NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, August 15, 2012

Mood Raya

Mood raya sudah datang. Lagu Raya sudah berkumandang. Dalam seronok nak beraya tu, sudah menunaikan zakat fitrahke? Sekarang ni senang, kat mana-mana ada amilnya. kat shopping complexke, tak payah nak tunggu ke masjid atau surau.Masa aku kerja kat Kuala Terengganu dulu, aku tengok ada yang sediakan meja kutipan zakat fitrah di perhentian bas. MasyaAllah, semoga digandakan pahalanya kerana menyenangkan orangramai menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Tetapi sedihpun ada kerana bulan Ramadhan sudah menuju pengakhirannya. Masa aku student dulu, aku pelik melihat kawan aku menangis teresak-esak bila sampai pengakhir Ramadhan. Ingatkan dia sedih tak dapat beraya dengan keluarga di Malaysia tetapi katanya, sedih kerana tak tau entah dapat atau tidak menunaikan solat Terawikh lagi pada tahun hadapan. Banyak lagi yang dibilang kelebihan bulan Ramadhan. Terkedu aku yang kaki pop (bukan rock...hehehe). Dan aku akur ada pentingnya kita memilih kawan yang akan mengingatkan kita untuk beramal kepada akhirat juga.

Dan di tempat aku bekerja part time telah mengadakan majlis berbuka puasa dan juga menyambut ulangtahun syarikat yang ke sembilan. Teruja mendengar syarikat telah melebihi target jualan tahun ini. Dan yang bestnya kami semua diberi duit raya. Alhamdulillah, walaupun tak sampai sebulan bekerja di sini, sudah merasa nikmatnya. Dan yang bestnya, anak saudara aku belanja selendang 2 helai. Terima kasih Farah Di.  

Dan aku masih lagi berfikir samada hendak memandu sendiri atau tidak ke Kuala Terengganu ni. Tetapi yang pastinya, malam raya mesti ada di sana kerana tugas aku mengambil sate yang ditempah.

1 comment: