NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, May 3, 2012

Sesat di Apartment

Kebetulan Pasaraya Maxvalue (AEON) betul-betul di bangunan bersebelahan dengan blok rumah aku. Oleh itu, pak cik aku menugaskan aku untuk bertanyakan tentang kotak kosong di situ. Malam sebelumnya, pak cik aku berkira nak beli kotak buat mengisikan goodies. So, kami kata baik minta aja dengan kedai-kedai ini. Lagipun buat isikan goodies tu aja. Petang semalam, aku tanyakan pekerja di Pasaraya tersebut. Katanya boleh ambil aja.

Tiba-tiba pak cik aku tak jadi datang semalam sebab dah bertembung waktu pulang pejabat. takut jalan jam pula. Memandangkan aku akan ke rumahnya hari ini untuk menolong apa yang patut, aku beritahu dia tak payah datanglah. Biar aku ambil dan bawakan sahaja.

Pagi tadi, tiba-tiba kakak aku tanya samada aku sudah siap memasak. Aku budget dia suruh bawa selepas office. Apa lagi, tengahari tu, aku cabut ke pasaraya Econsave untuk beli bahan-bahan. Dah tengahari, aku malas nak beli di Maxvalue sebab Econsave lebih segar. Sampai aja di parking rumah, mula rasa menyesal terlupa bawa troli. Setelah berkira-kira, aku putuskan untuk ke blok aku dari blok parkir ini melalui level 6 sahaja, tidak level 11 seperti kebiasaan. Setelah berhempas pulas membawa bahan-bahan, aku masuk ke blok B dan menekan butang lif. Tiba-tiba ternampak pak cik aku datang dari arah kanan. 

Terkejut juga. Buat apa pak cik aku di tingkat 6 ni? Rumah aku di tingkat 12. Rupa-rupanya, pak cik aku tersalah tingkat. Handphone aku pula tertinggal dalam kereta, tak dapatlah dia nak contact. Nasib baik aku masuk ke blok aku melalui tingkat ini. Kalau tak, mesti hajat nak ambil kotak tak kesampaian. Aku pelik juga macamana pak cik aku boleh masuk tanpa permission aku. Tapi aku tak kisah sebab sedara-mara. Bila pak cik aku hulurkan borang untuk sign, aku tengok ditulis alamatnya B-6. Padanlah guard bagi masuk. Kalau unit aku, mesti kena tahannya sebab aku suruh guard tanya dulu.

No comments:

Post a Comment