Memandangkan esok nak balik dan tangki minyakpun sudah nak kering, aku singgah di Shell untuk mengisi minyak kereta. Lagipun aku tak pasti samada nak bertolak tengah malam, slepas bersahur atau selepas subuh. tapi yang penting kena pastikan minyak mencukupi, air radiator okay dan tayar cukup angin. Yang lain tu patutnya okaylah sebab aku baru aja buat servis. Patutnya lah kan.
Mungkin sudah penat berada di pusat slimming, aku jadi keliru sebentar. Melihat kepala pam warna hijau, aku terus mengisi minyak. Bila sudah habis, terkejut melihat jumlahnya RM85 plus. Tak penah, selalunya, kalau minyak di paras itu, paling kuatpun, mencecah RM60. Barulah aku tersedar aku sudah tersilap menggunakan Shell V-Power. Rugilah pula, penat punya pasal. Tapi better dari tersilap isi minyak dieselkan. Banyak pula masalahnya nanti.
No comments:
Post a Comment