Seronokkan tengok air biru macam ni. Rasa macam nak terjun terus. But kolam renang, beranilah nak terjum. Kalau laut or tasik, aku tak berani punya. Takut sebab tak tahu apa yang ada dan gelombang air macam mana. Kalau kena air pusar, takke nayya. Lautan pula tak bertepi.
Masa datang, Farah dah ada kat dalam kolam. Dah banyak lap katanya. Aku suruh dia pergi dulu, kalau tak ada orang or ramai orang, aku menyusullah. Itu yang dia message tak ada orang. Bila sampai aja, nampak one guy sedang berenang. Malulah pula.
Tapi alang-alang sampai, terjun ajalah kan. Dapat juga buat 10 laps. Hari sebelumnya, dah dapat 10 laps. Hari ini, tak taulah samada aku berjaya atau tidak. Anyway, pagi ni, aku dah berjaya buat aerobic dance for 1 hour. Lepas tu angkat the mini dumbbell. Yalah, takut tengok lengan aku, Besar giler, kalah orang angkat berat. Adek aku kata, "katang, sebab tu kuat angkat tong gas." Katang tu perkataan terengganu menggambarkan betapa besarnya anggota badan. Tapi aku tak angkat tong gas tu. Cuma alihkan masuk bawah almari. Dia yang tak larat, malulah bila aku siperempuan ni berjaya angkat.
Selepas sessi berenang, kami jalan atas batu-batu refleksologi yang diatur dengan cantiknya. Terima kasih pihak pengurusan yang baru aja membuat landscape ni. Seronok juga bila point-point tertentu di tapak kaki ditusuk batu refleksologi walaupun menyakitkan juga bila dipijak.
Dan selepas itu, ehsan dari kakak aku, aku makan sepinggan laksam. Sebelum dan selepas sebenarnya. Kalau kira, aku makan 2 pingganlah. Tapi tak apalah, sehari ni makan cucur yang digoreng masa breakfast.
No comments:
Post a Comment