NUFFNANG ADS

Please click here

Monday, February 6, 2012

Hari Makan Sedunia

Hari ini dua jemputan kahwin. Ok jugakan, Sesetengah orang tu sampai 4, 5 jemputan dalam sehari. Tak ke naya. Badan satu, semua kena attend. Aku pernah tengok saudara aku datang sekadar berjumpa tuan rumah aja. Nak makan tak boleh sebab perut dah penuh. Lagi naya kalau jemputan berselerak, ada di utra, selatan, timur, barat. Pandai-pandailah mengatur perjalanan.

So, destinasi pertama, ke TTDI. Tengahari inilah. Aku dah mandi dah. Cuma tak pilih lagi baju.

Selepas itu ke seksyen 19, Shah Alam. Ini mesti akan makan  buah langsat. Aku selalu berpusing-pusing dalam bandar Shah Alam. Satu tempat sahaja tak sesat kalau ke rumah kawan aku di sebelah UITM. Sebab directionnya senang. terus pergi hingga nampak signboard Padang Jawa.

Kena bersiap-siap. Hari ini tak boleh nak fikir pasal dietlah. Kat Shah Alam, boleh jumpa PG. Patutke dia kata x leh datang dah rumah aku sebab dah siap kemas, nanti banyak peraturan. Banyaklah cekadak dia.

No comments:

Post a Comment