NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, February 24, 2012

Gout

Macamana gout terjadi? Biasanya disebabkan tahap urid asid yang tinggi melebihi paras normal yang mana menyebabkan pembentukan kristal dalam tisu badan terutama pada sendi. Antara punca uric asid yang tinggi kerana genetik, pemakanan atau juga pengkumuhan urate yang rendah. Selalu juga terjadi bersama penyakit yang lain. Selain itu, obesiti, darah tinggi, pengambilan alkohol, pengambilan sesetengah ubat serta masalah buah pinggang juga antara faktor-faktor risiko yang boleh menyumbang kepada gout.

Gout (infammatory arthritis) ni biasanya boleh dilihat dengan pembengkakan sendi, kemerahan, panas dan sensitif pada sebarang sentuhan walaupun perlahan. Selalu menyerang pada ibujari kaki  dan ada kalanya pada sendi lain seperti lutut, pengelangan tangan, buku lali dan juga jari-jari, Simptom lain seperti kelesuan dan demam dengan suhu yang tinggi. Sakit ini biasanya reda dalam beberapa jam tanpa atau dengan pengambilan ubat. Ada juga berlarutan sehingga berminggu.


Pengambilan ubat yang betul akan mengurangkan radang ini dan meredakan sakit. tetapi untuk pencegahan yang efektif, pemakanan yang betul, pengurangan makanan, pengurangan pengambilan alkohol, pengambilan air yang mencukupi diikuti dengan ubat boleh mencegah sakit ini.

Makanan laut yang bercengkerang, udang, sotong, daging serta organ dalaman dan juga makanan yang mengandungi fruktose yang tinggi seperti corn syrup, madu eloklah dielakkan. Doktor beritahu mak aku supaya kulat (mushroom) juga perlu dielakkan kerana boleh menyumbang kepada gout.

Itu serba sedikit yang aku dapat fahamlah. Kalau salah, soriler. Tetapi aku susah hati betul bila sakit diassociate dengan genetik. Dahlah mak aku ada darah tinggi, ayah aku ada diabetes, my father side pula ramai yang mengidap masalah dengan jantung....aku pula gemuk sangat-sangat. Risiko tu ada tapi minat dijauhkanlah.

Alangkah baiknya kalau darah tinggi ditukar menjadi timbunan wang, diabetes pula ketulan emas, jantung menjadi tanah ladang....seronok jugakan mewarisi aset ini dibandingkan penyakit. Anyway, yang penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat.

No comments:

Post a Comment