NUFFNANG ADS

Please click here

Saturday, June 16, 2012

Bila Jerebu Melanda

Dah lama juga aku terhidu seakan bau asap setiap kali membuka sliding door dan tingkap rumah aku. Memang tabiat aku suka udara segar(kononnya) masuk ke rumah. Rumah ni memang tak ada aircon, tak mampu. 

Rupanya udarapun tak segar. Bukan setakat bau asap, matapun terasa pedih. Selalunya aku akan tutup serta-merta mana-mana lubang udara bila mengalami situasi begini. Namun tidak pula kali ini. Malas asyik berkurung. Kalau baupun, wak de aja. Bukannya lemas lagi tapi aku lebih lemas kalau dalam ruang yang tertutup. Aku cukup suka mendapat cahaya semulajadi dari luar.

Tapi tadi, semasa aku melangkah keluar dari lorong bilik menuju ke ruang tamu, terkejut juga melihat sekan berasap. Terpegun sekejap takut aku ada masak sesuatu dan lupa menutupnya. Ha, yang nipun dah ebrlaku 2/3 kali sampaikan berkerak periuk aku dek hangit. Bila terhidu bau asap, baru perasan rupanya jerebu. Teruk betul jerebu tapi debu sama aja, jerebu atau tak jerebu. Anyway, tingkap dan sliding door masih lagi terbuka mengalukan kedatangan jerebu dalam rumah.

2 comments:

  1. A'a..semalam teruk betul jerebu. Matahari seakan2 terlindung..2-3 ari ni saya tak tengok langsung news kat tv...entah apa la masalahnya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah, teruk betul jerebu hari tu. Nanti I postkan gambar

      Delete