NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, February 29, 2012

Aktiviti Masa Senggang


Dah tak ada apa yang perlu dibuat. So, akupun buat projek mencuci rempah-ratus ini.
Bukanlah menambah kerjapun. Sekurang-kurangnya, bila nak masak, tak payah susah-susah nak bilas.
Kadang-kadang member aku kata, aku suka cari kerja yang tak relevan.
Ialah, hari tu, dia gelak sebab aku sibuk basuh semua plastik bag yang ada dan bersusah-payah lapkan semula.
Bukan apa, sepenjang peninggalan, aku tengok lipas-lipas berpesta sampai dalam laci.
Naturally, mesti kena sembur ubat seranggakan. Bila dah mati semua, aku kena punggah dan basuh semua bekas-bekas di dalam laci, almari dan itu temasuklah plastik bag (yang membungkus makanan) tu sekali.
Banyakpun, nak buang macam tu, rasa membazir. Tetapi kalau tak basuh, camner nak bungkus makanan kan. Nantikan keracunan makananlah pula.
Alhamdulillah, selesai kerja membasuh laci tu. Yang tinggal sekarang ni, nak kemaskan bilik study dan juga iron
baju. Sudah berbulan ni projek tak bergerak.

No comments:

Post a Comment