NUFFNANG ADS

Please click here

Tuesday, February 28, 2012

Ever been caught on traffic offence?

Sepanjang aku bawa kereta ni, aku ingat 2 kalilah kena tahan polis. Oops, silap. 3 kali sebab termasuk kena tahan ketika aku curi-curi bawa kereta abang ipar, ooops. Baru dapat driving licence di kala umur mencecah 20 tahun, beria-ialah nak bawa kereta walaupun tak hebat sangat memandu. Lesenpun ikhsan tester kot. .

So, gabrapun ada, time tu, mana ada kereta auto. Nak jaga tekan clutch, tekan minyak. Nantikan tak pasal-pasal mati tengah jalan. Kalau tinggi sikit jalan tu, takut pula mengundur ke belakang. Dalam gabra tu, tersilap masuk jalan yang ada no entry. Rupanya jalan tu jalan sehala. Polispun tahan. Aku rasa kakak dengan adik aku ada sekali. Aku macam terpinga. Tak kena saman tapi dia suruh aku patah balik. Aku tengok longkang besar di sebelah kanan. Camnerlah aku nak reverse dan patah semula. Silap hari bulankan, masuk longkang. Dengan sedih, aku tanya, boleh tak dia undurkan sebab aku takut. Polis tu tengok rakan setugasnya. Lepas tu dia suruh aku pergilah aja tapi sepanjang jalan tu, aku kena boo. Sungguh kurang sopan.

2nd time aku kena tahan di laluan Jerangau-Jabor. Bila kereta sebelah sana bagi lampu tinggi, terasa ada tak kena. Terus aku perlahankan kereta. Tiba-tiba nampak polis berdiri di tengah jalan mengisyaratkan suruh aku berhenti. Bila dia tanya speed aku, spontan aku jawab 100km. Sungguh, tak niat nak tipu tapi tercakap macam tu. So, kira safelah aku sebab cuma 10 km over the limit. Orang kata still leh considerkan. (on this groundlah, aku sokmo set speed aku 10 km over the limt. If waktu subuh, bajet baik punya x de polis, aku letak lebih sikitlah. Agak-agak pukul berapa aku nak sampai di kampung.) Polis tupun tengok aku semacam aja. Aku stone ajalah dengan muka keletihan. Dia tanya lagi kenapa bawa laju. Selamba aja aku jawab aku letih driving sorang-sorang dari Kuala Lumpur. Tak percaya, macam tu aja dia lepaskan aku. namun Allah S.W.T Maha Berkuasa. Rupa-rupanya, hari yang sama, aku dah kena speed trap di Gambang.


3rd time, aku kena tahan di LPT. Itu memang nayya sebab operasi besar-besaran. Bersusun kereta kena tahan, polispun ramai. Yang menahan akupun minta maaf berkali-kali. Akupun terus cool bila orang dok minta maaf sedangkan aku yang sepatutnya minta maaf sebab melanggar peraturankan. Memang aku dah angkat tangan dengan penuh penyesalan sambil mengira saman aku dan memikirkan di mana aku boleh mendapatkan waiver ataupun discount. Betul-betul terkilan sebab kena bayar saman. Salah kereta di laluan sebelahkan sebab tak bagi isyarat ada operasi. Kalau tak, mesti aku sempat turunkan speed di tahap sepatutnya. Kelakar selepas diisukan saman, sempat lagi dia perli aku, lepas ni, bolehlah speed sebab depan sana dah tak ada operasi ni. Aku? Tersenyum tawar ajalah.

Selepas itu, aku memang tak bawa laju unless terpaksa. Takut kena saman, takut juga nak kuarkan duit bayar saman. InsyaAllah rasanya tak ada saman ekor lagi setakat ini. Aku kan pemandu berhemah, perasan ni. 

No comments:

Post a Comment