NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, June 14, 2012

Ikan Kerapu Masak Sweet Sour

Masa balik kampung hari tu, mak aku tanya samada nak beli aja lauk untuk makan tengahari. Aku prefer masak aja, something simplelah. Kalau berat-berat tu seperti gulai, memang tak pernah diapproved oleh ayah aku. Walaupun member kata masakan aku not bad, dorang tak tau memang masakan aku kena reject oleh my family.

Tapi akupun ada juga reject makanan dorang tapi aku kunyah ajalah. Biasanya stail aku, kalau sedap, aku akan puji dang tu juga. Kalau puji tak berhenti, memang kena seleralah. Tapi kalau orang tanya sedap tak masakan bila aku tak berkata, aku jawablah sedap. Hahahaha. Ada masa aku cakap yang betullah.

Mak aku kata ikan kerapu dah lama ayah aku beli. Kesian pula sebab dia memang suka memasak dan dia memang prefer masakan rumah. So, ikut ajalah menu dia. Masak sweet sour ikan kerapu (memang  best dia masak), goreng peria dan juga asam pedas. Asam pedas ni dari dalam freezwe aja. Cuma panaskan.

Goreng Pedas Peria, Ikan Kerapu Masak Sweet Sour, Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri

Aku share resepi sweet sour ayah aku kat sini. Sukatan tu lebih kuranglah ya.

Ikan Kerapu Masak Sweet Sour


3 ekor Ikan Kerapu saiz sederhana

1 biji telur
sedikit tepung jagung

Kuah

2 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar dimayang bulat
1/2 senduk  minyak masak
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos Cili
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 1/2 cawan air panas
3 sudu tepung jagung dibancuh dengan  1/2 cawan air
1 batang timun (saiz sederhana) - dibelah dua. Buangkan pulurnya dan dipotong.
Bunga kobis - dipotong
1/2 batang lobak - dipotong bulat.
1 biji bellpepper hijau - dihiris memanjang

Bahan hiasan
Daun salad
Daun bawang - dihiris panjang 2 inci
Daun saderi - dihiris

Cara-cara
Ikan kerapu dicelup dalam telur.
Lumurkan tepung jagung ke atas ikan (nipis sahaja).
Goreng ikan sehingga kekuningan.
Ketepikan.
Sos tomato, sos cili, cuka, garam dan gula dibancuh dengan air panas.
Panaskan minyak.
Bila pijar, masukkan bawang putih.
Kemudian, masukkan bawang besar.
Bila naik bau, masukkan bancuhan sos tadi.
Masukkan sayur-sayuran.
Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.
Bila pekat, siramkan ke atas ikan kerapu tadi.

Masa kami masak hari tu, bahan hiasan tak ada. Malas nak ke kedai semata nak beli barang-barang tu. Kalau nak menarik, alaskan dulu pinggan dengan salad. Baru letakkan ikan.
Sesudah disiramkan ikan, taburlah daun bawang dan daun saderi.






2 comments: