NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, February 21, 2012

Tergolek lagi.

Hari Isnin ni, aku relaks aja sebab nak pergi tampal gigi. Bila klinik ramai pesakit, aku beralih melawat pak cik aku di IJN. Pak cik aku di sana dari hari Jumaat lagi, aku baru aja nak menjenguk hari ni. Tapi dia dimasukkan ke wad untuk check-up. Esok baru tahu keputusan check-upnya.

Tengok-tengok ada pak cik aku sorang lagi kat sana. Diapun datang dari Trg untuk check-up hari ni. Dah dia sorang-sorang, aku offer hantar balik ke rumah cousin di Gombak, dekat dengan UIA. Akhirnya sampai juga aku ke area sini setelah bertahun-tahun di KL.

 Actually aku suka suasana sini tapi sebab driving, tak dapatlah capture. Ini pemandangan di quarters guru.


Sampai rumah aku, terbongkanglah aku. Sekarang ini cepat betul penat kalau ke sana-sini. Jadinya lawatan ke klinik gigi ditunda lagi. Aku dapat rasakan gigi sebelah kanan dah kena infection semula. Sudah sakit-sakit seperti dulu. Jadi tak guna juga ke klinik. Mesti tak boleh nak cabut macam dulu. Sebelah kiri okay, boleh ditampal lagi tapi entah bila pula.

My niece datang petang tadi. Nak swimming. Hari ni mood aku letih, so dia soranglah berenang. Lepas tu lepak-lepak, tengok tv. Masa dia bangun nak pergi solat maghrib, aku tengok cantik aja matahari terbenam kat luar tu. Apa lagi sibuklah nak ambil kamera nak rakamkan gambar. Dah kelam kabut, tersepak footstool depan sofa. Apa lagi jatuh tunggang-langganglah aku, 

My niece tanya, "sakit ke?". Entahlah, malas nak cakap sakit tapi dia dah gelak. Mestilah sakit. Tapi tak serius sangat, cuma rasa kat belakang, sakit sikit. Pergelangan tangan dan lutut dah hilang sakitnya. Itulah kesan dek kelam kabut memanjang, 

Nak share jugalah gambar ni. Gambar yang menyebabkan aku jatuh tunggang langgang.


No comments:

Post a Comment