NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, June 20, 2012

Akhirnya aku menjadi driver PG

Balik dari mengubahsuai printer kakak aku, terus aja aku ajak PG pergi ke rumah kakak aku. Sebabnya printer ini untuk dipakai di sekolah. Seberapa cepat sampai pada kakak aku, secepat itulah boleh digunakan. Mood aku pula okay. So, no sweatlah. Oh,bukan printer sekolah punya tetapi kakak aku membawa sendiri printernya supaya senang untuk dia membuat kerja. Nak gunakan yang gomen sediakan, banyak songelnya. Baik bawa sendiri, habis citer. Yang songel dari kerani sekolah sehingga pada sesetengah yang senior. Oops.

Sembang punya sembang dengan kakak dan anak buah aku, PGpun naik seram nak tidur sorang-sorang rumah dia. Akupun alrightlah, adalah teman malam tu. Bila nak balik aja, nampak ada anjing di luar pagar rumah kakak aku. Kereta aku terletak betul-betul di hadapan pintu pagar rumah kakak aku tetapi anjing seekor tu berkeliaran dekat kereta aku. Suspenlah juga kami. Aku ni memang ada sejarah dengan anjing. Rasa seriau betullah.

Beria-ia kami menghalau dari dalam pagar. Farah nak baling batu tetapi aku tak bagilah. Bukanlah baik hati sangat tetapi takut anjing tu makin mengganas. Akhirnya anjing itupun berlalu. Aku siap pesan pada PG yang dia boleh masuk dan duduk di passenger rear seat. Aku tak ada masalah sebab pintu pemandu menghadap pintu pagar.

Bila pintu pagar dibuka, cepat-cepat aku capai pintu kereta sambil berkata, "Na, akak dah selamat dah."  Aku masuk ke dalam kereta dengan lega. Minah tu terfreeze sebentar. Selepas itu, cepat-cepat dia masuk ke seat belakang. Rupa-rupanya Minah tu pun ada sejarah dengan anjing. Hahahaha. So, dari Taman Sri Putra ke Damansara Damai, aku menjadi driver Puan Sri PG. Dulu, pak cik aku menjadi driver aku. Cepat  betul berbalas.


No comments:

Post a Comment