NUFFNANG ADS

Please click here

Friday, February 24, 2012

Rupanya Tak boleh Berjalan dek Gout

Petang semalam mak aku called. Suara yang selalu dirindu walaupun ada masanya kami bertekak. Mak aku tak ada bertekakpun, akulah yang cari pasal dan merajuk sendiri. Alah, merajuk manja-manja gitukan. 

Yang menyenangkan suaranya cukup ceria. Bila ceria, maknanya okaylah di rumah tu. Tidak ada apa-apa masalah yang membebankan kedua ibubapaku. Sebab itulah aku tidak suka memberitahu masalah pada ibubapa aku kerana tidak mahu merisaukan mereka. Walaupun ada ketikanya aku begitu memerlukan mereka untuk meluahkan rasa, tambahan Mr V sudah menjadi lipatan sejarah hidup ini. Kena cepat cari replacement ni. PG, tolong...dengan tanpa rasa malunya.


Mak aku bercerita tentang her visit to hospital Dah tua-tua dengan sakit darah tingginya, adalah appointment untuk medical check-up yang kena pergi setiap bulan. Alhamdulillah, abang aku ada untuk menghantarnya. Dulu masa nak datang semula ke Kuala Lumpur, aku kesian juga nak tinggalkan dia orang. Terfikirkan appointment hospital untuk ke dua-duanya. Macamana nak pergi dan sebagainya.


Alhamdulillah, tidak ada kesulitan dan abangku bukan sahaj menghantarnya, malah beria-ia memimpinnya. Okaylah tu tapi mak aku pula jual mahal. Result ujian darah dapat kelmarin. Syukur alhamdulillah, darah tingginya elok. Pasal kakinya yang selalu sakit dan bengkak, HA suspect Gout. So kena jumpa doktor. Memang confirm gout. Dulu, masa di sana, aku syak sakit gout juga. Kakak sulong aku dan juga adik ipar pun rasa macam tu sebab kakinya bengkak dan panas serta sakit bila tersentuh. 

Aku nak buat blood test nak confirm pasal ni, tak kiralah kat private tetapi ayah aku tak nak. Marah dia sebab katanya setakat sakit sendi. Tak boleh berjalan. Tak boleh lasak. Tetapi aku perhatikan bila makan certain food, cepat dia sakit. Nak-nak daging yang favorite dia, sotong kegemaran aku. Alah...lepas ni balik kampung, tak bolehlah makan sotong dengan udang sebab ini terlalu bisa untuk pesakit gout. Mushroompun bisa juga, mak aku mesti tak kisah pasal ni. Sudahlah sejak ayah aku didiagnose diabetes, kami hentikan pesta makan durian. Sesekali aku curi juga beli dan ayah akupun merasa jugalah makan durian. tetapi taklah as abundant as last time.

Anyway, memanglah sakit gout ni bisa tetapi aku lega sekurangnya dah dapat diagnose sakit yang tepat. So, bolehlah pantang dan dapatkan medication yang betul bila sakit. Ini kita ingatkan sebab turun naik tangga (rumah aku tu rumah kampung, macamanalah ayah aku teringin buat rumah yang dapur di bawah. Dahlah gitu, bila extend pula, ruang tamu pun kat bawah. Kalau nak ke dapur dari ruang tamu, kena naik 3 anak tangga, lepas tu turun 3 anak tangga pula. Hisy, mengomel pula aku.

So, harap-harap mak aku pantanglah seperti dikata. Baru ni aku dengar sekotak limau mandarin diordernya abang aku beli. Betulke boleh pantang? Okaylah, nak check makanan yang perlu dielak untuk orang sakit gout.

No comments:

Post a Comment