NUFFNANG ADS

Please click here

Thursday, May 17, 2012

My cousin's wedding

Hampir 2 minggu, baru nak uploadkan gambar wedding cousin aku. Tadi sudah berjaya diupdatekan dalam facebook. Anyway, ini gambar sebelum dan semasa majlis resepsi sebelah pengantin lelaki (my cousin.) Nak komenpun dah tak terkomen sebab dah lupa apa yang hendak dikomen.

Anyway, wedding is always fun to attend because you get to meet your close and distant relatives, some of them might not known to you before. As for me, I was so excited to meet again my 2nd cousin on that day. I remembered her as one of beautiful women that I encountered during my youth. And she aged gracefully, still beautiful as before. And it was fun watching the guests and host parading beautiful clothes during this wedding. And being a woman and Malaysian, I always of this opinion that traditional clothes are the best costume you should wear whenever attending wedding function. 

Checking who and whom also is fun. Who knows I might meet someone, just kidding. Anyway, it was a beautiful day for all. Happy to see the handsome couple walk their way to wedding dais. May their marriage be blessed always.



















Manjakan Diri Seketika

Last Monday aku manjakan diri aku. Boring, tak tahu apa nak buat. So, singgah di Carrefour Kota Damansara. First time singgah. Not bad sebab crowd tak seramai di Tesco or Giant. Actually aku missed juga pergi ke Carrefour ni. Sewaktu tinggal di AU3, Carrefour di Wangsa Majulah tempat aku meronda selain Jusco. dan yang lebih bagusnya, outlet disekitarnya turut menarik perhatian mata aku dan berakhir dengan poket yang kempis.

So, first thing aku buat bila sampai ke sana ialah ini:

 Mengukur ketinggian, berat dan BP (bp ni tak accurate sangat). Rupanya tinggi aku 154 cm. Berat, syhhh, tak bolehlah cakap. 

 Singgah di kedai cermin mata ini. Akhirnya aku ganti spek lama.

Proses memilih cermin mata. kalau dah perempuankan, lebih sejam di sini memilih frame. Snap gambar dengan beberapa frame dan check the result. Dah puas hati, baru check power dan confirm.

Akhirnya, aku terpengaruh juga, settled for foot reflexology. Tapi tak best sangatlah urutannya. Agaknya depends pada orang kot. Oh ya. Katanya ada free urutan kaki untuk marga berumur 60 tahun ke atas. Promosinya sehingga akhir bulan ini. Patutnya aku pinjam aja IC mak aku kan. Boleh dapat percuma.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Last weekend di rumah my sister, tiba-tiba tergerak rasa untuk menolongnya menyusun kertas soalan. Aku ni bukannya ringan tulang sangat tetapi tiba-tiba terasa nak menolong. Masa menyusun tu, terfikir berapa ramai di antara kita yang menghargai kertas peperiksaan yang disediakan? Tahukah susahnya guru bertungkus-lumus menyediakan satu kertas peperiksaan? Dan kerja-kerja yang perlu dibuat sesudah peperiksaan dijalankan.

Kalaulah aku dulu, cuma terfikir bebanan menjawab peperiksaan. Selalu merungut bila guru memberikan kuiz dan peperiksaan. Sedangkan mereka membantu kita menjadi seseorang yang lebih berpengetahuan. Menyampaikan ilmu dan menyediakan peperiksaan untuk mengukur tahap kefahaman kita.

Sempena hari guru ni, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka yang banyak mencorakkan masyarakat ke arah golongan berilmu. Jutaan terima kasih kepada guru-guru yang membentuk aku menjadi seorang insan. 

Belajar Memasak Kuih Tradisional

Minggu lepas, belajar buat kuih lompat tikam. Hahaha. Lapisan atas lembik dan rasa kuih itu tidak seperti mana lompat tikam yang pernah aku buat. Nampaknya sehingga menjadi kuih ini, inilah resepi yang akan aku cuba dan perbaiki sehingga menjadi. Kesian mereka yang kena jadi food tester aku.

First attempt buat lompat tikam
Hari ni pula, buat kuih talam ubi keledek. Cuba kreatif dengan menambah lapisan cendol di atas lapisan ubi. Aku sejukbekukan dalam peti ais. Sedihnya lapisan bawah masih lembik. Kuih aku collapsed bila hendak dipotong. Satu loyang tu, maknanya sepanjang minggu ni, aku kena makan sorang-sorang. Nak hantar pada orangpun, tak boleh sebab disaster.


Saturday, May 12, 2012

Hibernating Week

Quite sometimes I have not updated this blog. So many things to tell and share : my feelings, experience and opinions. Guess after my uncle's big event (or shall I say my cousin's?), I need breathing space. I decided to lay low. Hibernate, pondering on my life (self-reflection) and enjoy the Korean entertainment.

As I am checking my fav show, Running Man and searching for certain episodes of Strong Heart online, I stumbled upon another variety, We Got Married. Yeah, your guess is correct. It is another Korean show. Hehehehe. I got hooked up, the more reason for me to hide as I need to finished watching this. I simply love YongSeo couple or Goguma's couple. Real sweet, they reminded me rather of bunch of high school couples instead of young married couple. How sweet. Feel young again.

Watching this show lead to another and I become CNBlue's fan. All the members are cute, handsome and simply divine. Gosh, they are about same age of my nephew. Their leader is so cool and charming. And I fall in love with their Banmal Song (For the First Time Lover) and Love Light. So soothing. Not forgetting their hit song, I am Loner. OMG, my brother would say I am the oldest fangirl. But they are cute.

Sunday, May 6, 2012

Ditakutkan kucing

Semalam, aku tolong tengokkan adek aku parkir kereta dia. Kereta dia panjang sikit dan petak parkir tu bersebelahan tiang dan sempit sikit untuk dia adjust.

Akupun nak cepat, yalah, satu hari di Dewan Komuniti KL untuk maklis bertandang cousin aku. Cepat dia parkirkan kereta, cepatlah kami boleh rehat. Bila dia undur kereta masuk petak parkir, aku tolong tengokkan dan bagi isyarat samada ok, ke kiri atau ke kanan or to stop.

Tengah-tengah concentrate, tiba-tiba terdengar bunyi kucing mengiau. Apa lagi, melompatlah aku ke depan sana. Hehehe, tak ada orang nak monitor kereta adek aku parking. Dah berada di tempat selamat, aku mengintai ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya kucing itu betul-betul berada di atas tembok parkir atas. Takutnya, kalau dia melompat ke atas bahu aku.

Saturday, May 5, 2012

Bila Lalat berdengung.

Aku benci betul sesetengah pemandu kereta ini. Mereka ni tak faham betul etika di atas jalanraya. Macam semalam, bila masuk ke jalan besar dari dari jalan susur.

Aku berada di lorong sebelah kiri sekali. Ada banyak kereta dari susur kiri nak masuk ke jalan besar. Aku memang bagi mereka masuk tetapi gilir-gilirlah. Ini tidak, bila sebuah dapat masuk, bersusun kereta nak masuk. Selanglah, baru adil juga pada kereta yang berada di lorong sebelah kiri.

So, lepas beberapa buah kereta dan van masuk di hadapan aku, aku teruslah jalan. Tetapi Wira di sebelah aku sibuk nak mencelah juga. Tunggulah giliran di belakang. Naik Geram aku. Betul-betul seperti lalat yang bising di sebelah telinga kita. Namun nak bergaduh pula dengan manusia bangang macam ni, tak guna juga. Kalau jenis tak ada adat, tak mustahillah mereka ni samseng. Kena bagi laluan lah juga pada pemandu seperti lalat ni.

Tamu dari jauh


Malam ni, ada ramai orang di rumah. Tiba-tuba, sikenit kata dia nak tidur sekali dengan aku. Maka, berhimpitlah kami bertiga. Dah jadi macam pajama party dah.

Thursday, May 3, 2012

Sesat di Apartment

Kebetulan Pasaraya Maxvalue (AEON) betul-betul di bangunan bersebelahan dengan blok rumah aku. Oleh itu, pak cik aku menugaskan aku untuk bertanyakan tentang kotak kosong di situ. Malam sebelumnya, pak cik aku berkira nak beli kotak buat mengisikan goodies. So, kami kata baik minta aja dengan kedai-kedai ini. Lagipun buat isikan goodies tu aja. Petang semalam, aku tanyakan pekerja di Pasaraya tersebut. Katanya boleh ambil aja.

Tiba-tiba pak cik aku tak jadi datang semalam sebab dah bertembung waktu pulang pejabat. takut jalan jam pula. Memandangkan aku akan ke rumahnya hari ini untuk menolong apa yang patut, aku beritahu dia tak payah datanglah. Biar aku ambil dan bawakan sahaja.

Pagi tadi, tiba-tiba kakak aku tanya samada aku sudah siap memasak. Aku budget dia suruh bawa selepas office. Apa lagi, tengahari tu, aku cabut ke pasaraya Econsave untuk beli bahan-bahan. Dah tengahari, aku malas nak beli di Maxvalue sebab Econsave lebih segar. Sampai aja di parking rumah, mula rasa menyesal terlupa bawa troli. Setelah berkira-kira, aku putuskan untuk ke blok aku dari blok parkir ini melalui level 6 sahaja, tidak level 11 seperti kebiasaan. Setelah berhempas pulas membawa bahan-bahan, aku masuk ke blok B dan menekan butang lif. Tiba-tiba ternampak pak cik aku datang dari arah kanan. 

Terkejut juga. Buat apa pak cik aku di tingkat 6 ni? Rumah aku di tingkat 12. Rupa-rupanya, pak cik aku tersalah tingkat. Handphone aku pula tertinggal dalam kereta, tak dapatlah dia nak contact. Nasib baik aku masuk ke blok aku melalui tingkat ini. Kalau tak, mesti hajat nak ambil kotak tak kesampaian. Aku pelik juga macamana pak cik aku boleh masuk tanpa permission aku. Tapi aku tak kisah sebab sedara-mara. Bila pak cik aku hulurkan borang untuk sign, aku tengok ditulis alamatnya B-6. Padanlah guard bagi masuk. Kalau unit aku, mesti kena tahannya sebab aku suruh guard tanya dulu.

Wednesday, May 2, 2012

Kuih Seri Muka


Bahan-bahan
Pulut
2 cawan pulut (dalam 600 gm)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu teh garam

Sekaya
8 biji telur saiz sederhana
1 cawan santan pekat
1 cawan air
10 sudu besar gula
6 sudu besar tepung beras
secubit garam
6 helai daun pandan
pewarna hijau

Cara-cara

  • Pulut direndam sekejap.
  • Campurkan kesemua bahan dalam loyang dan kukuskan.
  • Setelah setengah jam, angkat loyang dan lenyekkan pulut.
  • Kukus semula selama 15 minit.
  • Tuangkan sekaya ke atas pulut dan kukus sehingga lapisan atas masak.


Sekaya

  • Kisarkan air dengan daun pandan dan tapis.
  • Campurkan kesemua bahan lain dengan air daun pandan.
  • Kisarkan untuk mendapat bancuhan yang sempurna. 

Tuesday, May 1, 2012

Bergotong-royong di rumah pak cik

Pagi tadi, sibuk buat kuih Tok Aji Serban (Lebih kurang kuih Seri Muka). Nak bawa ke rumah pak cik aku yang sibuk buat persiapan untuk resepsi perkahwinan anak lelakinya pada hari Sabtu ni. Last Saturday, di umah perempuan. Tak ada apalah sangat, just masukkan dodol dalam kotak-kotak kecil. Khamis ni, sampailah telur pindang dan kuih penderam. Nanti kami pergilah untuk masukkan dalam kotak dan pack dalam goodies bag.

1 Mei, semua orang bercuti. So, might as well, pergi jenguk rumah diakan. Seronok juga berkumpul macam ni. Disamping host sediakan makanan, kamipun bawa sama sikit-sikit makanan supaya taklah terbeban tuan rumah yang sedang pening dengan persiapan kenduri. Kebetulan aku didalam mood memasak ni. Sedang elok kuih tu masak, gaspun habis. Besok ajalah aku order gas. 

Sibuk mengikat riben, aku cuba curi tukang sebab memang kurang seni sikit dalam bab mengikat riben. Tolong letak barang dalam kotak, bolehlah.
Raga yang sudah siap diikat ribennya.
Kuih Tok Aji Serban
Inipun kuih Seri Muka juga. Setelah tengok gambar di laman Bisous A Toi, teringin nak mencubanya. Tetapi tak cantik sangat.
Pukul 7 petang, kami balik. Lagipun kakak aku nak singgah kedai beli ikan tongkol hitam untuk dibuat singgang ikan sempena potluck di sekolahnya esok. 



Nasi Telur

My sister introduced me Nasi Telur. Masa tu, aku masih muda remaja. Baru aja balik USA. And aku memang suka makan hati dan pedal ayam. Taulah bad habit tapi like the taste but now dah kurang sikit. But I still remember nasi telur. My sister dah lama tak buat. Tak muak. Semalam aku buatlah. Kebetulan PG datang and she liked it. Tang ni aku suka, apa aku masak aja, PG puji sedap. Dulu aku pernah masak juga untuk Mr V. Tetapi he put it nicely, this way, "tak payahlah masak, penat-penat, better makan kat luar." Masa dia datang rumah, dia pernah mintakan aku buat air. Selepas tu, dia cuma minta air masak. Mesti tak sedapkan air aku buat. Apa-apalah. Aku pandai buat juice aja sebab aku kurang suka minuman panas. Aku akurlah.


Nasi Telur

Bahan-bahan
2 cawan beras
2 cawan air
3 biji telur
3 keping hati ayam
4 keping pedal ayam
sedikit hati lembu (aku suka)
garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Tanakkan nasi (beras dan air). Masakkan sedikit garam.
Hati ayam, pedal ayam dan hati lembu dipotong kecil-kecil.
Gorengkan dan ketepikan.
Telur dikacau.
Minyak dipanaskan.
Telur dimasukkan dalam tapisan diatas kuali.
Kacau agar telur itu jatuh dalam minyak panas.
Angkat dan ketepikan. Ramaskan telur.
Bila nasi masak, masukkan kesemua telur, hati ayam, pedal dan juga hati lembu.
Gaulkan rata-rata.
Bolehlah dihidangkan dengan goreng pedas ayam.