila tiba masa balik, sedihnya nak tinggalkan ibubapa dan GBS. Seronokpun ada, yalah nak balik rumah sendiri. Last minute beli tiket, tak ada banyak pilihan. So, aku dapat tempat duduk di tingkat atas, hadapan sekali. Gerunpun ada sebab dari atas nampak seolah-olah bas tu dekat dengan kereta dari arah bertentangan bila ia membelok. Agaknya rasa itu terbawa-bawa hingga aku bermimpi bukan-bukan. Aku merasakan seolah menaiki kapalterbang dalam cuaca yang buruk. Bila aku merasa kapalterbang itu sudah mendarat, aku merasakan pula seolah kami disedut ke dalam puting beliung. Aku membaca beberapa ayat dan bila tersedar, rupanya aku di dalam bas. Harap-harap aku tak mengigaulah masa tu.

Apa-apapun, enjoy photos aku sempat ambil dari atas bas.

Stesyen bas K Trg

Ini seat aku. Aku macam drebar bas pula sebab duduk di bahagan hadapan sekali di tingkat atas bas ini.

Kalau waktu puncak, jalan di sini sibuk.

Ini macam heart of KT. Banyak deretan bank di jalan sini

Kereta masih banyak lagi

Ada perlawanan bola rupa-rupanya malam tu. Terang benderang dilimpahi lampu stadium

Makan, makan dan makan

Paling best balik kampung ialah bila cerita bab makan. Dulu, asal cuti aja, berebut-rebut kedua kakak aku bawa makanan. Sekarang ni adek aku pula yang sama naik makanan dari tempat kegemarannya. Mak ayah, usah katalah. Memang meja makan di rumah aku umpama kedai makan yang tak pernah tutup. Lepas tu, abang aku pula introduce nasi lemak bungkus. Naik ketagih aku. Dahlah aku ni hantu nasi lemak.

Cuma bila umur dah meningkat, kami mula kurangkan hal makanan ni. Tapi balik baru-baru ni, sempat jugalah aku merasa beberapa masakan Terengganu.

Inilah kuih buah bom. Kulitnya tepung beras dan intinya samalah, ikan dan kelapa parut. Aku cukup suka.

Kayu Keramak (sebutan T hujungnya. Keramatnya, makan satu, perut dah penuh tapi sebab sedap, nak lagi.)

Monday, December 26, 2011

Ronda-ronda Kuala Terengganu

2 hari di Kuala Terengganu. Kelmarin, sepagi di dapur. Cewah, macam memasak. Padahal cuma memanaskan lauk kari yag sudah dimasakkan oleh ayahku. Goreng sayur dan ikan sahaja. Kemudian ke Mydin (mana lagi nak pergi di sini selain Mydin, Giant, dan 2/3 buah supermarket lagi) untuk membeli barang dapur dan juga bahan-bahan untuk membuat mee goreng. Pakcikku dan keluarga balik untuk bercuti di sini. Dia orang stay kat rumah rehat dorang, sebelah rumah kami. Cadangnya nak ajak makan mee goreng petang.


rumah rehat pakcik aku, sebelah aja rumah kami

inilah rumah my parents
Hari ini, jadual padat sikit. Pagi-pagi pergi ke Pantai Batu Buruk untuk beli nasi dagang dan juga kuih buah bom (mesti suspenskan camnerlah rupanya). Sesudah sarapan, kena ke bandar lagi, cari tiket bas nak balik malam ni, transferkan duit, ambil duit mak aku, ambil pulut lepa, ambil keropok leko. Kiranya setengah sehari jugalah.

Kedua-dua anak saudaraku mengikut sekalilah tapi siang-siang dah kena warning, cukai minima sahaja yang dibenarkan. Cukai ni favorite term bagi si Princess, maksudnya "pau" or "belanja". Bila aku turun aja kereta, tiba-tiba dia berkata, "buruknya selipar." Hahaha, aku tersilap pakai selipar rupa-rupanya. Merungut-rungut dia, kononnya malu ikut aku yang pakai selipar buruk.

Salah satu kedai jualan baulu di sini.

Satu lagi mini mall di KT, hahahaha


Pantang aja bila diajak bergambar

Mydin, kiranya tempat membeli-belah besarlah di sini. Sebesar-besar KT, belum ada lagi mall

Eh, tersilap pakai selipar. Princess kata, orang cantik, selipar buruk

Keropok Leko Tok Beng, one of the famous pembuat Keropok Leko. Tempahan melalui telefon sudah ditutup. Terpaksa beratur. Ramai orang sebab cutikan, siap kena ambil nombor. Aku tukar fikiran. Selalu macam nilah kalau cuti sekolah atau cuti hujung minggu yang panjang

Akhirnya aku beli keropok leko di sini. Tak kalah juga rasaya dengan Keropok Leko Tok Beng. Tapi tak banyaklah beli sebab aku naik bas

Masjid Kristal dari Jambatan Sultan Mahmud. Jambatan ini merentasi beberapa tempat di antaranya Pulau Duyung.

Tengah-tengah meronda, ternampak coffee shop ni. Sebelum ni, aku taklah perasan.

One of my favorite Pulut Lepa stall di Kg Ladang, KT

One of the beautiful stretch in KT. Aku suka bila drive sini

Aku ingatkan dia tidur. Selepas ambil gambar cousin dia tidur, aku snap gambar dia pula. Terkejut bila tengok gambar dia dgn mata terbuka, siap dengan sign peace lagi. Rupa-rupanya dia pura-pura tidur.

Aku cukup menyampah dengan kereta ni. Bolehke kita sedang beratur sebab jalan jam sikit, dia suka-suka potong ikut kiri

Kalau nak pergi ke Pulau Duyung, ikut sepanduk ke Kota lama/Pulau Duyung tu. Aku cukup suka Pulau Duyung, teringin nak miliki tanah di situ. Aku nak dirikan rumah Melayu lama kat situ. Buat tempat rehat.
Akhirnya sempat jugalah aku hantar kereta ayah aku untuk dicuci petang tadi. Dia nak cuci luar-dalam. Kalau kat luar aja, bolehlah aku tolong cuci semampu aku. Princess sudah balik. Dia merajuk sebab ingatkan aku bawa geng dia ke pantai tanpa dia. Hahaha, aku memag sudah menyakat dia.