NUFFNANG ADS

Please click here

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Last weekend di rumah my sister, tiba-tiba tergerak rasa untuk menolongnya menyusun kertas soalan. Aku ni bukannya ringan tulang sangat tetapi tiba-tiba terasa nak menolong. Masa menyusun tu, terfikir berapa ramai di antara kita yang menghargai kertas peperiksaan yang disediakan? Tahukah susahnya guru bertungkus-lumus menyediakan satu kertas peperiksaan? Dan kerja-kerja yang perlu dibuat sesudah peperiksaan dijalankan.

Kalaulah aku dulu, cuma terfikir bebanan menjawab peperiksaan. Selalu merungut bila guru memberikan kuiz dan peperiksaan. Sedangkan mereka membantu kita menjadi seseorang yang lebih berpengetahuan. Menyampaikan ilmu dan menyediakan peperiksaan untuk mengukur tahap kefahaman kita.

Sempena hari guru ni, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang banyak mencorakkan masyarakat ke arah golongan berilmu. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang membentuk aku menjadi seorang insan. 

No comments:

Post a Comment